AHMAD AMMAR AHMAD AZAM PELAJAR MALAYSIA DIMULIAKAN DI TURKI

KUALA LUMPUR - Kerajaan Turki memberi layanan luar biasa ke atas seorang remaja Malaysia yang meninggal dunia setelah dilanggar sebuah ambulans di negara itu apabila dia dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul yang turut menempatkan 60 pusara sahabat Nabi.

Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam (gambar kecil), 20, yang meninggal dunia pada 2 November lalu dikebumikan di tanah perkuburan itu yang turut menempatkan orang kenamaan Turki pada 4 November setelah mendapat keizinan Datuk Bandar Istanbul.

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi itu merupakan penuntut tahun dua jurusan Sejarah di Universiti Marmara (Goztepe).

Dia juga sedang mendalami ilmu Tafsir dan hampir tamat pengajian.

Abang ipar Allahyarham, Muhammad Suhail Ahmad berkata, masyarakat Turki amat memandang tinggi terhadap Ahmad Ammar yang hampir menamatkan pengajian ilmu Tafsir sekali gus melayakkannya menjadi guru agama.

"Bapa Allahyarham pula sentiasa memberi galakan kepadanya supaya sentiasa mendalami ilmu agama selain mempelajari ilmu sejarah di negara Turki itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kisah Ahmad Ammar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu mendapat liputan meluas menerusi rangkaian laman sosial di negara ini terutama YouTube dan Facebook.

Tinjauan Kosmo! di laman YouTube mendapati sebuah video yang dimuat naik pada 17 November lalu bertajuk "GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013)" telah ditonton 695,504 kali.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2lMdJVMid

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam





0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in