DOA MIGRAIN & SAKIT KEPALA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.




mudah-mudahan kita dikurniakan kesihatan yang berpanjangan


salam merdeka- 56 !!

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke lima puluh enam tahun semua!

Teriak Merdeka Memecah Angkasa-
Mengubat Derita berabad Lama-
Kekalkan Jati Diri Bangsa-
Moga Merdeka Kekal Selama



Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang dicatat dalam sejarah negara sebagai 31 Ogos 1957, Selamat Merdeka kepada semua warga Malaysia dimana jua kamu berada.Kita berharap dengan Kemerdekaan Malaysia yang dah meninjau 56 tahun ini, Rakyat tidak akan bersia-sia akan nya dan seharusnya berbakti kepada negara dengan menjadi seorang Rakyat yang cekap, berwawasan, beramalan, dan senantiasa menegakkan keadilan tanpa mengira kaum, dan agama....moga kite sume menjadi rakyat yg bersyukur dilahirkan sebagai warga Malaysia.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

terima kasih sudi baca ^^

Ciri-ciri Pada Anak & Diri

Assalamualikum

Saja nak kongsi kat sini..korang anak nombor berapa??? Akak anak kedua...ANGAH @ NGOH.....Penyabar & Kelakar ....betoiii kew dua2 nie ada pada diri ku...Penyabar ~ bak kata orang sabar ada hadnye.Lebih2 sangat naik meroyannye sendiri makan pengat, sendiri mahu ingat...hahahaa.

Kelakar ~ Boleh ler itu pun bertemu dengan geng bukan geng bas sekolah ye.. (byk kena perbaiki) belom boleh masuk maharaja lawak..he3x

Anak kedua ~ AIR
EN.CAYANG ~ ANGIN

Padan ler Agin tiup Air berkocak situ ler.....

...korg setuju x?
kot korg x setuju,cer tengok carta kat bawah ni...






korg ada rasa kena tepat batang hidung sendiri x? ha3...


MY RECIPES 33: RENDANG AYAM TANPA SANTAN



Pagi ni zie share satu resipi rendang ayam tanpa santan, ramai dah call bising2 bila nak publish redang LC errr, less colesrol less bajet  nak masak rendang ayam ni, tak sabor nak buat yee sedaplah tuu!!! sebenarnya zie tak larat banyak lemak2 nie dah tak tertanggung oleh body yang gebu nie.Paham2 aje ayam bandar dah lemak time masak kita tumis tambah kerisik campur santan lagi tak sanggup yang nak makan menanti lemak berkilo2 . Sedap dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pulut kuning. Kalau makan dengan roti pon sodappp. Segala herba tak masuk anak2 tak suka.

❤RENDANG AYAM TANPA SANTAN ❤
 
BAHAN-BAHANNYA :-)


1 kg ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
 2 helai daun kunyit
3 helai daun purut
 1 keping asam gelugor
 500 ml air
 5 camca besar kerisik
1/2 keping gula melaka
15 belas tangkai cili kering (ikut pedas)
15 biji cili padi
garam secukup rasa 

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai


CARA MEMBUATNYA :-)
  •  Ayam garam kunyit goreng separuh masak.
  •  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.  dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan air, gaul rata dan biar hingga mendidih. Tambah daun limau purut,  kerisik dan juga asam gelugor. Gaul rata2 dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah  gula melaka gula dah cair masukkan ayam goreng tadi.
  • Bila rendang hampir kering, perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan daun limau dan kunyit yang diciat2, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat atau nasi...
p/s sedap bagitahu kawan..taksedap telanajor salah diri sendiri...hehe

 

Winsir from Giant

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Abah dah beli,kerja 2 beradik nya yang kena pasang.Ibu dan abah tau siap aje....

amik kau tu harganya...asal petang ajer bising,asal bising ajer petang...nak siram pokok masing2 malas pakai baldi...macam ler kebun berekar2,padahal senonek ajer dalam 15 pokok...yang sebenarnyer alasan masing2 nak main air

segala arahan dah ada kat kotak ....takkan tu pun tak reti...



tu dia dah siap pasang...fuyooo berjaya gak anak ibu.itulah untung ada anak lelaki kerja2 mcm nie serah padanye....


MY RECIPES 32 :KUEY TEOW LAKNA MASZIE

mana yang reques resepi KUEH TEOW LAKNA MASZIE...yang
 mudah yang senang disediakan dan yang penting dia sedappp...guna air rebusan tulang ayam ,kulit & kepala  udang untuk kuah yang sedap,makan panas2 dengan cili kicap potong  terangkat...beb

 ❤  KUEH TEOW LAKNA ❤

  
Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian goreng dengan sedikit minyak dan kicap pekat siap ketepikan...akak guna brand MAHKOTA



Kuah yang meriah dengan bahan2

15 ekor udang - terpulang la yer nak letak berape ekor pon...
isi ayam & sotong - suka hati nak letak banyak mane.Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.

Akak suka guna kuey teow brand nie yang warna hijau untuk goreng.


  1.  Cendawan
  2.  Bunga kobis
  3. Kailan
  4. Lobak Merah
  5. Halia muda
  6. Batang leek 
 Untuk kuah

4 ulas bawang putih - diketuk2  2 sudu minyak 2 sudu sos tiram 2 kiub ayam 2 biji telur sekeping dada ayam - di potong kecil sotong - di potong bulat cili padi cili merah garam  secukup rasa air secukupnya

 Panaskan minyak dan goreng bawang putih dan bawang blander dan serbuk lada hitam (tak nak bubuh pon boleh) hingga bewarna kekuningan. dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam,udang dan sotong  yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
                                             
    3 sudu  tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah  

    Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam. 


    Bawang goreng dan daun sup tuk hiasan.

     Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.Sedap dimakan panas2

    MY RECIPES 31: Dorayaki / Doraemon


    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
     Dah sarapan ...nak sarapan ape ye...itu soalan setiap hari...sekali sekala mai kita buat sarapan Doraemon...wokey gak anak2 mesti melompat anak tekak lebih lagi...hahaa

    ❤ Dorayaki @ Doraemon ❤



    Jom kita cuba nak?

    Bahan-bahan (untuk 10 keping)

    100gm tepung kek atau tepung gandum
    ½ sudu kecil baking soda
    60gm gula halus (i kurangkan jadi 50gm)
    2 sudu besar madu
    2 biji telur
    ½ sudu besar minyak masak
    ½ sudu kecil esen vanilla
    Sedikit susu segar sekiranya adunan terlalu pekat (i gunakan jenama Dutch Lady Full Cream)

    Inti : 1½ cawan kacang merah yg manis @ kaya


    Cara-cara :


    1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

    2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.

    3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.

    4. Letak 1 sudu besar kacang merah (i gantikan dengan peanut butter) ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah. Jadilah Dorayaki (hoorey!) kalau  menjadi Tapakaki..ehh...ehh naik kaki...



    terima kasih resepi dari (reena’s online)



    FM MUM & DAD

    Assalamualaikum,

    Kan dah kata dah, kalau dah terjebak memang susah nak undur balik he...he... ini koleksi yang seterus nya zie dapat, sebenar nya koleksi ni koleksi yang anak2 zie bagi hari bapa dan hari ibu tahun 2012.

     FM.63
    FM.64
    FM. 65
     FM.66




     FM.67
    FM.68


    Kenduri Kawin Anak buah En.Cayang

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Batu kikir
    jambatan bosi...
    Gulai udang sebelango....

    25 Ogos 2013, pagi2 gerak dari rumah kul 8 pg.. sampai2  di Batu Kikir jer dalam pukul 11.30 pagi.. just nice.. sebab kul 12 tengahari cun2 time nak berarak ke dewan...kami berkumpul di Homestay Kampung Lonek.


     tengok perangai adik...kat homestay dia paksa angah layan dia main tudung oren..tengah mengila main tudung oren sekarang....

    saat menunggu pengantin sampai kami lepak dulu.... eehhh tema dorang nie pink + gray macam2 taw2 aje...so akak nie wakil sebelah Pengatin Lelaki ke pengantin pompuan belasah aje lerrr

     adik + kakak ipar

    Adik + Abang = Adik dah 2 orang menantu abang anak masih sekolah lagi...


    lauknya semua sedap2...daging salai masak lemak cili padi


    yang nie family kakak en.cayang no.2 dari Kuala Kubu Bharu

    My Family

    Pengantin. Simple and nice!!


    Tahniah dpt menantu no dua. Semoga Allah memberkati dan merahmati keluarga anda.
    Maka selesai acara potong kek & berposing dengan pengatin kami gerak dalam pukul 2 nak antar along balik hostel pukul 6ptg..Panjang umur bulan depan kami ke Johor majlis sebelah Lelaki rumah Adik en.Cayang
     balik antar along kami singgah setia mall,berjaya juga angah bodek abah belikan kasut bola dan PC baru....Shine Bright like a diamond ^^ (angah perkena ABAH)

    otw balik semalam banyak jual lomang tepi jalan singgah beli 2 batang .Sebatang rm13 besar puas hati ~ kira2 semalam raya puasa enam






     
    Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in