* Isnin (Putih) *
Putih lambang kesucian. Mulakan rutin harian dengan mengenakan pakaian warna putih pada setiap hari Isnin kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsang semangat baru dalam diri anda.
* Selasa (Merah Jambu/Violet) *
Merah jambu adalah warna kasih sayang . Pakaian warna ini sesuai dikenakan pada hari Selasa kerana ia adalah hari untuk anda beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.
* Rabu ( Biru ) *
Pada hari Rabu, amat sesuai mengenakan pakaian berwarna biru yang melambangkan peyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya.
* Khamis ( Kuning ) *
Kuning adalah warna keceriaan. Ia termasuk dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita.
* Jumaat ( Hijau ) *
Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan kedamaian.
* Sabtu ( Merah ) *
Pilihan warna merah menyemarakkan mood di malam minggu untuk bersuka ria.
* Ahad (Hitam) ***
Hitam mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang enam hari. Ia ibarat mengecas semula tenaga untuk memulakan hari baru pada minggu berikutnya.
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.