Pages

Tuesday, 25 August 2015

Inspiration 151 #UBAT GIGI





Sangat penting untuk kita memahami akan kehidupan ini. Kita kena faham, kita adalah roh yang diletakkan dalam fizikal kita yang sementara, yang akan sentiasa berubah. Wajah kita 10 tahun lalu tidak sama dengan wajah kita kini. Sebab organ fizikal kita sentiasa berubah. Bayangkan sel di tubuh kita ini, tidak ada yang sama jika kita bandingkan dengan tujuh tahun yang dahulu, sebab sel kita sentiasa akan tumbuh yang baharu. Dalam perut kita ini ada satu lapisan sel yang akan berubah setiap lima hari. Sel darah merah kita juga akan bertukar setiap 120 hari. Kalau kita melihat diri kita di cermin, tubuh kita yang kita lihat di cermin itu adalah fizikal kita yang selalu berubah. Diri kita yang sebenar ialah roh kita, yang melihat diri kita dalam cermin. Cuba renung dalam kehidupan kita ini, adakah kita lebih sibuk hendak mencantikkan diri kita (fizikal) atau kita lebih sibuk hendak mencantikkan roh, hati dan jiwa kita? (PROF DR. MUHAYA)

Sources:
Victor Nunes

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.