Showing posts with label BANJIR. Show all posts
Showing posts with label BANJIR. Show all posts

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu



#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.



Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Kampung ku dilanda banjir

 28/12/2014

Kampung ku dilanda banjir..semoga dipermudahkan segalanya..Amiin..


Sekitar Taman Sri Kerinau, Paya Pulai, Temerloh (Depan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai)... Jam 12 tengahari hari ini 28/12/2014








Sekitar Bandar Temerloh...








 LPT Temerloh



KM126 LPT




 Sebanyak 2,515 Pencawang Elektrik terpaksa dihentikan sementara di negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat 4 petang hari ini - TNB




Cadangan laluan alternatif untuk ke KB




#Banjir2014
#ilovepahang
#ilovetemeloh

subhanallah..semoga semua nya akan selamat..
AMIN

CHOCOLATE INDULGENCE di Hari 10 tahun Sunami




Hari ini, genap 10 tahun tragedi tsunami yang melanda Aceh, mengorbankan hampir 400,000 nyawa dalam sekelip mata.
Walaupun masa beredar, ingatan pada bencana paling dahsyat itu masih belum dapat dilupakan terutamanya buat mangsa dan juga ahli keluarga mereka.

10 tahun berlalu, bukan jangka masa yang mampu memadam perasaan takut dan trauma yang sering menghantui mangsa apabila terkenang bagaimana mereka  bertarung nyawa dan melihat kematian.

Walaupun terpaksa berdepan detik hitam itu, namun umur mereka masih panjang apabila terselamat dari ditelan ombak besar.

Hari ini, kita juga diuji dengan banjir besar yang paling dahsyat. Ingatlah firman Allah SWT,
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Ampunilah dosa2 kami, Ya Allah.

sambil mengikuti perkembangan Banjir di Pantai Timur dan melihat kenangan tsunami...
menikmati kek choco indulgence


Jumaat yang terakhir tahun 2014.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Jumaat datang lagi dan kali ini ia jumaat yang terakhir tahun 2014.

Banjir makin teruk. 
Bekalan makanan hampir kurang..
Di hari Jumaat yang barokah ini, 
mari kita sama2 panjatkan doa buat semua mangsa banjir.


Bismillahirrahmanirrahim,

Selawat dan salam atas junjungan

besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat baginda...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah ibu bapa kami,
Adik-beradik kami,
Sanak-saudara kami,
Sahabat-sahabat kami,
dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, & Perak yang terkena musibah banjir ini...

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba-Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin, 
Engkau perintahkanlah bumi-Mu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langit-Mu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada-Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi, 
Kasihilah kami semua, 
Kami mohon kepada-Mu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
daripada perkara-perkara yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
atas segala dosa-dosa dan kelalaian kami kepada-Mu,

Ya Allah, Ya Tawwab, 
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafiz,
Jangan Engkau biarkan hati, dan iman kami terpesong,
serta lalai sehingga melupakan kami kepada-Mu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada Tuhan melainkan Engkau,
dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin...







Semoga bermanfaat..In Shaa Allah

‪#‎prayforpantaitimur‬

Pesanan penting ketika banjir. Keep safe!

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam JUMAAT Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


 Keep safe!

Jaga Kesihatan Ketika Banjir

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam JUMAAT Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...



Langkah-langkah penting yang boleh diambil ketika berada di Pusat Pemindahan Banjir. Take care.


Banjir Maran PHG,2014

Assalamualaikum...

23/12/14
Bandar Maran pagi tadi
Sumber : Polis Pahang



Gambar di sekitar daerah Maran, Pahang





 Kg cedong, Maran



Sk Ulu Luit Maran.

 Maran Pahang semasa... doakan warga pahang semuanya selamat sejahtera aminnn....

Fenomena 'new moon',monsun cetus banjir luar biasa

KUALA LUMPUR - Fenomena 'new moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang
menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini. Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd
Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten
merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.
"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon' yang mana
bulan berada dekat dengan bumi yang
menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.
"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai
melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir
teruk," katanya hari ini.
Katanya, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu
lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan. "Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami
menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya. Dr Mohd Hisham menjelaskan, musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin
lepas hingga esok. "Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi
episod keempat iaitu bermula pada 28 Disember sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya.
Dr Mohd Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28
Disember ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai. "Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan
Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan
barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.
"Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa
bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya. -Bernama


#ilovepahang
#pahang
#banjirpahang2014
#maranbanjirdis2014

Doa Mohon Dielakkan Dari Banjir...


Mungkin ini balasan kecil untuk dosa-dosa yang kita buat di muka bumi ini...

Kepada awak semua yang sedang menghadapi banjir, bertabahlah... Saya pun risau dengan keadaan yang semakin meruncing ini... Niat hati, nak balik MARAN lepas adik kerja hari Jumaat... Semoga jalan sehingga ke Maran masih boleh dilalui...

Bonda ceta dalam telepon air belakang umoh dah naik...sekarang air dah masuk dalam tandas bilik... 

Dan kepada awak semua, jaga diri masing-masing... Jaga keluarga... Jaga anak-anak... Jangan bagi mereka main air banjir... Ada macam-macam dalam air tu... Bahaya... 

Semoga banjir cepat surut... Dan semoga tiada gelombang kedua... 

Amin...

Perkongsian Gambar2 dari internet.. 



Ditutup kepada semua kenderaan Bukit Gambang ptg 21/12/14


Bandar MARAN malam tadi air dah naik

Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana.
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in