UJIAN DARINYA 2015

✽Åss∂ℓ∂♏u’∂ℓ∂ȋ̊Ƙu­♏ ω∂r∂h♏∂tull∂hȋ̊ ω∂ط∂r∂Ƙ∂tuh✽



Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan & rasa terharu di atas doa2 & ucapan yang tidak putus2. Juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengambil tahu akan perkembangan kesihatan suami saya (En.Cayang) ( tapi en.cayang dah kecut sikittt tau..)
Sesungguhnya dugaan Allah ini banyak hikmahnya, saya terasa suami saya disayangi oleh ramai orang, saya terasa dia dan saya ramai sahabat sejati, saya terasa ramai  yang risaukan saya dan suami. Harap-harap...saya tak perasan ler..!
Dengan berkat doa sahabat2 & saudara2 saya semua, Insyaallah En.Cayang  bertambah pulih, bertambah sihat & bertambah bersemangat. ( Harap2 berat jangan bertambah plak..)
Sudah lebih 10 tahun En.cayang tak merasa rehat panjang begini, tapi dengan sebab ujian Allah ini, En.Cayang merasainya. Dolu dolu blosue ni tak muat untuk disarungkan kebadan En.Cayang yang sador sekarang lihat ... kerana terlalu rindukan dengan tugasan ...blouse ni jadi la melepas rindu ...rehat panjang 2 bulan (belom cukup 3 bulan wanita berpantang) 
Alhamdulillah hampir sihat sepenuhnya dari xleh duduk dan jalan syukur ke hadrat Ilahi, Insha Allah bulan depan leh kembali berkhidmat semula. Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Dr.Ismail Accutherapy Centre  dan krew atas usaha dan bantuan kepada kami. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa anda semua. Moga jasa baik kalian akan mendapat ganjaran amal jariah dan sentiasa dipermudah dalam segala urusan.
Kepada semua sahabat2 serta saudara saya semua, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih, semoga kita dapat bertemu lagi ...

Dalam Kenangan
  01,OCT - 15. NOV 2015

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in