BODOH TAK APA, MASIH BOLEH BELAJAR

Asal lah Ko bodoh sangat - First world Problems

Bodoh sombong.

-----
-----
Sedih
 kan. Bila wujudnya manusia yang bodoh sombong ni. Memang, Allah jadikan manusia dengan akal yang berbeza. Bodohkah kita, bijakkah kita semua itu pilihan. Lainlah yang memang semulajadi genius, itu gifted namanya. Tapi, tak cukupkah dengan bodoh yang kita pilih, lepas tu nak menyombong pulak. Kita hidup atas dunia bukan seorang diri. Ada ramai lagi lautan manusia yang lain. Hidup ni, kalau sombong, tak kemana ye bang.
Aku lebih hormat kepada orang yang bodoh, tapi tahu senyum dan hargai orang lain. Daripada yang terang-terang cerdik tapi pandang rendah dekat orang lain. Semoga kita dijauhi daripada menjadi ;

Yang bodoh, lagi sombong.Yang bijak, tapi bongkak.

Jadi yang biasa-biasa sudahlah ye. Tak pandai sangat, tak bodoh sangat. Tak sombong dan tak bongkak. Haa, kan bagus. Pelajaran, sijil, kelulusan, CGPA, kelayakan, tempat belajar, dalam luar negara, semua tak menjamin kalau dalam diri wujud sifat angkuh dan sombong ini. Jadilah manusia yang berilmu dan beramal. Guna ilmu yang ada untuk kawal sifat semulajadi. InsyaALLAH, kita mampu.




Jangan jadi orang yang bodoh sombong.
Dan jangan pula jadi orang yang pandai sombong.
Tak berkat ilmu yang dipelajari itu.


Adakah anda tergolong didalam golongan itu ?

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in