Pages

Tuesday, 25 August 2015

Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup


Ikan bilis yang digoreng garing memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah anda cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang enak dan kerangupannya tahan lama? Cuba petua ini.

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis anda akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.

2 comments:

  1. wah..ini info baru ni..SA x pernah tau...erm nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  2. kat rumah ada cuka...tapi jarang sangat guna. Ni dah tau dah..thanks sis

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.