Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^
Assalamualaikum^^
Mudah resepi ni yang perlukan cuma berlatih.Sila cuba hari minggu ni untuk minum petang yang berlainan sedikit dari lain dengan seisi keluarga.Jangan suka makan di luar selalu. Seminggu sekali masak sendiri. "Practice Make Perfect". Kalau ada jiran orang India hadiahkan vadey anda dan tanya komennya. Pasti dia teruja dengan "vadey" anda!. Jiran patut diutamankan dari saudara mara yang jauh.Kalau ada masalah seperti biasa e-mail tinggal kan komen kat Maszie kita kongsi pengalaman. maszie71@gmail.com....hahaa over ler mengalah(masterchef)
Saya memang suke kueh masin, manis En.Cayang dan Adik Irfan pengemarnya...kueh nie yang garing,pedas dan berempah membuat air liur saya meleleh setiap kali melihatnya. Goreng garing sedikit, menikmati sambil tonton tv.
❤ WADEY @VADAI ❤
BAHAN-BAHANNYA:-
300 gm kacang dhal
1/2 labu bawang besar
1 cmb jintan putih
1 tangkai daunkari
1 tangkai lada merah /cili kering
1/2 cmt garam
minyak masak untuk menggoreng tenggelam
Cara2 membuat wadey:-
Kacang dhal direndam dengan air yg banyak semalaman.
Tuskan kacang dan biar ia kering sebentar.
Kisar kacang mengunakan pengisar bijiran sehingga hancur tetapi asingkan 3/4 tanpa dikisar atau kisar kasar
Bawang besar didadu kasar ,lada merah di hiris nipis dan daun kari dilerai dari tangkainya.
Jintan direndam dalam air sebentar dan dituskan. Kisar kasar gunakan kisar bijirin.
Campurkan kesemua bahan sehingga sebati. Anda akan mendapat adunan wadey yang lembik tetapi masih boleh di bentuk.
Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk. Basahkan tangan dan plastik adengan air bersih.
Ambil sedikit adunan bulatkan dan leperkan diatas plastik setebal 1cm.
Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.
Tips masakan
Menggunakan plastik adalah cara yang paling mudah
menguruskan adunan yang lembik supaya mudah di angkat sebelum digoreng. Menggunakan tangan yang basah dapat mengelakkan adunan melekit pada tangan.
Untuk membuat wadey dengan tekstur adunan yang kering, anda perlu memerah kacang dhal menggunakan kain maslin untuk mengeluarkan lebihan airnya. Tidak perlu terlalu kering kemudian barulah di gaul dengan bahan2 yg lain. Untuk mengorengnya anda perlu mengepal dengan kuat. Kemudian dunakan kedua dua tapak tangan untuk menekan adunan sekuat kuatnya dan goreng. Biarkan ia masak sebelah dahulu sebelum diterbalikkan untuk mengelak kueh pecah.
Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami "vadeh" yang akan di goreng. Dalam gorengan cadei ni minyak perlu cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan goreng dengan api dapur yang sederhana. Kalau minyak tak cukup panas cadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil api dapur untuk vadei masak sempurna.
Jangan goreng terlalu banyak kuantiti dalam kuali kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jikatidaj vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit akan terapong naik ke atas dan bueh-bueh semakin kurang melalui vadei.
Hasilnya
*Simple bukan?
tak banyak bahan pun
jgn lupa mencuba
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteAlhamdulillah sya dh cuba resepi vadey ni. Menjadi..terima kasih byk eh..;)
Alhamdulillah...sya dh cuba resepi vadey ni. Menjadi......terima kasih eh ;)
ReplyDeleteMinta maaf... Ini masalodei.... Vadey yg mcm donut tu....
ReplyDeleteMcmana nk jadikan doh nya x pecah.
ReplyDeletetks Tuan
resepi blog ni intro dan tips ayatnya sebijik semua copy paste dari sini ja hasil sy google https://balannambiar.wordpress.com/2011/03/04/resepi-kueh-masala-vadai-mamak-penang/
ReplyDelete