Empat zikir yang dipaparkan berikut perlu diperbanyakkan di sepanjang bulan Ramadhan ini sebagai amalan tambahan diwaktu terluang. Terutamanya kepada kaum hawa yang didatangi haid, mereka bolehlah mewiridkan empat zikir ini dengan bersungguh-sungguh.
Dalam sebuah hadis driwayatkan bahawa pada awal Ramadhan, Rasulullah ﷺ memohon rahmat daripada Allah سبحانه وتعالى. Pada pertengahan Ramadhan pula, Baginda ﷺmemohon keampunan. Pada akhir Ramadhan, Rasulullah ﷺ meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.
4 Zikir yang perlu diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan
4 Zikir yang perlu diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan
.
Empat zikir tersebut adalah yang dimaksudkan dengan bahawa dua perkara untuk mendatangkan kegembiraan dan keredhaan Tuhanmu; dua perkara lagi kamu sangat berhajatkannya dan tidak boleh dilakukan tanpa izin dari Allah سبحانه وتعالى:
.
.
- Memperbanyakkan membaca kalimah tauhid ‘Laila haillallah’.
.
.
- Beristighfar (mohon ampun kepada-Nya).
.
.
- Memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk memasuki syurga.
.
.
- Berlindung dengan-Nya daripada terjerumus ke dalam neraka.
.
.
Dalam sebuah lagi riwayat; Sebaik tiba bulan Ramadhan, Rasulullah ﷺbersabda: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).
.
Ibadat puasa Ramadhan dianggap sebagai bulan latihan dan ujian daripada Allah سبحانه وتعالى. Ia melatih kita dalam persoalan ketaatan, kesabaran dan kesungguhan kita mengisi dan memenuhi segenap waktu dengan berzikir dan beramal ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى.
.
Akhir sekali dalam ayat 35, surah Al-Ahzaab, Allah سبحانه وتعالى berfirman;
وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٣٥﴾
“Dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.