Welcome 2014!!!... Good Bye 2013....

'Bismillahirrahmanirrahim

Tahun 2013 meninggalkan kita...Maka tahun 2014 pula menjelma...
Banyak sangat kenangan-kenangan indah aku di tahun 2013 yang sudah tentu akan tetap menjadi ingatan aku sampai bila-bila. Kenangan pahit pun ada juga...aku tak mahu fikir pasal tu. Biarlah ia berlalu begitu sahaja.

Berazamlah untuk mejadi hamba Allah SWT yang terbaik. Bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga seisi keluarga mendidik diri sendiri dan anak-anak untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.Seprti kelaziman, tiba sahaja tahun baru, semua orang mula berazam. 1001 azam di tanam dengan harapan akhir tahun terlaksana segala-galanya. Tetapi malagnya, lebih banyak azam yang terbengkalai berbanding yang berjaya. Agar azam tahun ini berjaya, marilah kita mulakan azam dengan berazam unutk melaksanakan azam yang telah kita rancang sebaiknya. Kemudian, barulah diikuti oleh azam yang lainnya.


Kenangan indah 2013 :

1. Sejak aku start blogging April 2013, aku sudah mengumpul lebih ramai teman-teman yang terdiri daripada blogger dan juga bukan blogger. Mereka terdiri daripada followe blog aku ini, pelanggan business cake/kueh dan pencita resepi . Thanks pada anda semua. Andalah sumber inspirasi untuk bekerja keras mendalami selok-belok dunia blogging dan terus mencintainya. Hidup aku bertambah ceria dengan dikelilingi teman-teman blogger yang serba sedikit mengisi ruangan hidup aku.
2. Rezeki aku murah tahun ini. Dengan adanya blog ini, aku start berani mencuba dunia perniagaan kecil-kecilan. Satu perasaan yang seronok dam membuatkan aku busy seketika dengan dunia baru ini.
3.Aku suka travelling. Alhamdullilah aku sempat berjalan-jalan ke beberapa tempat.Semua destinasi tu menjadi kenangan terindah dalam hidupku dan setiap kenangan boleh kongsi di dalam blog ini.
4.Sejak aku mengenali Facebook, aku jumpa balik kawan-kawan lama aku yang dah lama terpisah sejak zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan teman tempat kerja dulu. Selepas itu, ada yang aku hanya contact melalui phone dan ada juga yang aku membuat pertemuan dengan mereka.
Seronok sangat. Macam-macam cerita lama terkeluar dan sudah tentu kenangan indah dalam hidup aku.
5.Aku peliklah tahun 2013 saham aku betul-betul naik.Huhuhu. Ditahun ini juga aku makin rapat dengan en cayang kerana masin2 ada ac gmail segala2 nota tinggal di situ so sweet....



Azam aku di tahun 2014 :

1.Lebih mendekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan amalan akhirat. Kita hidup ni pun entah sampai bila. So. bersiap sedialah apa saja amalan. Insya Allah semoga doaku dimakbulkan Allah.
2.Ingin selalu disayangi dan dikasihi oleh sesiapa sahaja yang dekat dengan diriku sama ada keluarga, teman-teman dan orang tersayang.
3.Bekerja keras untuk membantu En.cyng.Memberi yang terbaik kepada Keluarga yang aku sayangi.
4.Azam nak ge UMRAH. Kalau rezeki dah sampai...tentulah itu yang aku harapkan. Semua tu rezeki Allah. Jika pintu rezeki tu nak datang...tentulah ia akan datang juga. Insya Allah. Doakanlah yang terbaik untuk aku dan masa depan aku dan kelurga ku...itu semua urusan Allah.

HAPPY NEW YEAR and be safe!

'Alhamdullilah'






Fridge Magnet lagi...thank you Capt!!!!

Weekend memang ahkak selalu megemas 2 almari kesayangan ku nie...tiba ter jumpa 1 fm dan keychain dari Bejing yang fm vietnam dalam almari fm...mmg pelik dari siapa pulak ...pakat siasat dari anak2 manalah tau kot2 dari awet2 atau bff diaorang yang baru balik bercuti....
semua jawab tak tahu....

tak perrr kita tunggu ABAH (en.cayang) balik dari kerje...


Ni ahkak tunjukkan fridge magnet dan plate yang akak dapat dari kawan-kawan. Sekarang ni koleksi FM & PLATE NEGERI dah banyak...i likeeee. Dah penuh almari ahkak dgn magnet2 yang cantik2 belaka.

FM.117

Ni pulak FM Vietnam dari Capt.Rafie    ...yang baru balik bercuti ke sana gak...walaupun aku dah ada koleksi FM from Vietnam tapi yg nie belom ador...orang bagi kan...tamak...hehehe..thanks    !!!




FM & KEYCHAIN from Bejing...aku dapat daripada opismate en.cayang yang baru2 ini bercuti ke sana. Thanks Capt.Faizal!!!


FM.118

‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) yang bermaksud "Semoga Allah SWT akan membalas kamu kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik."



Zebra Cake

Impress Your Friends With A Tasty Cake



Adakah anda ingin makan sesuatu yang manis dan berkalori rendah pada masa yang sama? Jika jawapannya adalah positif, mari kita sama-sama memcuba resipi yang sempurna ini . Ia kelihatan sedap dan  ia sesuai untuk menarik perhatian rakan-rakan apabila mereka datang melawat , terutamanya di hujung minggu.

Recipes 51❤Zebra Cake❤

Masa penyediaan : 10 minit
Masa memasak: 40 minit
Membuat satu 9 inci ( 23 cm) kek

bahan-bahan:

4 biji telur besar - pada suhu bilik
1 cawan ( 8 oz / 250 g) gula pasir
1 cawan ( 8 fl oz / 250 ml) susu, pada suhu bilik
1 cawan ( 8 fl oz / 250 ml) minyak ( jagung, sayur-sayuran atau canola adalah baik )
2 cawan tepung semua guna - (10 oz / 300 g)
1/3 sudu teh serbuk vanila
1 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko gelap

Anda juga akan memerlukan: mangkuk pencampuran , pengadun elektrik atau pemukul wayar, 9 inci ( 23 cm) tidak melekat pusingan pan kek .

Langkah 1. Dalam mangkuk besar , menggabungkan telur dan gula. Menggunakan pengadun elektrik tangan atau pemukul wayar, pukul sehingga campuran adalah berkrim dan mempunyai warna cahaya.
Langkah 2. Tambah susu dan minyak, dan terus memutar hingga komposisi sebati.
Langkah 3. Dalam mangkuk yang berasingan , menggabungkan dan campuran tepung , serbuk vanila dan serbuk penaik. Secara beransur-ansur menambah campuran tepung kepada bahan-bahan basah dan menewaskan hanya sehingga adunan licin dan bahan-bahan kering dengan teliti dimasukkan. Tidak memukul berlebihan - poket udara boleh dibentuk .
Langkah 4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian yang sama. Simpan satu bahagian yang nyata. Tambah serbuk koko ke dalam yang lain dan gaul rata.
Langkah 5. Panaskan ketuhar kepada 350 ( 180C ).
Step 6. Sapu kuali dengan minyak. Jika anda tidak mempunyai nonstick kuali penaik , gris apa sahaja kuali yang anda ada dan selaras dengan kertas minyak .






Zakat & Renew Lesen Memandu

awal pagi lagi dah keluar rumah teman en.cayang bayar segala hutang...mesti ler ai kan bodyguard my hubby.Dah singgah 2 mesin cash deposit bank.Kami terus ke sini.Pusat Pemungut Zakat Setia Alam



Bukan zakat pendapatan..maksud ahkaks (GAJI BULANAN)...uolls sedia maklumkan ai nie D.O dapur Opiser. Ni zakat sewa rumah ai yang kat kampung dah cukup setahun mai ler kita laksana kan dahulu baru hidup aman damai.Kat sini kejap ajer Kaunter buka ajer kami orang pertama...


   No.116

dapat Fridge Magnet AYAT 1000 DINAR...suke3x

Lepas tu kami terus ke Shah alam singgah rumah lama jap jemur comfter dan cari charges  walking talking en.cayang yg patut di pulang ke opis semula.

terus ke JPJ Padang Jawa


ambil no. 9.43 a.m

SILA DUDUK. ANDA AKAN
DILAYAN SEBENTAR LAGI.

Bukan bangsa duduk lagi nak aje akak ko nie buat kuwak letang ke atau chikey dance...akak tengok semua mata dah layu...muka semua nak telan orang...

Aku call en.cayang suruh balik memang dah agak dalam pukul 3 ler siap...dia ge bayar segala bil di shah alam terus solat di masjid negeri dan lepak tepi tasik sambil buat taik mato.Maaf kan ler ye malam kerje...aku dah lapar tahap gaban ,segala macam gaya duduk dah aku buat...dalam pukul 3P.M en.cayang bawak Burger MD dan sebotol air mineral :-) tak menoleh dah aku terus bedal kat situ juga..ador aku kesahhh. Cacing dah berdandutttt.....




04.15 PM baru dapat Driving Licence baru

bila nombor 1460 terus sedia kan duit, keluarkan ic ,lesen memandu dan sekeping kertas adress baru...alang2 tggu lama terus decide renew 3 tahun... (1 tahun RM30) aku dah standby je...memandangkan akak ni bangsa pelupa...menunggu satu penyeksaan ....oh tidakkkkk


sekarang dah lesen baru siap ada gambar...ala-ala ic...sekeping je.. takde dah dua keping macam dulu plastic laminate tu...memang ahkak teruja... "serious? gila baban tunggu lama gila ...cerkira 9.43 ~ 4.15 berapa jam ...alamakkkkkk" sanggup lesen dah mampus nak bawak kete nanti kena saman nanya nak sedekah kat bapak tiri tepi jalan kan...




hujan selebat2 nya...kesian en.cayang basah kuyup ge ambil kuda hitam nya yang parking kat bawah pokok .
untuk kenangan kat sini...hahahahahh...gambar tahun 2002..akak ingat lagi... lesen ni ak tukar kali pertama sebab spelling nama akak salah.Gambar ni ahkaks angah kecil lagi (time beranak 2) kurus gile...kih kih kih



  ni ahkak yang sekarang...jauh beza sangat dengan wajah 11 tahun yang lalu kan kan kan???





Present from Melbourne

aloha,

semperna cuti Krismis 25.Dis.2013.. so, ada sorang lagi my cousin baru balik dari Melbourne.. dia kasi present kat sibling cousin..akak tersenarai...alhamdullilah


ahkas dapat ni.. hahaha.. memey cantik je.. memey comel je.. tq to my COUSIN  coz susah2 jek belikan.. lain kali kalo pegi berseminar wath ever..., belikan I lagi tau.. tak kisah laa ape2 pun janji FM & Plate.. hehe... memey COUSIN ai nie selalu membeli dan memberi pon...tak sabar nak show of yang dia punya...tungguuu.



NO.39

 

5 Clothespin Crafts

1.Clothespin Mirror



Kelihatan seperti matahari! Cat clothespins anda apa-apa warna yang anda suka, walaupun oren dan kuning untuk terus membuat ia kelihatan seperti satu sinar cahaya matahari! Berikut adalah tutorial.

2.Snail Mail


 Beritahu seseorang yang anda cintai mereka dengan cara yang unik dan comel ini. Siapa yang memerlukan menghantar mesej dan e-mel? tutorial

3.Cupid's Arrows

Menghiasi mana-mana hadiah, kepada pasangan anda atau rakan anda yang terbaik, dengan panah cinta glitzy dan glamor! Tutorial boleh didapati di sini.

4.Clothespin Lovers

Pasangan ini mencium sedikit boleh digunakan sebagai toppers cupcake, klip kertas, atau mereka hanya boleh menari di sekeliling meja anda apabila anda berasa sedih sedikit. Setiap kapal mempunyai tujuan itu. tutorial

5.Recipe Cards


Pada akhir majlis makan malam yang hebat, rakan-rakan seolah-olah sentiasa ingin tahu bagaimana anda berhati-hati dibuat bahawa hidangan utama yang lazat atau pencuci mulut yang luar biasa. Buat kad-kad resipi sedikit dan tetamu boleh mengambil mereka dalam perjalanan mereka keluar untuk membuat hidangan anda di rumah! Source



2014 Bloglist Blog Celoteh Cik Yaya

Assalamualaikum, selamat malam

sebelom pejam mata malam nie ahkaks nak join segmen n giveaway yang kedua untuk hari nie


Segmen ini akan tamat pada 31 December 2013.                      

SEGMEN : Bloglist 2014 by Liyana Syafiqah

Assalamualikum w.b.t...terima kasih kepada Blogger muda,
sebab anjurkan bloglist ini...
ok Liyana ahaks join ye...

ini adalah banner untuk bloglist ini....mcm comel jer! sangat comel...serious
ok,kalau nak join ... tekan banner utk join ~_^


tarikh tutup penyertaan: 31 DISEMBER 2013 ~JAM 2:00 petang

wsalam 




CHEEZY CRACKER LAYERED CAKE


Waaaahhhh....tengok tajuk tu.Gempak bunyinya.

Ini adalah rentetan dari peristiwa makan malam besday saya. Yang bercerita pasal kek ni yang sangat mudah di buat. Nampak sangat sedap...dan dengan penuh rasa cemburu...cream cheese dan mentega sentiasa ada di peti ais Maszie.Bahan-bahan lain untuk kek ni sudah ada. Jadi...cara nak buat kek ni tak lah sesuah mana, dan bahan-bahan pun sangat simple. Tak perlukan oven ataupun pengukus. Dah siap nanti simpan dalam fridge saje.

RESEPI 50 ❤ CHEEZY CRACKER LAYERED CAKE❤

BAHAN-BAHAN:
250g krim keju
50 g krimwell
1cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
1/2 pek biskut cream crackers
1 cawan susu panas
Sedikit nestum - hiasan
Sedikit milo/serbuk koko - hiasan
Sedikit crackers hancur - hiasan
Sedikit susu pekat - hiasan

CARA PENYEDIAAN:

Pukul krim keju sehingga kembang dan lembut.Masukkan krimwell,susu cair
dan gula serta putar sebati sehingga licin dan sebati.Sedia untuk digunakan.
Celupkan biskut cream crackers ke dalam susu panas sehingga sederhana lembik.
Sediakan bekas kecil/acuan dan isikan satu lapisan crackers kemudian lapisan keju dan selang selikan ia sehingga krim keju habis digunakan.
Calitkan susu pekat ke atas lapisan keju dan taburkan nestum crackers hancur serta milo.
Sejukkan didalam peti ais sebelum dihidangkan.Selamat mencuba ye kawan2.


Thank you for reading this blog!


15 Cara Mengikat Tali Kasut YG Kreatif

Setiap orang mempunyai skil mengikat tali kasut yang berbeza-beza. Namun tahukah
anda, bahawa terdapat lebih dari 15 teknik mengikat tali kasut yang menarik boleh
dipelajari.


15 Teknik Mengikat Tali Kasut (Menarik!) Setiap orang mempunyai skil tersendiri dalam mengikat tali 
kasut. Ada yang mengikat teknik, teknik itu,tetapi yang pasati ia dapat mengetatkan sedikit kasut agar
tidak tertanggal. Jika diimbas kembali, kita mula memakai kasut rasmi adalah keatika mula-mula 
sekali memasuki persekolahan. Dari situlah kita mula belajar mengikat tali kasut. Namun
pernahkah anda belajar cara mengikat kasut? Di bawah ini terdapat 15 teknik menarik untuk mengikat tali
kasut. Jom lihat gambar di bawah ini. 
































Tidak sangka rupanya banyak teknik mengikat tali kasut. Ada sebahagian terknik kelihatan seperti
pelik pun ada. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keselesaan si pemakai dalam mengikat tali kasut mereka. Asalkan ia selesa untuk berjalan seperti biasa.

Sumber : Melayukini.net








Harga Ais pula naik bermula 1 Jan 2014

SHAH ALAM 29 DIS: Persatuan Pembuat Tube Ice Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.
Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata, kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran.
ais kiub“Kadar tarif elektrik yang terkini (kira-kira 17 peratus) bermula 1 Januari 2014 dan kenaikan diesel (naik 11.1 peratus) sejak 2 September tahun ini telah menyebabkan perkara ini,” kata mereka.
Kenaikan harga ais juga disebabkan pelaksanaan dasar gaji minima mulai Januari tahun ini, kenaikan gaji 18 peratus serta kenaikan harga beg plastik, tayar dan alat ganti.
Mereka juga menyalahkan kenaikan ini kepada pihak penguatkuasaan yang selalu dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan dalam masa yang sama di bawah Akta Makanan, semua pengeluar ais dan pengendalinya dikehendaki mematuhi prosedur keselamatan.
“Oleh itu, kami tidak ada pilihan tetapi menyesuaikan harga demi mempastikan perkhidmatan kami untuk mengeluarkan ais tidak tercemar dan kebersihannya tidak terganggu,” katanya dipetik dari The Malaysian Insider.
Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk mengawal kenaikan harga sejak September apabila subsidi gula dan minyak dipotong, kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan dan kemungkinan kadar tol dan cukai taksiran mulai tahun depan.
Manakala Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar 6 peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang bakal bermula April 2015.
Sumber : Selangor Kini



Kenapa Hati Tidak Bahagia?

Sesetengah orang sering merungut:

"Kenapalah dengan aku hari ni, asyik nak terjatuh je"
"Sakit betul la hati tengok muka dia"
"Menyampah betul..asyik dia je yang dapat"
"Hari ini hari malang akulah..."
"Kenapa hari ini rasa macam nak marah orang je"

Kesemua rungutan dan kata-kata di atas menunjukkan hati kita yang tidak bahagia. Selalu ada
perasaan sakit hati, dengki dengan orang lain, hidup tidak terurus, selalu rasa susah dan kelam kabut.

Cuba kita semak semula. Adakah perkara-perkara yang kita terlepas pandang?

"Patutlah...solat subuh pukul 7.30 pagi"
"Patutlah...aku ambil wuduk tadi, main basuh je.. tak buat betul-betul"
"Patutlah...aku tak solat subuh"
"Patutlah...aku ni tak pernah menghadap Illahi"
"Patutlah..zakat aku tak bayar lagi"
"Patutlah..sebelum pergi kerja tadi aku maki hamun jiran sebab jemur baju kat pagar rumah aku..."
"Patutlah..aku marah kat orang yang minta sedekah tadi"

Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara kecil yang kita buat
menyebabkan hidup kita musnah seharian. Jiwa tidak tenang dan selalu rasa susah hati. Ini kerana
kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa.
Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas dengan hukum yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi,
selalu kena marah adalah sebagai hukum kepada kita yang memandang remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.

TAPI!!! Ada sesetengah orang yang :

Sombong tapi berjaya...
Tak pernah solat, tapi kaya..
Tak pernah bayar zakat, tapi hidup tak sengsara pun..
Tak bersedekah..tapi happy je..

Mereka tidak sedar, nikmat juga merupakan salah satu daripada ujian Allah s.w.t.

Kaya, bahagia, nerjaya hanya sementara sahaja bagi mereka yang tidak patuh kepada Allah.
Apabila suatu hari Allah tarik kebahgian mereka, mereka tiada langsung tempat bergantung
kerana Allah telah melupakan mereka kerana mereka lupakan Allah. Melaikan mereka melakukan
taubat kepada Allah.

Bahagiakanlah hati dengan selalu melakukan amal kebaikan dan jaga tutur akhlak. Allah selalu
orang yang suka buat baik.

*Perkongsian artikel Ustazah Aida Hartini dalam risalah e-Usuluddin, KUISAS

MZ : Bila hati saya rasa gundah gulana memikirkan sesuatu perkara, saya bisik dalam hati seraya berkata, "Ahh...Dunia ja semua ni.."




MZ : Bila hati saya rasa gundah gulana memikirkan sesuatu perkara, saya bisik dalam hati seraya berkata, "Ahh...Dunia ja semua ni.."




Collection Portmeirion

Aku kasi close up skit tangkapan pinggan mangkuk as requested by my beloved sister, bff, setiap corak ada macam-macam jenis item: dinner plate, tea plate, teapot, cutlery, cake stand, tea for one with saucer, cream jug, etc. Yang aku beli adalah dari koleksi  Botanical Graden (yang ada gambar bunga)



 Dinner Plates 12pcs



Low Bowls 8 pcs

 Bowls 8pcs

 Butter Box 6pcs



 Salad bowls



FM Collestions from NGANU

Salam semua.

Bila dah merayap kesatu satu tempat , tau tak apa yang aku cari?? Huhuhu. FM dan souvenirs !!! Tak cukup-cukup lagi? Bukankah fm dah melambak dalam collection aku?? Gitulahhhh perangai aku ni. Jadi giler dengan souveniar collections. Itulah kenangan aku bila ge mana-mana.I don't mind berhabis duit untuk barangan souvenirs tersebut

Aku juga penyimpan koleksi piring hiasan ,short glass . Jom kita tengok.


  4 ekor penyu wakil bagi 4 jejaka melaya dlm umah nie...hehee


SHORTGLASS Taman Tamadun Islam



 NO.38



FM.111

FM.112,113,114 & 115




 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in