Pages

Friday, 14 February 2014

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Daripada 3 Minit


Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri.    Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.
 

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.
Apapun jom layan macam-macam jenis tea bag yang ada zaman la neh...










Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

kalau cenggitu maybe yang macam ni bleh menyelesaikan masalah... huhuhu...

utk kopi mungkin sama.. sebab yg diperkatakan ini mengenai kertas uncang tu...

10 comments:

  1. I Like Tea...! teh gak sedap.,
    tenang wo..,

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. I am tea drinker. Lepas ni tak akan rendam lebih dari 3 minit.

    ReplyDelete
  3. ok noted kak, lepas ni takkan celup uncang teh lebih dari 3 minit, thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. hari ni baru tau ..alamak x sangka la pulak..terima kasih perkongsian yg sangat berguna.

    ReplyDelete
  5. kena guna tea leaves la kan, not the uncang one

    ReplyDelete
  6. Wah.. kreatif.. utk perokok, pasti ada yg try hisap rokok teh tu.. mcm best je hisap teh hehee.. :D

    ReplyDelete
  7. macam2 bentuk uncang ada hehehe

    ReplyDelete
  8. Thanks for the info... Ptt la arahan dia suruh 2 minit je..

    ReplyDelete
  9. selalu memang tak rendam terus..celup² je :)

    ReplyDelete
  10. akak pon br tahu...selama ni mmg suke rendam teh lama2 ...konongnya nk bagi rasa lagi sedap...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.