Salam Maal Hijrah 1437H/2016




Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Smoga  tahun baru ni, kita sama² berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna. Dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.


HIJRAH bukan sekadar SIRAH RASULULLAH..
HIJRAH bukan sekadar KALENDAR ISLAMI..
HIJRAH bukan sekadar SALURAN TV..
HIJRAH adalah PERINTAH ALLAH..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berHIJRAH serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Al-Baqarah:218
juga FIRMAN ALLAH:
"Dan sesiapa yang berHIJRAH pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berHIJRAH yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHIJRAH kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala HIJRAHnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
An-Nisaa':100
lalu, ia TEMA HIDUP ISLAMI

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in