Haura Islamic Clothing

assalamualaikum . .

Lama baru nak update entry Shopping baju raya ni.. Almaklumlah, ahkak sibuk ;)

persiapan raya tahun nie biasa2 je . tak macam zaman budak2 kecik2 dulu .. tahun nie lain sikit, baju kurung sepasang and yang lain semua  jubah . .
1st time baju jubah as baju raya  dari tahun lepas lagi. so raya tahun nie pon nak jubah juga memey  nampak kelainan sikit raya  dari tahun2 lepas baju kurung moden la  baju kurun Pahang la . nama pun still baju kurung .




JUBAH SAFYA


TADAA ! ! ! ceteka warna apa pilihan hati akak....
pasatilah MERAH
merahnya  makngoh  gitu . hihihih !
tunggggu raya baru akak berposing ngan jubah tu...
kata pon baju raya...awal2 posing xseronok nak pakai raya nanti...

yang kat bawah jubah nie untuk my mom 

JUBAH HAMNA

  



kedai nie memang jual koleksi baju muslimah.  banyak sangat pilihan. kalau harga memang TIP TOP berpatutan . jenis kain die pun jenis yang berkualiti 
jugak. sedap bile disentuh. Jubah lelaki 2helai RM100 .Siapa cepat dia dapat.



ALAMAT BUTIK:

HAURA ISLAMIC CLOTHING
C-7-1, ALAM AVENUE 2,
JALAN SERAI WANGI L16/L,
SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM.
0193461858

LANDMARK: BERHADAPAN PUSPAKOM PADANG JAWA
OPERATION HOURS: 11 am - 6 pm.


Kepada sahabat2 yang sudah mulakan perjalanan untuk balik kampung, drive safely ya..moga kalian juga selamat sampai ke destinasi masing2 Salam Aidilfitri

Lipstick Mac



                                                                  close up sikit....





Colour yang dibeli .Kiri Code:M.A.C - PLUMFUL A93        Kanan code:SYRUP AA3

dari rumah niat hati nak beli warna yg biasa pakai
gatal mulut...
aku mintak sales person tu tunjuk  color yg sewaktu dgn mulut kak ton.
dia bagi. try. terus jatuh cinta. wiiiiiiiiiiii.
paling best.  lipstick MAC paling la tak mahal.
dan sesuai dgn bibir kak ton ye-ye .
i mean selama ni if beli lipstick lain rm90 kot.
ni MAC rm68 je. nice.
jimat duit aku.
if dior mau dah berapa kan. la la la.
if korang rasa nak.
cuba try.
so far 5 warna kak ton ada.


so, kalo korang nak jugak merasa feeling-feeling kak ton, silalah ke kedai M.A.C.servis terbaik dengan harga terbaik.

Bingka Bakar Pandan

Dalam bulan Ramadan ni, kalau kita bukan peminat Bazar Ramadan, biasannya kita akan mencari kuih yang simple sedap dan mudah menyediakkan. Rasanya kuih Bingka Pandan ini merupakan favourite Ramadan..bahanya simple, membuatnya mudah..dan rasanya pun enak.

Tambahkan dengan isi durian menjadi pilihan dengan hijau pandan..hmmmm....yum..yum






48 sah mati, 10 cedera pesawat terhempas di Taiwan



TAIPEI: Seramai 48 orang disahkan maut dan 10 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah pesawat Taiwan terhempas semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat TransAsia Airways Flight GE 222 yang membawa 54 penumpang dan empat anak kapal terhempas di kawasan kediaman selepas cuba membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Magong ketika cuaca ribut dekat Pulau Penghu, petang semalam. 


Kapal terbang itu dalam pernerbangan dari selatan Taiwan ke Pulau Penghu 
di sebelah barat. 

Pihak Berkuasa Pengangkutan berkata, salah satu kotak hitam pesawat berkenaan sudah dijumpai.

Kapal terbang turboprop ATR-72 itu pada asalnya dijadualkan berlepas pada jam 4 petang tetapi terbang dari Kaohsiung pada jam 5.43 petang berikutan cuaca buruk.

Beberapa penduduk kampung turut mengalami kecederaan ekoran nahas itu.

Sementara itu, Ketua Majlis Penerbangan Awam Taiwan, Wang Hsing-chung berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas. - BERNAMA




#AH5017, Air Algerie disahkan terhempas



ALGIERS: Pesawat Air Algerie dengan 110 penumpang terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers, menurut pegawai penerbangan Algeria. 

Tidak banyak petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan atau penumpangnya tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, ia terpaksa mengubah haluan pada 0138 GMT (9.38 pagi waktu Malaysia) kerana ribut di kawasan itu. 
 “Saya boleh mengesahkan ia sudah terhempas,” seorang pegawai penerbangan Algeria memberitahu Reuters.
Hampir separuh daripada penumpang pesawat itu adalah warga Perancis. – Reuters

Passanger list:
51 French, 27 Burkina Faso nationals, 8 Lebanese, 6 Algerians, 5 Canadians, 4 Germans, 2 Luxembourg nationals, 1 Swiss, 1 Belgium, 1 Egyptian, 1 Ukrainian, 1 Nigerian, 1 Cameroonian and 1 Malian

SEMOGA SELAMAT SAMPAI

hai pembaca blog maszie, ya dikesempatan ini maszie ingin berbicara mengenai pulang beraya, ya raya dan balik kampung dua perkara yang tak dapat dipisahkan. Jadi maszie ingin berpesan pada semua teman  agar berhati hati ketika pulang ke kampung.

Buat anak2 yg masih ada makbapak...ingattlah...kita boleh beli apa...dimana saja tetapi makbapak tidak boleh beli di mana2...meskipun dah punya keluarga bahagikan hari2 cuti kepada 2 belah pihak...kita akan jadi model pada anak2...baik yang kita contoh baik juga anak akan beri pada kita...buruk kita contoh ..buruk juga anak pulangkan pada kita ...hargai ibu... hargai bapa sebab btidak ada dua ..tidak ada tiga diganti selepas depa pergii...ingatt tu...sesal dahulu pendapatan...sesal kemudian tak berguna....


Utk anak anak, pulanglah di Hari Raya ini bertemu ibubapa utk memohon maaf, mendpt restu & menggembirakan hati mrk. Anda takkan faham betapa gembiranya hati ibubapa menyambut kepulangan anak2, sehinggalah anda menjadi tua & memendam rasa menunggu kepulangan anak di Hari Raya. Moga kita semua berpeluang menggembirakan hati ibubapa kita di Hari Raya kali ini. Aamiin, wassalam.

Cara Buat Tart Gulung



1.bahagian bergerigi..terbalikkan masa menekan..
2.guna bhagian belakang..
3.letak jem nenas yg dibulat2kan..
4.gulung perlahan..
5.habiskan gulung..
6 masukkan dlm pper cup..cara ni tuk kasi tat thn lama sbb stlh dibakar dilarang memegang tat secara terus tnp lapik..dikhuatiri cpt berlapuk..
7.susun dlm dulang pembakar..
8.sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn sdikit susu cair..
9.siap di bakar..

Inspiration 55# POWDER










"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."



Sources:

Victor Nunes

Raihan - Lailatul Qadar



Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa

Di dalam bulan ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini ?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Ya Allah
Yang memberi
Kemaafan
Maafkanlah kami
Semua hamba-hambaMu

 Maka kita akan lebih mencari waktu sebenar sedangkan setiap waktu adalah bernilai. Namun hanya kerana ketidakiklasan maka kita lebih memenuhi untuk menjawab teka-teki bilakah malam 1000 malam daripada membuat ibadah dengan penuh keiklasan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bukannya sambil lewa.

Semoga kita semua sempat bertemu malam al qadar dan dipenuhi dengan pelbagai ibadah yang iklas moga-moga segala dosa-dosa diampun dan segala doa-doa kita diterima ALLAH swt.

WordLess WedNesday 42#

Malam Lailatul Qadar sunat di cari kerana malam ini merupakan satu malam yg diberkati serta serta mempunyai kelebihan diperkenankan doa oleh ALLAH S.W.T. Malam Lailatul Qadar adalah sebaik-baik malam termasuk malam jumaat






Inspiration 54#KUIH RAYA


Orang minda kecil masaalah Jadi besar, orang minda besar masaalah Jadi kecil. Orang bermasaalah banyak masaalah. Jom audit dan hentikan berkongsi masaalah dgn orang luar. Fokus tenaga melihat diri mencari ilmu beri Kasih sayang, sangka baik, pemurah, niat beri manafaat dan lihat betapa Indah hidup ini bila Kacamata kehidupan kita berubah melihat keindahan dalam semua suasana dan semua orang.

(PROF. DR. MUHAYA)

Sources:
Victor Nunes

BANTU DOAKAN GAZA


Mari bantu doakan saudara kita, warga & pejuang Palestina di Gaza yang sedang bertubi-tubi digempur serangan roket Israel. "Allahumma a'izzal islam wal muslimin. Allahummanshur ikhwaananal muslimin wal mujaahidiin fii filisthiin, Allahumma tsabbat iimaanahum. Wa anzilis sakinata 'ala quluubihim wa wahhad shufuufahum. Allahumma ahlikil kafarota wal musyrikiin. Allahumma dammaril yahuudi wa israil wa syattat syamlahum wa farroq jam'ahum. Allahummanshuril mujahidin 'ala a'daina a'da-addin birohmatika ya arhamar rahimin"

ARTINYA:
Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin. Ya Allah, tolonglah kaum muslimin dan mujahidin di Palestina. Ya Allah, teguhkanlah iman mereka. Dan turunkanlah ketentraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka. Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan musyrikin.
Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel dan cerai beraikanlah kesatuan mereka. Ya Allah, menangkanlah mujahidin atas musuh kami musuh agamamu dengan RahmatMu Wahai Yang Maha Pengasih.

#gaza #prayforgaza #doauntukgaza #palestina#prayforpalestine #doauntukpalestina

Inspiration 53 # KULIT SALMON



. “Barangsiapa yang masih lagi tidak meninggalkan maksiat walaupun umurnya mencecah 40 tahun maka bersiap-siaplah untuk dihumbankan ke dalam neraka” – Imam al-Ghazali


Sources:
Victor Nunes

Iftar Hari-21 : Di Rumah Bonda

Balik Kampung 18 - 19 July 2014
Assalamualaikum, Hai :)

Jumaat selepas berbuka bergerak balik kg. antar Bonda balik.
Keesokan berbuka puasa dengan keluarga makandak dan ayah cikamat.


Tok andak datang bawak kuih pena ngan kuih badak kubang ngan .. pastu bawak nangka masak lemak , ikan bilis petai ngan udang galah masak lemak.. dappp aku makan tu je banyak heheh.. aku buat seri muka dan puteri ayu , .. goreng ayam rempah .. Suka tengok orang makan habis.. Along tambah nasi.. kembang vontot tok andak ngan tok Bonda hahah.. 
Hostel makan katanya terlalu boringggg....



dah lama tak makan bersila...bertambah2 selera makan beramai2 nie...Ayah cik amat sampai kami dah berbuka 10minit ...banyak gila dia bawak makanan..tak sempat nak ambil gambar...terus ngappp...
tahun nie 3 family yg boleh turut serta ...yg lain dah ada majlis iftar di tempat sendiri...







Ok, tertelan ailio balik tengok hidangan sendiri hahah.. Syok sendiri sangat Kak Zie ni tau.. Eh tapi serious memang sedap lah, rugi korang tak try.. Meh amik pen salin resepi ok? Mesti mak mentua sayang lebih ;)



air berjenis2 yg nie terlajak larissssss.....

So itu je laporan dari Kak Zie.. Tata..

Sekian, 

SAMPUL DUIT RAYA 2014

Assalamualaikum

Memang tiap2  tahun En.cayang akan dapat sampul duit raya dari NORTPORT..Save sikit,tak payah nak beli bebanyak tahun nie..Al-maklum la..makin lama makin bertambah isi keluarga...hehehe

Setiap tahun sampul Nortport segi warna dan design  memey ohsem..Tapi untuk tahun nie aku suka sebab warna soft gray gitu..
Dapat 3 pack je..tak de lebih-lebihnya...Tahun lepas dapat ler lebih sikit..Tahun ni mybe diorang off Budget kot..

Alhamdulillah..orang dah bagi kan..terima je dengan seikhlas hati..cewahhh...


sampul duit raya NORTPORT :-) 


Yang nie bos Bank adik bagi...


yg nie puasa pertama en.cyg dah pergi bayar zakat dapatlah sampul Zakat Selangor

Rasanya banyak lagi sampul duit raya yang masih tak digunakan kat rumah tu..So,tak payahlah nak membeli..Nanti pi shopping,dapat lagi sampul duit raya kan...

JOM TAMPIL Lebih bergaya dengan memberi sumbangan ikhlas yang diisi dalam sampul duit yang sangat-sangat cun dan eksklusif ni..

Sure anak-anak atau sesiapa saja yang menerima tak sabar-sabar nak tengok berapa isi dalamnya...

Tempahan Kuih Talam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Update tempahan kuih talam dari minggu lepas. tq...

 Seri Muka

 Butterscotch

 Suji Gula Merah

 Koleh Kacang

Delivery

Bersusun untuk d hantar
Muga selamat dlm perjalanan

Tkasih pada Datin yg beri kepercayaan pada Maszie Talam
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in