Pages

Friday, 13 February 2015

NIK AZIZ NIK MAT 1931 -2015


📒Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..

📒Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.." Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..

📒"Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)

Allahuakbarrr..hebatnya almarhum TGNA dalam menjaga amalan seharian.. Diriku

 Kelihatan seperti kalimah Allah d langit . Allahhuakhbarr




Kelihatan awan mendung berarak bersama jenazah TGNA. Awan mendung ini sentiasa berada tepat di atas jenazah beliau ketika di usung.

Kini beliau telah tiada, pergi untuk selamanya dan tak kan menoleh ke dunia lagi. Hanya amanah & perjuangan dalam Islam yang ditinggalkannya untuk kita teruskan. Hari ini alam turut berduka cita, manusia berduyun2 mengiringi beliau ke liang lahadnya. Masya Allah bertuahnya insan mulia bernama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau pergi meninggalkan nama & ilmu, Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.