DOA AGAR DIBERI KESABARAN DAN KEKUATAN
Keterangan ayat:
Ayat ini merupakan doa orang-orang beriman yang menyertai
tentera Thalut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah SWT
melimpahkan ke atas mereka kesabaran menghadapi ujian yang
berat itu. Perkataan “limpahkan” itu menunjukkan betapa diri
mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering
memerlukan air. Sabar diumpamakan seperti air kerana keduaduanya
mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya.
(Tafsir as-Sawi, tafsir ayat 250 surah al-Baqarah)
Khasiat dan kaifiat beramal :
Amalkan membaca ayat ini untuk menghadapi kehidupan agar
dihiasi dengan pekerti sabar.
(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul terbitan Telaga Biru Sdn Bhd)
Posted by
maszie71@gmail.com
at
12:12 am
Labels:
DOA & ZIKIR,
Salam Jumaat
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.