- Bahagikan bilik tidur anda kepada dua. Bahagian pertama untuk hal-hal peribadi seperti almari pakaian dan meja solek. Manakala bahagian kedua untuk tujuan hiburan dan santai. Jadikan katil sebagai sempadan.
- Jika bilik tidur anda sempit, pasangkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai. Jangan pilihcorak melintang. Sebaliknya gunakan corak menegak yang akan memberi aras tinggi pada siling.
- Jika anda suka membaca atau mengulang kaji pelajaran di bilik tidur, sediakan para atau rak (bookshelf) supaya peralatan tampak lebih kemas.
- Bagi bilik tidur yang kecil, elok gunakan kerusi dan meja yang boleh dilipat.
- Pastikan kawasan bawah tilam bebas udara supaya dapat membebaskan kelembapan selimut dan cadar.
- Letakkan tumbuhan hidup di dalam bilik tidur untuk menyokong eko pengudaraan.
- Senyuman dari wajah mereka yang disayangi dapat menambah impak keriangan. Gantung gambar yang terpilih untuk dijadikan focal point dinding bilik tidur anda.
- Bangkitkan suasana tenang melalui keharuman lilin dan potpouri.
Mendaki Gunung Angsi Kali Ketiga Via Bukit Putus
2 weeks ago
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.