Pages

Friday, 14 February 2014

Goreng Pisang Ranggup

ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang  untuk semua nya, semoga semua sihat walafiat ya walau apa pun tugasan berat ke ringan ke, laku kan dengan ikhlas insyaALLAH akan di permudahkan oleh ALLAH PERCAYA LAH..
GORENG PISANG RANGGUP


Resepi Tepung Goreng Pisang Ranggup

Bahan2

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum

5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 kecil serbuk kunyit

1 biji telur & air secukupnya
2 sudu besar majerin di cairkannya

Garam secukup rasa (1/2 sudu kecil atau lebih)

Langkah2 membuat batter

Cairkan mejerin terlebih dahulu dengan api yg kecil.Sejuk kan seketika.

Satukan kesemua bahan kecuali majerin cair dan air. Bahan tersebut ialah Tepung beras,tepung gandum ,telur,santan pekat ,baking powder,serbuk kunyit dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul mengunakan tangan atau sudu.

Lebih  mudah dan lebih baik hasilnya menggunakan tangan. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat.Jika cair tambahkan tepung beras atau tepung gandum.Batter perlu pekat lebih kurang sama pekat dengan santan kotak yea.

Settelah batter benar2 pekat masukkan majerin cair.Pastikan majerin tidak panas lagi.Kacau sehingga sebati.Mudahkan cara membuat nya.

sekarang boleh mengoreng dengan minyak yang panas.Batter ini boleh digunakan untuk mengoreng cendawan,keledek,cempedak,tempe dan cendawan goreng.



 GORENG PISANG RANGGUP


GORENG PISANG RANGGUP
Ini lah hasilnya.Kalau dihidang terlajak laris...cepat aje habisnya.

semoga resepi ini menceriakan lagi juadah hidangan petang anda.Selamat mencuba.

P/S : Pastikan anda  menguna tepung beras dan santan kerana ia menjadikan tepung goreng pisang lebih ranggup.Manakala majerin cair menjadikan tepung goreng pisang ranggup tahan lebih lama.Baking powder pula menjadi batter kembang sedikit apabila mengoreng beronga dan lebih ranggup.

HARI ni banyak kerja dah siap jadi santai lah sikit, salam sayang dari Maszie ya utk adik-adik semua...

10 comments:

  1. sedapnya kalau dapat makan ni... lapar pula tiba2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak baru aje siap kek karemel..slmt dah sejurin :P

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah di petang Jumaat Sis...nampak sedap jer pisang goreng tu...first time tengok pisang goreng jenis potongan macam tu...selalu yg main belah dua atau tiga jer..

    ReplyDelete
  3. wah...1st time nampak resepi cengini sis..sy nak try...mesti sedap ni

    ReplyDelete
  4. Layan makan sambil menonton tv best ni.. :)

    ReplyDelete
  5. kita suka makan kulit goreng pisang yang rangup tu mas..tapi tak nak yang berminyak sangat..nanti rasa mual..

    ReplyDelete
  6. ditambah pulak makan dengan sambal kicap.umphh sedapnya makan diwaktu petang camni :)

    ReplyDelete
  7. sambil sembang2 rebut2 xsedar sesisir pisang goreng habis....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.