Pages

Saturday, 5 July 2014

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia


Satu berita mengejutkan yang Maszie baru terima, Biduanita Negara, penyanyi Datuk Sharifah Aini diberitakan telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi (5 Julai 2014) di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Satu kehilangan besar dalam industri yang pasti akan dirasai.
Jenazah Allahyarham Sharifah Aini akan disolatkan di Masjid Al Taqwa TTDI & dikebumikan di Bukit Kiara, selepas Zuhur hari ini.
Datuk Sharifah Aini yang baru menyambut ulangtahun yang ke-61 tahun pada 2 Julai lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di sini akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut pada hari Selasa lalu (1 Julai 2014).Namun, menurut kata doktor, Datuk Sharifah Aini berada dalam keadaan stabil. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Penyakit fibrosis paru-paru dipercayai berlaku akibat gangguan imun pesakit dimana antibodi yang dihasilkan oleh darah putih pesakit menyerang paru-paru sendiri. Keadaan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru yang mengakibatkan lama-kelamaan terjadinya penyakit tersebut yang menyebabkan penyerapan oksigen tidak efisyen.
Terdahulu pada hujung Mei lalu, Sharifah Aini reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya.
Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin lalu iaitu pada 30 Julai 2014.
Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru. Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.
Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyipaling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Pemergian Allahyarhamah amat dirasai oleh semua. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga ruh-Nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Semoga aman di sana.
Maszie teringat lagu yang dinyanyikannya… Tiada Yang Kekal Melainkan Allah.





2 comments:

  1. Al fateha… Moga rohNya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Kami pasti merinduimu… :’(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.