7 CARA NAK CUKUPKAN DUIT GAJI

Assalammualaikum...

Pernah tak anda rasa, walaupun duit banyak tapi masih rasa tak cukup. Padahal ada orang lain yang gajinya kecil tapi sentiasa cukup?? Jom baca pesanan Ustaz ni untuk elak rasa tak cukup ni.. SHARE je kat sahabat2 lain. Semoga bermanfaat



Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?


Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:


1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!



2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!


5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelom bersedekah atau nak bantu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dalam hadis Rasul SAW


7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...
panjangkan mesej ini kpd keluarga dan sahabat yg kita kasihi.. mudah2an hidup kita diredhai Allah ....
Share di wall untuk tatapan kita bersama..

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in