Pages

Monday, 31 March 2014

Inspiration 30# WISEL


Orang yang benar benar tenang ialah mereka yang tidak terkesan dengan pujian atau cemuhan orang tapi mereka sentiasa menlihat kebaikan orang dan sentiasa sangka baik dalam setiap keadaan.



Sources:
Victor Nunes

Kuah Young Tau Fu

Assalamualaikum semua....pagi,   ...sementara nak memulakan pagi ni....ambik masa sikit mengupdate MZ...gambar lama yg belum dicatatkan  ceritanya...Kuah Young Tau Fu...

Kuah Young Tau Fu MZ

Jumaat minggu lepas buat Kuah ni...sebabnya dah teringin Young Tau Fu , Jumaat pagi tu ke Pasar ..lalu depan kedai Frozen terus teringin nak makan Young Tau Fu... selalu beli di pasar malam atau makan di kedai kali nie teringin nak buat sendiri kuahnya  ...teringin le pulak nak makan hasil tangan sendiri panas2 bila masa...

Ambik keputusan buat sendiri je la...tanya mak cik google...semua bahan  ada. Sebenarnya en.cyg dan along kurang suka YTF nie tapi tak pe masih menang lagi kami bertiga suka ..adik dan angah janji jangan ada kangkung dan kuih teow gulung (Chee Chong Fun) tu yang lain ok.


Bahan-bahan sampingan bagi yong tau fu ialah, sosej, jejari ketam, kek ikan, bebola ikan, kangkung, tahu goreng dan lain-lain mengikut selera masing-masing, nak beli yang siap dicampur semua ni sekali pun ade jual dah, tinggal rebus je.: )

Senang macam mana pun cara buatannya, tapi kalau tak dicuba..tak menjadi juga.....kepada yang nak cuba kuah YTF ni ..nanti MZ  letakkan resepinya...sekarang tak perlu tunggu raya ,nak open haouse atau bulan puasa teringin nak makan YTF ..bila-bila pun boleh...bahan pun mudah je...dan nak buat pun memang senang...hasilnya nak makan sendiri tu boleh laa.Bahan-bahan resepi young tau fu ni dapat banyak juga, kalau rasa bilangan isi rumah tak ramai, boleh buat separuh bahan je, dan pandai pandailah agak lah ye, supaya tidak membazie, tapi boleh juga di simpan di dalam peti ais, dan panaskan jika ingin dimakan. 




Kuah Young Tau Fu MZ

RESEPI SOS MANIS (HITAM)
Sumber :Chef Arm


Bahan-bahan : -

200gm taucu ( Dikisar )
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar tepung jagung ( Dibancuh dengan sedikit air )
Gula secukup rasa

- Panaskan minyak, masukkan taucu dan tumis sekejap.
- Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
- Masukkan pula kicap dan gula secukup rasa..
- Akhir sekali pekatkan dgn bancuhan tepung jagung dan kacau sebati..

RESEPI SOS PEDAS ( MERAH)

Bahan-bahan : -

20 biji cili merah - ( Dikisar )
1 cawan air
2 sudu besar bijan
2 sudu besar kacang tanah - ( Ditumbuk )
1 sudu besar tepung jagung - ( Dibancuh dengan sedikit air )
Cuka
Garam dan gula ( secukup rasa )

- Masukkan air dlm periuk dan biar mendidih
- Masukkan cili dan biar hingga cili masak.
- Masukkan sdkt cuka, garam n gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tpg jagung utk pekatkan kuah.
- Sebelum hidang, tabur bijan dan kacang tanah yang ditumbuk tadi.

apa kata pengkritik tetap masakkan ibu ~ Thumbs-up :P

Perggghhh mmg sedap wa cakap lu....hihhii..

Kuah Young Tau Fu MZ


wahhhhhhhh lagi la syok dpt makan homemade YTF dgn sup tom yam yg sedap tu.. Mudah giler buat YTF rupanya ya.. hihihi.. tu la.. selama ni kalau buat kan syok, dah lama dpt makan homemade YTF.. heheh.. Mekasih kepada Cherf Arm yg membuatkan K.Zie teruja nak buat YTF  (uishhh panjangnya karangan !! haha)

Sunday, 30 March 2014

Sesi persekolahan bermula...

Assalamualaikum...



Cuti pertengahan penggal pertama telah berlalu.Bagi anak-anak yang pulang ke asrama sudah tentu ada hati yang tertinggal kat rumah.Jasad sahaja yang ada kat sekolah tapi minda tu masih kat rumah.Bagi anak ibu yang telah ibu dan abah hantar ke asrama tu harap dapat menjalani kehidupan pada hari persekolahan dengan lebih bersemangat lagi. Untuk anak ibu yang berada di asrama tu harap semuanya ok.

 Esok, sesi persekolahan bermula selepas cuti 1 minggu. Adik-adik, jangan lupa siapkan kelengkapan sekolah. Masih sempat lagi nak beli barang-barang sekolah yang TERhilang dan yang rambut panjang sudah tahu apa yang patut di buat..jangan esok ge sekolah berrambut balik kepala botak... 

Mulai esok, anak-anak tidak boleh bangun lewat lagi. Kita perlu bangun awal dan balik rumah lebih lewat. Para guru dan murid akan bertemu lagi. Bagi setiap ilmu yang dicurah dan ditadah, semoga semuanya diberkati dan dirahmati Allah. Selamat maju jaya


BAHAYA AJINOMOTO

Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”


Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.


Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus.




Saturday, 29 March 2014

KEROPOK LEKO

Assalammualaikum semua.....




lama tak de entry baru...kalau kata sibuk...ramai lagi orang yang sibuk tapi itulah hakikatnya.  Sebenarnya dalam apa pun yang kita buat perancangan mesti ada, tapi dalam masa yang sama macam mana pun kita merancang nak kan yang terbaik...Tuhan lebih mengetahui...perancangan Tuhan lebih baik pada kita semua, dan alhamdulillah sampai setakat ini MZ masih boleh memenuhi kehendak anak-anak....lebih-lebih lagi dalam memenuhi permintaan anak time cuti sekolah ni. Gambar ni semua orang pun tahu..keropok leko..atau kerepok..kepok yang ada cerita tersendiri...dan kekal lama sampai hari ini.  Sedap keropok nie banyak isi ikan,tengok warna dah tahukan...kalau yang putih tu banyak tepung dari isi ikan..ada yang hanya suka makan kukus dan mentah...MZ mesti goreng dulu... kalau balik kampung ke Kuantan mesti Mummy Lyn sediakan dan beli siap2 untuk kami bawa pulang.Dah siap potong bila nak goreng keluarkan dari esbox terus digoreng.. 



yang kering nie pun sedap juga dia bagi 3paket.Kalau goreng sekejap aje tapis kosong tak sempat nak simpan dalam tipuware...


Terima kasih kerana sudi baca.

Inspiration 29 # KLIP BAJU



“Ramai orang berusaha mencari siapa yang bersalah daripada menyelesaikan masalah itu” – Robert Schuller



Sources:
Victor Nunes

Friday, 28 March 2014

Dahsyatnya Sedekah di Hari Jumat


Sedekah pada hari apa pun sangat utama. Namun, khusus pada hari Jumaat, Allah memberinya pahala “lebih”, apalagi pada bulan Ramadhan, hari Jumaat merupakan hari yang utama dalam Islam, lebih utama lagi hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Ada gabungan keberkahan dari keduanya – Jumaat dan Ramadhan.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab. Bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan berdoa kepada Allah nescaya akan dikabulkan…” (Muttafaqun ‘Alaih)

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)

“Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya." (HR Ibnu Khuzaimah, Mauquf Shahih). Wallahu'alam.

Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat pada hari Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS.Al-Jumu’ah: 9)
Memang kalau di bandingkan dengan umur umat-umat terdahulu, umur umat nabi Muhammad SAW relatif jauh lebih pendek. Paling banter hanya sampai umur 60-70 tahun. Berbeda dengan umat nabi-nabi sebelumnya. Umur mereka bisa mencapai ratusan tahun. Umur nabi Nuh as saja mencapai 900 tahun lebih. Sehingga dengan umur yang pendek ini, otomatis kesempatan untuk beribadah pun menjadi lebih pendek pula. Lalu, apakah kita akan mengatakan bahwa Allah Swt tidak adil karena memberi umur pendek kepada kita sedangkan umur umat terdahulu panjang-panjang?
Tentu saja tidak, Allah Maha Adil. Memang Allah memberi kita umur pendek. Namun, Allah Swt memberikan kepada kita waktu–waktu dan kesempatan yang seandainya kita beribadah pada waktu itu, maka pahalanya akan dilipat gandakan. Diantara sekian banyak waktu yang di berikan Allah Swt untuk melipatgandakan pahala seorang muslim adalah Hari Jumat.
Hari Jumat merupakan hari yang paling utama dari semua hari dalam sepekan. Dia adalah hari yang penuh barakah. Alloh Ta’ala mengkhususkan hari Jum’at ini hanya bagi kaum Muslimin dari seluruh kaum dari ummat-ummat terdahulu.
Dari Salamah dari Abu Hurairah ra. Nabi saw. bersabda:“Hari terbaik yang terbit padanya matahari adalah hari Jum’at. Sebab pada hari itu Allah  Azza  wa Jalla menciptakan  Adam as. Dia memasukkan Adam ke surga, pada hari itu ia diturunkan ke bumi, dan pada hari itu terjadi kiamat serta pada hari itu terdapat satu masa dimana tidak seorangpun berdo’a kecuali Dia akan mengabulkan do’a itu. “(HR. Muslim)
Oleh karena itulah, Nabi saw sangat mengagungkan, mengistimewakan, serta memuliakan hari jumat di banding hari lainnya. Beliau banyak melakukan berbagai macam ibadah di hari itu. Banyak sekali keutamaan dan keistimewaan yang ada di hari jumat di antaranya adalah bersedekah.
Ibnul Qayyim berkata: “Sedekah di hari Jum’at dibanding dengan sedekah di hari lain adalah seperti sedekah di bulan Ramadhan dibandingkan sedekah di bulan-bulan selainnya”.
Hari Jumat adalah hari dimana sedekah berlipat ganda. Rasulullah SAW bersabda : “Pahala sedekah berlipat ganda pada hari Jumat.” 
Sedekah pada hari Jum’at lebih baik daripada sedekah di hari lainnya. Ibnu Taimiyah jika keluar menuju Jum’at beliau bawa apa yang ada di rumahnya lalu beliau sedekahkan dalam perjalanannya menuju masjid secara sembunyi-sembunyi”.
            Namun sedekah tidak hanya berupa uang. Rasulullah bersabda, “ Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruk kepada kebaikan adalah sedekah, melarang daripada kemungkaran adalah sedekah, dan berhubungan badan dengan istri adalah sedekah.” (HR Muslim)

Wednesday, 26 March 2014

Wordless Wednesday 34# Al Fatihah

Berita yang menyedihkan. Tetapi kita harus redha dengan ketentuan ALLAH. Takziah untuk keluarga. Moga ia jadi pengajaran berharga untuk iktibar kita semua



Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya ketentuanMu telah termaktub di Lauhul Mahfuz, maka kami redha dengan nya, Namun kami sebagai hamba-hambaMu juga punya pengharapan yang tinggi kepadaMu wahai Tuhanku, Engkau Maha berkuasa diatas segala sesuatu, ditanganMu kami pasrahkan permintaan kami..

Ya Allah Ya TuhanKu, apalah sudi kiranya dengan kebesaranMU yang tidak akan berkurangan sedikit pun ketika mana Kau mengabulkan doa kami..maka kami menadah tangan dan memohon kepadaMu Ya Raab, ampunilah sahabat kami Zaharie Ahmad Shah yang belum kami temui jasadnya. Sekiranya beliau masih hidup kembalikan lah beliau dan mereka-meraka yang bersamanya kepada kami...Sekiranya beliau telah kembali kepada pengabdian di sisiMu, ditempat yang kekal selama-lamanya maka kau pelihara lah beliau disana sementara menantikan kepulangan kami semua kepadaMu.

Berikan lah Rahmat dan MaghfirahMu kepadanya...dan kerehatan abadi disisiMu...sebagai seorang syuhada yang mendapat tempat termulia di sisiMu..Ameen Ya Rabbal 'Aalaameen..

Inspiration 28 # Clove Flower








“Sesiapa yang meniru golongan yang soleh, maka ia akan dimuliakan sebagaimana mereka dimuliakan, sesiapa yang meniru golongan yang fasik ia tidak akan dimuliakan” – Al-‘Aqomi


Sources:
Victor Nunes

Monday, 24 March 2014

Tempahan Talam Suji

Salam,

Update tempahan kuih talam dari Sally minggu lepas. tq...





Tempahan dari Cik Sally Setia Alam ~ Sy dapat je terus makan. Sedap! Lepas ni boleh order lagi.

Sunday, 23 March 2014

Hujan EMAS kebun orang

Assalamualaikum

semalam sempat berjalan jalan, disamping menjalankan tugasan yang diberikan. Sempat juga melihat perkembangan kebun kebun tetangga yang dilawati.


Longan yang ditanam dalam pasu. Pandai tuan rumah menanam Longan.
Dalam pasu pon berbuah...kalau dah boleh ditanam atas tanah pakat2 tak yah beli longan dah kita...

buah nya masih muda lagi..nie kali kedua berbuah agak lebat juga...

Selasih ku sayang yang tumbuh subur di tepi longkang yang redup, dalam polybag  yang diguna .

Markisa kali pertama berbuah buah penyambut tetamu sebab dok depan pagar


Salah seorang sahabat Nabi ada yang menyatakan...

" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. membisikkan pada telinga ku ini, iaitu : " Barangsiapa menanam sebuah pohon dan kemudian dengan tekun memeliharanya dan menguruskannya hingga berbuah, maka sesungguhnya baginya pada setiapyang dimakan dari buahnya merupakan sedekah di sisi Allah.." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Inspiration 27# LETTUCE


This is my favorite

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar- bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"


Sources:

Victor Nunes

Saturday, 22 March 2014

Masak apa hari ini??

amboi mok kecik nie happy dapat masuk dapur..nie nak menolong masak ker 
nak menolong buat sepah 


Sekarang nie dah cuti sekolah..  pening kepala aku mula lah nak masak apa.. sebab dah nak balik kampung.. tak sabar nak balik ,sekarabg kampung musim apa ye..?? aku malas nak beli lauk banyak2.. tapi biasanya along request daging.. tapi aku cakap kita buat daging lemak cili padi kerisik lah.. En.cayang pon suka daging masak lemak  kerisik.. memandangkan tekak aku ni tong sampah.. so aku ok kan je lah..sendiri masak satu menu janji semua suka...



Set lengkap untuk ari ni, Alhamdulillah, moga diberkati rezeki dan dijauhi kami dari api neraka.
sambal lupa nak ambil gambar...


Lagi pulak, saya tak ada membuat apa apa, hanya mengikuti perkembangan dan laporan terkini Kehilangan pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing pada pukul 2.40 pagi setelah berlepas dalam kira kira 2 jam. Apa pun kesudahannya, semoga mereka semua sentiasa ingatkan Allah di saat kritikal tersebut. Sudah Hari Ke-15, Dimana Kamu ? Kami Menantimu. Pulanglah MH370. Mesti 1 Dunia Gembira Jika Kamu Pulang Dengan Selamat.


                                                                Ulam tenggek burung rangup dan menyelerakan


Beluntas @ Kerdas @ Genuak
Eyh byk pulak nama yg satu ni..nama tuk FB & Twitter die kot
sedap rasa ulam ini masih muda, saya beli di pasar tadi sekilo 12 henggit.


Nah!! Ibu masak  daging masak lemak cili padi kerisik ni banyak.. makan lah sampai muntah.. favaourite empat abdul ni.. dulu fav along.. Eh aku ada citer tak pasal  Along? dia memang pelik sikit bab makan.. dia kalau suka.. dia akan sukaaaaa itu je.. dia tak nak lain.. so ada satu masa dia suka sangat  ayam..apa saja resepi ayam termasuk KFC pastu sekarang dia dah muak.. langsung dia tak nak.. pastu kang, minat segala masakkan daging.. ituuuu je dia request.. aku tau, nanti dia akan muak.. macam ayam.. dia dah tak nak sangat.. lagi-lagi ayam berkuah-kuah macam sup ke, masak lemak cili padi boleh ge lagi.. now dia dah muak ayam masak lemak cili api.. dan sekarang aku tengok dia tengah suka makan masak yang ada black papper.. macam-macam betul budak-budak ni





"Ni je lauk" kata Irfan.. amboi sopan sangat... hahahah.. ini je???? kalau banyak lauk dan sayur ,bukan korang makan.. satu lauk fav aje yang korang makan itu pon dah  kembang-kembang  idung nak abiskan  sebab bangga.. Irfan makan 2 pinggan ok.. memula tak nak makan.. pastu aku paksa, muka dia dah sentap.. pastu tetiba selera pulak.. tu lah.. malas nak keluar  pressure cookers aku pakai magic pan untuk rebus daging kejap aje lembut daging aku...

Inspiration 26# Clip Art





"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"


Sources:

Victor Nunes

Friday, 21 March 2014

Rebut 5 sebelum 5

Assalamualaikum


Dari Abdullah bin Ámr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
Yang paling kukuh keimanan ialah
berkawan kerana Allah,
bermusuhan kerana Allah,
bercinta kerana Allah,
dan membenci kerana Allah.

(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)



Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dan melakukan kebaikan.

1. Masa muda kamu sebelum tua
2. Masa sihat kamu sebelum sakit
3. Masa lapang kamu sebelum sibuk
4. Masa kaya kamu sebelum miskin
5. Masa hidup kamu sebelum mati.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
Sekadar Renungan Tiada Kaitan Samada Yang Masih Hidup Ataupun Yang Telah Mati.

Awal Dan Akhir Usia Kita.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat ALLAH SWT dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW, penghulu sekalian ummat ini. Salam ke atas sekalian Ahli Bait Baginda dan seluruh pewarisnya. Semoga dengannya kita beroleh manfaat. Semoga Jumaat buat semua


Kisah di awal kelahiran kita dan akhir usia kita di dunia ini untuk renungan bersama.





Awal Dan Akhir Usia Kita. Peringatan Untuk Diri Sendiri - Kadang-kadang kita lupa kepada kematian. Buktinya? Kita terlalu mengejar keduniaan, seolah-olah dunia ini kekal selama-lamanya, terlampau-lampau dalam mengumpul harta seolah-olah mahu hidup 1000 atau 2000 tahun lagi.


Kita terlalu asyik menikmati perbuatan dosa dan maksiat, padahal kesemua nikmat-nikmat itu hanyalah sementara. Sebenarnya banyaklah sebab-sebab yang menyebabkan kita terlupa seketika tentang kematian, iaitu semasa kita sedang lalai.


Barakallah li walakum...

*** Peringatan Untuk Diri Sendiri

Thursday, 20 March 2014

Puasa 100 hari




ya ALLAH panjangkan lah umur ku untuk ramadhan yg akan datang..amin.


Puasa dah nak dekat. Dah habis ganti puasa ke belum ye? Alhamdulilah saya sudah. Sesiapa yang belum tu kena cepat-cepat ganti ye.Bulan Ramadan tinggal beberapa bulan dan beberapa hari je lagi kan...

Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada’nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada’nya sekali. Seperti contoh :

Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :

1. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua -> Beras 5 cupak (1 cupak sehari)
2. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga -> Beras 10 cupak (2 cupak sehari)
3. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat -> Beras 15 cupak (3 cupak sehari)

Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.

Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudari itu.

Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.

Sekian, wallahualam.

Talam Lapis Diplomat



Meh saya citer pasal talam lapis diplomat plak.Semalam kan berWhatsApp & Chat dah janji buat nak citer.Makanya janji harus ditepati gitu..bukan dicapati 
dengan bangga diri sebelom menalam kena buat butter cake tak nak buat takper ge aje belom kat kedai butter cake banyak...tapi akak memang nak menghasilkan talam yg penuh kasih sayang gettewww...satu adunan butter-cake boleh buat dua biji talam tapi terlajak sedappp anak2 suka makan butter cake nie (mkn panas) tak pe ibu boleh buat lagi janji anak2 suka makan kan...kata resepi ibu penuh kasih sayang.


so kek dah siap ingat boleh menalam air paip pulak tak der ,boleh buat air tangki ada tapi jenis nak cedok2 dalam baldi nie termalass lah pulak...dah biasa memasak pulas paip air laju ajer kan...(dugaannn).Bonda call nak wudhu socks apa lagi misi percarian ,menalam kita buat lain hari lo...

                            suka dpt seliper putih lembut sggt Rm 5 henggit..mcm tak caya...

okey...Sob...sob..saya menangis sendirian melayan buku resepi talam ...dok menahan rasa sedih tetiba perut rasa lapo.Tetiba tekak tewingin Talam lapis diplomat.tetiba tingat bulan posa  ..rasanya ada lagi belen kek yg dah siap bakar kat freeze tu..yesss! Betul ada lagi butter cake tu.terus belek-belek bahan2 nak buat talam...ok..semua ada.Misi harus diteruskan demi tercapai hasrat. Kalau dok bersedih je menten perut saya lapo.kan..

Memandangkan ada la sowang dua anak ni terkena penyakit keturunan...gemo kuih yang kukus kukus gitu..maka wajib la membuatya. Tapi talam ni agak moden. Nama pun diplomat nko...haa....ala ala urban klasik gitu.Errkkk betul ke gitu..isshhh xyah nak mengarut...Meh nak khabo, Talam Diplomat ni salah satu Wesepi Talam Ibu Azzah
 yang yummy...Apaaa nak  resepi...khabo buat blog nak share resepi ..bukan tak nak share resepi kat sini dek oiii...akak lupa nak mintok izin ngan ibu azzah. kalau korang nak resepi cer klip kat nama dia terus ke fb kat situ pandai2 korang lah nak mintok resepi...Kot2 la ada yg gemo jugak kuih kukus kukus ala ala jaman dolu dolu tapi moden.

Berbekal semangat waja..zasss saya bersilat kat dapur buat Talam lapis diplomat petang semalam ...saya buat senyap-senyap takut terkanjat plak en.cayang depan tv .Apa kess ni petang petang bersilat lagi kat dapur...sambil sambil menalam berhenti jap nak merempit ambil anak sekolah dengan hati hati saya keluarkan segala senjata kat dapur tu...yang saya tahu..saya nak bekpes talam lapis diplomat...so pagi nie tercapai lah hajat dihati. Bagus kan saya..nekad!!!


Haa ni la talam lapis diplomat yg sy buat semalam siap seblom maghrib makan ari nie...mulussss je.....kaler pink tu nampak kureng sbb zie amik gambo ni terlebih cahaya...cehh cahaya jugak salah.Standart la..mana pernah nak ngaku salah sendiwi..halusss...




Wednesday, 19 March 2014

Wordless Wednesday 33#


Ya Allah....sungguh pedih sekali 'KEHILANGAN' dalam hidup...namun ada yang lebih pedih..bahaya..dan kemuncak kemusnahan...APABILA HILANG 'ALLAH' DARI HIDUP...maka hidup akan berjalan tanpa akses dengan pusat kawalan al-Quran dan al-Sunnah..hidup sudah tidak berjalan pada laluan radar..orang lain semakin dekat dengan syurga..saat kita kehilangan 'ALLAH' dalam hidup..rupa-rupanya perjalanan kita melencong menjauhi syurga mendekati neraka. Nau'zubillahi...

Masuk Hari ke -12 Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat MH370

Ya Allah....permudahkan urusan kami...ganjarilah semua yang diuji dengan ganjaran yang amat besar dariMu...



#Teruskan Berdoa Untuk MH370
#Let's Keep On Praying For MH370

KESAN TIDUR BERLEBIHAN

Salam sayang semua


Jika Anda sudah tidur berjam-jam tapi masih terasa ngantuk, maka Anda perlu mewaspadai adanya penyakit di dalam tubuh. Rasa ngantuk merupakan tanda yang diberikan tubuh agar orang beristirahat, yang biasanya datang di malam hari atau saat merasa lelah.

Namun kondisi tertentu dapat membuat orang selalu merasa ngantuk, bahkan di waktu kerja. Apa penyebabnya? Dilansir Webmd, berikut beberapa penyebab kesan tidur yang berlebihan sepanjang hari:
 anda sememangnya digalakkan membaca entry zie ini. Wajib baca okay!  ^__^

Waktu tidur individu yang mengalami hipersomnia biasanya boleh mencecah lebih daripada 12 jam, sedangkan pola waktu tidur yang normal dan anjal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam sehari.





1.Kencing Manis

Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.

2.Sakit Jantung

Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.

3.Mudah lupa

Waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.

4.Kenaikan berat badan

Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.


 



Nota dari Utusan Malaysia
Kredit : Dr Zubaidi B Ahmad


#‎prayforMH703‬