Hanging bed....never imagine before this


Jangan ingat tidur beralaskan katil dan tilam berharga ribuan ringgit menjanjikan tidur lena. Jika tak kena gaya, badan semakin lenguh dan keesokan paginya mata menjadi sembap kerana tidak cukup tidur.

Cool Hanging Boat Bed!!!



Semestinya, kamar tidur merupakan ruang peribadi yang untuk beristirehat setelah penat bekerja seharian. Pemilihan katil yang sesuai untuk kediaman bukanlah semudah membeli perabot untuk kediaman. Harus diingat, harga menjadi soal kedua memandangkan keselesaan menjadi faktor utama yang harus dipatuhi. Bagaimanapun rancang dan teliti ruang yang ada.
Pastikan sebelum membeli, ukur ruang dan ketinggian katil untuk disesuaikan dengan ruang yang ada. Tentukan bentuk katil mengikut keperluan kerana kebiasaannya terdapat katil yang disambungkan dengan meja belajar, almari atau alat bermain. Jika kediaman anda sudah biasa dikunjungi oleh kawan anak anda, pemilihan katil yang dilengkapi dengan tilam tambahan merupakan keputusan yang bijak.
Selain itu, jangan ketepikan soal pemilihan perabot pelbagai perkara harus diteliti antaranya kesesuaian bentuk mahu pun warna katil dengan konsep ruang tidur, bahan utama yang digunakan samaada dibina daripada kayu jati atau sebagainya. Ambil kira soal keutuhan katil seperti tahan lasak dek pergerakan ketika tidur. Utamakan kualiti finishing seperti kilatan harus sempurna, sambungan antara bahagian kemas serta kualiti cat atau bahan pengilat yang digunakan agar tidak mudah luntur.

sekian lah celoteh dari maszie...nak tgk bola kelate vs johor sape agak2 yg menang ....

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in