Pages

Friday, 31 January 2014

Puff Ayam Cara maszie

Salam, ujan pagi ni kan!!

ujan kertas merah depan rumah  Bunyi mercun sana-sini dah!!!

Cina bom!! India bom!! Melayu kedababooom!!! 


Countdown to CNY!! Yayyy!!
Cuti lama Ibu pon kedababoom di bersilat di dapur...tak leh nak tidur jom buat sarapan


PUFF AYAM MZ


resepi pastry kalau malas gunakan pastery yang siap yer,...



ambil 1 keping dan potong 2 dan saya kelar kelar macam pic atas tu yer..

bahagian bawah saya sapu telur yer (1 biji +sercubit garam dan sedikit perwarna kuning) Letak inti yang korang suka yer..

Cantum bahagian kelar tu dengan bahagian inti yer...Gunakan Garfu untuk bentukkan disekeliling pasatery yer..

**sorry pic seterusnya lupa nak ambil, seronok sangat sedar2 dah masak dlm oven


Bahan-bahan Inti Puff Ayam:-

sedikit isi ayam di kisar (zie potong dadu)
1 sudu kecil udang kering (rendam , tos dan ditumbuk kasar)
4 ekor udang (saiz besar)  - dicincang kasar
1 labu bawang merah (saiz kecil) - dipotong dadu
2 biji cendawan sitake - rendam  dgn air suam beberapa minit - dipotong dadu
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap pekat
serbuk pati ayam
sedikit air
dan sedikit mix vegetable
sedikit lada hitam

Cara-cara membuat pastry puff

nyah bekukan puff pastry pada suhu bilik ketepikan.
tumiskan bawang merah,udang kering,cendawan ,udang dan mix vegetable, lada hitam  dan daging ayam.
kemudian masukkan sedikit air

Sapu telur pada bahagian kelar yer...
dan bakar pada 180C sehingga masak..



Sudah Masak Jom makan heheee...

PUFF AYAM MZ
Nampak tak lapisan lapisan puff tu..

meh ambil sorang satu yer !! hehehee..panas lagi ( lepas masak,terus jer buat entri nie)

Selamat Tahun Baru Cina di ucapkan kepada semua !
"KONGSI FATT CHOY" !

WAJIB QADA SOLAT SEWAKTU JAHIL

Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum….


Subahanallah...1 kerugian meninggalkan solat...allahuakbar, harap masih sempaat memperbaiki diri...in sha allah...mudah2an.


Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
dan peringatan diri sendiri Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

Thursday, 30 January 2014

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com


                                                                         Jom sama-sama kita meriahkan segmen ini. 

                                                                 Tamat 31 Januari 2014.

7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel

Artikel yang lalu, MZ ada berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita tidak tahu, kali ini MZ akan membincangkan tentang tip-tip keselamatan di bilik hotel. Mengapa perlu tahu? Bukahkah hotel sudah dianggap selamat. Sebenarnya jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sekiranya kita cuai, pasti ia akan mengundang bahaya kepada kita. Jangan anggap bilik yang kita kunci itu sudah dianggap selamat. Jom baca di bawah ini.
Sekadar gambar hiasan
1. Pilih Tingkat Yang Betul
Tingkat paling bawah adalah antara tingkat yang patut anda jauhi — terutamanya jika ia jauh dari lobi. Jika anda tidak dapat mengelak, minta agar diberi bilik yang pintunya menghadap kawasan dalaman hotel, dan bukannya menghadap jalan raya atau tempat letak kereta.
Ini kerana tingkat bawah merupakan sasaran mudah bagi mereka yang ingin memecah masuk ke bilik hotel anda.
Jauhi juga bilik-bilik di tingkat 6 dan ke atas kerana jika terjadi kebakaran besar, anda mungkin gagal diselamatkan. Ini kerana kebanyakan tangga bomba hanya boleh mencapai ke tingkat 5 atau 6 sahaja.
Bilik paling ideal adalah yang di tingkat 3 atau tingkat 4. Jika terjadi kebakaran, anda mudah diselamatkan. Bilik di sini juga tidak sepantas untuk di akses oleh penjenayah seperti di tingkat lebih rendah.
Syarikat-syarikat antarabangsa yang telah berpengalaman dengan krisis  jenayah kebanyakannya mempunyai kontrak khas dengan hotel agar memberikan bilik di tingkat-tingkat ini untuk staff mereka.
2. Bawa Sendal Pintu
Benda mudah ini mungkin menjadi sebab anda selamat — tidak kiralah jika anda menginap di  hotel 5 bintang atau hotel murah yang dibina di dalam bangunan rumah kedai.
Secanggih manapun sistem keselamatan hotel anda, ia boleh dipecah masuk tanpa meninggalkan kesan. Pilihan terbaik anda ialah gunakan dead-bolt di pintu bersama sendal pintu yang anda bawa sendiri dari rumah.
Setiap kali anda berada di bilik, selitkan sendal getah ini di bawah pintu bilik. Alat kecil dan murah ini akan menjadi penghalang terakhir jika penjenayah berjaya mematahkan semua sistem keselamatan yang dipasang di pintu bilik hotel.
Benda terakhir yang anda mahu terjadi ialah penjenayah memasuki bilik anda sewaktu anda sedang tidur.
3. Biarkan Televisyen dan Lampu Terpasang
Membazir? Mungkin tidak. Membiarkan televisyen dan lampu terpasang apabila anda keluar memberi tanggapan kepada penjenayah yang anda masih berada di dalam bilik.
Jika anda perlukan khidmat housekeeping sewaktu di luar, biarkan lampu dan televisyen terpasang, dan letakkan notis “Jangan Ganggu” atau “Do Not Disturb” di tombol pintu. Sebelum keluar, telefon ke lobi dan beritahu mereka yang bilik anda boleh dibersihkan seperti biasa.
Ya, banyak hotel kini memerlukan keycard bilik diletakkan ke dalam slot kuasa di tepi pintu untuk memastikan sumber elektrik bilik anda terus terpasang. Jadi minta 2 kad bilik sewaktu anda mendaftar dan katakan ianya untuk teman sebilik yang mungkin datang kemudian.
Alternatif kedua ialah dengan menggunakan apa-apa kad lain yang sama saiz (seperti kad lama yang tidak diguna lagi) untuk dimasukkan ke slot itu (Nota: Helah ini mungkin berjaya untuk hotel dengan sistem lama sahaja).
4. Waspada dengan Kamera Tersembunyi
Sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran kamera tersembunyi. Anda tidak perlu menjadi artis popular atau ahli politik — kerana sesiapa saja boleh menyorokkan kamera tersembunyi di bilik anda.
Sedar-sedar, rakaman di bilik hotel anda sudahpun ditonton rakan sekerja dan jutaan penonton di Youtube.
Kamera pengintip yang dahulunya hanya digunapakai oleh pihak berkuasa kini mudah dibeli  di laman web dengan harga di bawah RM 100. Yang menakutkan ialah, kerana saiznya yang semakin kecil, kamera ini boleh disembunyikan di dalam lampu meja, kotak tisu, soket elektrik, pengesan asap, sehinggalah kepada objek kecil seperti pen.
Jika anda tidak mahu diri anda dirakam sewaktu di dalam bilik hotel, anda boleh membeli pengesan kamera tersembunyi yang ada di pasaran. Bergantung kepada jenis pengesan anda boleh mendapatkannya dengan kos di bawah harga RM 150.
5. Tips Untuk Barang Berharga
Sewaktu di bilik, pastikan barangan berharga seperti passport, wang atau dokumen penting tidak ditinggalkan. Tetapi jika anda terpaksa meninggalkannya, simpan atau sorok barangan anda. Antara caranya ialah menggunakan pita pelekat dan melekatkan dokumen itu di bawah laci meja atau tempat tersorok lainnya.
Pastikan juga laptop di simpan atau dikunci menggunakan kabel keselamatan jika anda meninggalkannya di bilik.
Jika anda mahu menyimpan barangan anda di peti besi bilik, uji peti besi itu terlebih dahulu. Ini kerana pihak hotel yang cuai kerap membiarkannya dengan password masterkey asal peti iaitu 000000. Untuk sesetengah hotel, dengan hanya menekan nombor tersebut, anda boleh menyebabkan pintu besi itu terbuka.
Jika ini terjadi, letakkan saja barangan anda di peti besi kaunter tetamu (untuk 3 bintang ke atas). Jika anda menghuni hotel bajet, anda perlu mencari alternatif lain.
Yang paling senang — jangan bawa barangan kesayangan anda sewaktu cuti.
6. Kenali Hotel Anda
Selepas check-in, ambil masa untuk cari tangga kecemasan. Jika terjadi kebakaran, anda tahu di mana tempat menyelamatkan diri.
Ambil juga beberapa minit untuk membiasakan diri anda dengan sistem telefon di bilik anda. Pastikan ianya berfungsi supaya anda dapat terus membuat panggilan kecemasan bila perlu.
Jika kunjungan kali pertama anda ke tempat letak kereta menakutkan anda (banyak hotel mempunyai tempat letak kereta yang gelap dan sunyi), gunakan valet parking. Ia mungkin agak mahal, tetapi ia lebih selamat, terutamanya jika anda seorang wanita dengan kereta mewah.
Jika terjadi sebarang kecurian, buat laporan polis kerana sesetengah barangan berharga yang dibeli dengan kad kredit mungkin dilindungi insuran.
7. Anda Wanita? Tips Tambahan
Jika anda menginap bersendirian, anda kena lebih berhati-hati kerana anda merupakan sasaran kegemaran penjenayah. Ini kerana kaum wanita kerap membawa barang kemas berharga, lebih mudah dilemahkan, dan menjadi bonus untuk penjenayah yang mempunyai motif seks.
Pastikan sewaktu anda diberi kunci bilik, tetamu lain tidak tahu akan nombor bilik anda.Sewaktu menaiki lif, pastikan juga anda tidak bersendirian dengan tetamu lelaki lain. Jika anda diserang di dalam lif, tekan semua butang lif agar lif berhenti dan terbuka di setiap tingkat.
Jika anda ada sebarang urusan peribadi, buat urusan di kawasan orang ramai seperti di lobi atau di restoran di luar hotel. Kebanyakan kes jenayah bunuh di hotel selalunya terjadi akibat pertengkaran yang tidak terkawal di dalam bilik.
Percutian bersama keluarga atau kerja di luar kawasan yang menyebabkan anda terpaksa menginap di hotel mungkin memenatkan. Tetapi apapun situasi anda, jaga keselamatan diri.
Kerapkali tetamu yang tidak diundang mungkin staff housekeeping yang mahu membersihkan bilik. Tetapi pada masa yang sama, bilik anda juga mungkin diintai penjenayah tegar yang baru keluar 3 bulan dari penjara.
Jangan ambil ringan keselamatan di bilik hotel. Anda tidak mahu diri anda pula menjadi  tajuk utama akhbar dengan tajuk — Pembunuhan Ngeri di Bilik Hotel.

First Giveaway By Cik AN


ASSALAMUALAIKUM!


join klik banner

Menarik tak? Peminat novel sekalian wajib join tau.
Kalau tak, rugi~ hehe Mana tahu ada rezeki boleh menang novel tu.
Bukan novel ni saja hadiahnya. Ada lagi hadiah misteri dari Cik AN.

Wednesday, 29 January 2014

Cream Puff Ke-2

Salam sejahtera buat teman teman MZ sekalian. ..semoge sihat dan bergembira selalu hendaknye ye..Ini adelah yg berkali kali MZ menerai cream puff.  Mudah sangat nak membancuh dan menyediakan adunan nye, lebih kurang 10 minit aje dah siap adunan dan boleh di bakar dalam oven. Hasilnye creampuff yang lembut dan bersarang di dalam nye..

Hari Ahad semalam kami mengziarah FIL dah tak tahu kueh apa nak di bawa .Adik irfan suruh buat cream puff untuk atok (kueh tu lembut ibu...) good idea..

Di rumah FIL ramai adik beradik en.cayang berkumpul hujung minggu.Sambil merawat FIL yang kurang sihat .Disitu adik dan kak ipar  yang mintak resepi cream puff ni, MZ letak la kat sini. Rasanya sebelum ni dah wat entry cream puff ni. Takpe, disebabkan ada sedikit kerajinan, MZ tempek lagi sekali yer.


cream puff utk di bawah ke rumah ayah mertua FIL

Resepi 63 ❤ Cream Puff 

BAHAN BAHAN

100 gm butter
250 ml air
1/2 tsp gula castor
secubit garam
150 gm tepung gandum ~ ayak
3 biji telur

CARE CARE

Satukan butter, gula, air dan garam dalam periuk dan masak hingge mendidih
Masukkan tepung ketike campuran tersebut masih panas dan gaul rate
Masukkan adunan ini ke dalam mixer dan putar sehingge ia nye menjadi suam
Masukkan telur sebiji sebiji dan putar hingge sebati dan ' mesra '
Masukkan adunan ke dalam piping plastik yang telah di masukkan noozle pecah lima @ ape2 bentuk yang di sukai
Picitkan  adunan dengan care memusing ke atas dulang pembakar yang telah di sapu gris @ alas dengan Parchment Paper.
Bakar cream puff selame 25 minit pade suhu 200 C
Bile cream puff telah sejuk belah 2 dan masukkan custard filling.

CUSTARD FILLING

1  sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
200  ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar butter

Satukan bahan dan masak hingge adunan pekat dan berkilat ~ kkzu masak atas double boiler
Bancuh tepung dengan 50 ml susu segar dahulu baru satukan ke semua bahan. Sentiase mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin. Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini.

Jika malas nak buat custard filling beli  INSTANG CUSTARD  ikut resepi krim custard dari Kek Hokkaido .




Before and After ...My little cream Puff

nak membentukkan pastry tu pepandai la korang gayakan tangan tu ikut kreativiti masing-masing . dulu 1st time akak buat,buruk giler kot. hahaaa...tapi makin lama, setelah melalui beberapa proses revolusi, cream puff akak makin comel  jer (:







WordLess WedNesday 26#


Limau Mandarin Sempena Tahun Baru Cina


 Kepada kawan2 yang meraikan Tahun Baru Cina,harap2 maszie masih belum terlambat untuk mengucapkan

Selamat Tahun Baru Cina!
Gong Xi ! Gong Xi !




Chew menunjukkan kotak limau mandarin yang dihiasi dengan gambar kepala singa.


Cheah berkata limau mandarin lebih mahal pada tahun ini.




                                                              semalam kami dapat sekotak dari jiran sebelah rumah...

Tuesday, 28 January 2014

Selamat Hari Lahir Bonda Ku...

KU PANJATKAN DOA BUAT BONDA KU…..






Ya Allah..
Sempena ulang tahun kelahiran Bondaku ini ya Allah, Aku menadah tangan dan memohon kepada mu…
Panjangkanlah umur Bondaku dalam kebajikan…
Agar aku dapat membalas segala jasanya yang tidak terhingga…
Kau kurniakanlah nikmat kesihatan kepadanya…
agar Bondaku dapat meneruskan tanggungjawab sebagai ‘hamba’.

Ya Allah…
Kau berilah Bonda kekuatan…
agar tabah mengharungi liku-liku kehidupan..
yang penuh dengan rintingan dan cabaran…

Ya Allah… yang maha penyayang..
Jadikanlah Bondaku orang yang yang beriman..
Yang tunduk dan patuh kepada segala perintah-Mu..
Yang bersyukur atas segala nikmat-Mu..
Yang peduli dengan segala suruhan-Mu..
Kau ampuni segala dosa bonda…
Agar bonda tampil suci mengadap-Mu…

Ya Allah.. Yang Maha Besar
Jadikanlah aku anak yang soleh..
Yang tak jemu mendoakan bonda…
Pagi, petang dan setiap waktu..
Kau jadikanlah aku anak yang berguna…
Yang akan membalas segala jasanya….

Ya Allah… Ya Rahman.. Ya Rahim…
Kau pahatkan rasa cinta, sayang dan rindu ini pada bonda…
sehingga akhir hayatku…
Aminnn… Ya Rabballamin..

BONDA..
Selamat Hari Lahir buatmu
semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi mu…
Aku Sayang Bonda..

Jadual Cuti Umum Di Malaysia Tahun 2014

Jadual Cuti Umum Di Malaysia Tahun 2014 - Kini saya kongsikan jadual cuti umum di Malaysia tahun 2014 bagi rujukan kita bersama. Untuk mengetahui jadual cuti umum mengikut negeri, anda boleh rujuk




Oh ya, jadual cuti umum di bawah ini saya ambil daripada website bahagian kabinet, perlembagaan dan perhubungan. 

Jadual Cuti Umum Di Malaysia Tahun 2014




Namun begitu, jika ada pindaan ataupun perubahan maklumat yang diberikan, ia adalah di luar bidang kuasa admin blog ini.

Jadual Cuti Umum Di Malaysia Tahun 2014 di atas adalah sebagai rujukan tambahan bagi anda yang ingin mengatur dan merancang percutian dan sebagainya.

Monday, 27 January 2014

Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah...


Assalamualaikum...





Pagi2 nie nak join segmen .Zie akan mengusahakan diri untuk join segmen rakan2 bloglist zie sambil eratkan hubungan sesama blogger,janji berusaha di tepati. kali ini join segmen blogger  Abak . syarat simple,sudah pasti zie nak join. nak join jugak?jom klik banner lokay.

Selamat Bersegmen ye..



Mushroom Soup

Percubaan yang bagi zie tidak mengecewakan.. Sedap! memang seakan-akan dengan yang di hidangkan di Pizza Hut.. Kepada yang nak merasa bolehlah mencuba...Resepinya pon sangat ringkas dan mudah di sediakan. Bahan-bahan pon sangat simple dan mudah di dapati.

Biasa zie kalau anak-anak nak makan mushroom soup zie beli yang dah sedia samaada dalam tin atau yang serbuk dalam peket tu.. Tapi kali ni zie nak cuba buat sendiri.. Bagaimanalah rasanya kan kalau kita sediakan sendiri.. Adakah ianya setanding dengan yang di jual di pasaran...


Terima kasih kepada Chef Arif (cousin) yang sekarang chef hotel di area Petaling Jaya.. Banyak resepi yang di kongsi,zie minta kebenaran untuk kongsikan di sini pula sebagai rujukan zie dan kawan-kawan yang lainnya juga..





percubaan pertama...


mushroom soup ala2 pizza huts.. bole buat kat rumah ajer

Garlic Bread - dipotong & disapu mentega & ditabur daun parsley. Memang sedap...



Resepi 62❤Mushroom Soup❤

1 keping dada ayam

1500 ml air
 500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub Knorr
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil2)
1 sudu daun pasley kering
1 sudu serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum
garam


Cara-cara:-



Potong ayam kecil2.

Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak. 
Masukkan susu dan kiub ayam. 
Masak guna api yang perlahan. 
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Sedia untuk di hidangkan bersama roti



Sunday, 26 January 2014

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Anda Patut Tahu

Anda minum air dari gelas bilik hotel? Eiii … Pengotornya !

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka.
Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.
Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.
Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.
Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.
Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.
Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah dengan staff high-class berbahasa Inggeris seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.
Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.
Tapi shhhh… ini rahsia. Jangan share maklumat ini dengan orang lain.
Kredit Gambar:
Wokka