Pages

Friday, 13 February 2015

PERGIMU TIADA GANTI TOK GURUKU SAYANG...

Penghormatan terakhir buat susok Murabbi Ummah kesayangan ramai, Allahyarham TGNA. Damailah engkau di sana penyambung waris nabi S.A.W. . ALLAHUAKBAR !!!. Al Fatihah


Daripada Allah kita datang dan kepada Nya kita akan kembali. Tepat jam 9.45 malam ini, malam Jumaat, TGNA menghembuskan nafas terakhir di hadapan kaum keluarganya.

Kita doakan semuga Allah terima segala amal baik Allahyarham TGNA, dan diampuni segala kesalahan dan dosanya, dari dahulu sampai sekarang, samada yang kecil mahupun yang besar, yang nyata mahupun yang tersembunyi, yang sengaja mahupun yang terlupa.

Mari kita imbau kembali PERMOHONAN MAAF TERBUKA yang TGNA lafazkan baru-baru ini. Beliau seakan tahu yang beliau akan segera pergi tinggalkan kita. Jauhkanlah prasangka terhadapnya. Sama-samalah kita hargai pengorbanan dalam kezuhudan beliau selama mana kita memerhatikan hidupnya.
Beliau masih tinggal di rumah papan, berkerusi rotan dan kenderaan sederhana. Masih berjubah dan berserban. Masih mengimami solat dan bergaul mesra bersama rakyat. Rumahnya di sisi masjid, boleh kita tinjau sampai ke dapur, berkongsi halaman dengan Madrasah beliau.. tanpa pagar dan pengawal... walaupun menjadi Menteri Besar.
Jika kita hidup dalam Islam dan Iman, insyaAllah akan juga mati dalam Islam dan Iman. Dan yang paling penting, beliau diizinkan Allah untuk menghambakan diri cukup lama sepanjang usia 84 tahun yang diizinkan Allah, sentiasa berkhidmat untuk manusia dan agama.
Sesungguhnya berat amat tanggungan sang pemimpin. Terlantik sahaja seorang pemimpin, sebelah kaki dikatakan sudah berada di neraka. Mereka perlu bekerja keras untuk menarik keluar semula untuk melangkah ke syurga. Itulah antara usaha TGNA.
Oleh itu, maafkanlah, jika mungkin ada khilaf beliau dalam mengurus negeri, terutamanya dalam menyatakan pendapat dan ketetapan yang bersangkutpaut juga dengan politik, sehingga ada yang terasa hati.
Jika ada khilaf yang melibatkan pengambilan atau pengagihan dana, sehingga mungkin dikatakan ada sungutan dari rakyat, termasuk yang dikatakan melibatkan kelulusan kawasan balak atau ladang, mungkin benar mungkin tidak, kami yakin TGNA tidak melakukannya untuk kepentingan diri.
Kami yakin beliau melakukannya untuk kepentingan rakyat dan perjuangan agama juga. Cuma mungkin tersalah perkiraan (jika ada). Apa tidaknya, gaji beliau sendiri juga disumbangkan semula untuk perjuangan agama, satu uswah yang tidak ramai di kalangan kita mampu melakukannya.
Oleh itu, kami rayu agar kita ramai-ramai ampunkan beliau. Buanglah jauh-jauh dendam kesumat dan amarah dalam diri kita terhadapnya. Jangan terbawa-bawa dengan sentimen politik tajaan dajjal yang memang suka kita berpecah-belah.
Tertutup sudah peluang beramal untuk beliau. Bagi kita yang masih diizinkan bernafas ini, mari tambahkan amal, banyakkan muhasabah diri dan beristighfar. Hentikan tabiat menfitnah dan mem'perdajal' manusia lain. Sedikit sebanyak ilmu yang berguna dari beliau yang sempat 'singgah' ke dalam diri kita, marilah amalkan. Mudah-mudahan usaha kita itu boleh menyambung amal beliau.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Redha dan relakanlah pemergian beliau dengan hati yang lapang dan penuh kemaafan. Kita semua juga bakal menyusul. Hanya giliran masa sahaja yang menentukan.
Tinggallah kita yang sedang berpecah-belah ini menghadapi fitnah DAJJAL tanpa pesan-pesan dari TGNA. Kami yakin di celah-celah kutukan terhadap TGNA, pemimpin dan ahli UMNO juga ada yang ambil pelajaran dari ilmu yang dikongsikan dengan kita. Cuma ego kita yang sering menghalang diri untuk menghargai dan mengakuinya. Maka tinggallah ilmu sebagai ilmu tanpa keberkatan amal.
Ucapan TAKZIAH kepada seluruh keluarga, kaum kerabat dan sekalian rakyat yang merasai kehilangan beliau. Allah cipta TGNA hanya satu dan tiada gantinya. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan.


 Orang ramai berpusu-pusu datang memenuhi depan kediaman TGNA ini selepas mendengar perkhabaran beliau telah meninggal dunia.
Ya Allah, terimalah amal ibadat dan segala kerja-kerja Islam Tuan Guru kesayangan kami ini ya Allah.









Jenazah Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Diusung Keluar oleh Orang ramai dari Masjid menuju ke tanah perkuburan...

 SUBHANALLAH! Lautan manusia...
Didunia lagi Allah dah memuliakan Allahyarham Tok Guru... Begitu ramai yang menyayangi beliau...




Allahuakbar...!!! Kuasa Allah Hanya Dia Yang Tahu....


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.