Pages

Friday, 14 February 2014

14 Februari

Tarikh 14 Februari sudah pastinya harga bunga ros akan jauh lebih mahal daripada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Tidak ketinggalan juga radio dan tv menyiarkan rancangan istimewa bersempena dengan Hari Valentine atau Hari Mengingati Kekasih ini. Setiap tahun pada hari ini ramai pasangan kekasih akan meraikannya.
Pada hari ini, bunga ros dan kadang-kadang berserta hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.



"Siapa yang rugi...diri sendirilah yang rugi"

Tapi kepada anda yang beragama Islam, jangan risau sebab ada 364 hari lagi untuk anda menunjukkan kasih sayang anda kepada orang yang tercinta. Tak payah nak tunggu Valentine Day. Jangan pulak selepas 9 bulan daripada Valentine Day esok, banyak cerita janin, bayi tepi longkang dan macam-macam lagilah. Kononnya nak membuktikan cinta yang sejati di hari Valentine. Poyo tak hengat.
So kesimpulannya, to all muslim,jangan gatal nak sambut  hari Valentine okay .Harammm ahuuu.  Sekian pesanan khidmat masyarakat daripada Maszie di Menulis Pakai Hati.

3 comments:

  1. This actually becomes a commercialized day to earn money.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Maszie.. sama2lah kita semua ambil peringatan utk kebaikan diri & agama.. Salam Jumaat.. :)

    ReplyDelete
  3. kelakar pulak gambar tu..peringatan untuk semua

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.