Showing posts with label My Baiti Jannati. Show all posts
Showing posts with label My Baiti Jannati. Show all posts

Dapur Maszie Di IMPIANA Dapur

EDISI AIDILFITRI ~Julai - Ogos 2014

As salam duhai teman2 ku sekelian.. Ingat tak bulan APRIL yang lalu Maszie ada ceritakan yang maszie telah membuat sesi photografi bersama wartawan Impiana dapur di entry 1 april  & Maszie Editor Impiana Dapur. Dan bulan nie maka artikel mengenai sesi photografi itu pun keluarlah di IMPIANA dapur itew.. huhuhuhu





Masyaallah terkedu Maszie dibuatnya.. Ye lah dah masuk dalam majalah mmg menarik dapur maszie kalau nyata di depan mata tidak lah begitu rupa ingat kan hanya satu artikel kecil je tapi tup tup bila buka Majalah Oh Kak ton LAPAN mukasurat semuanya.. Ohhh sungguh terharu hingga kegembiraan tahap sawan hehe. Artikel ini Tip: Inspirasi Gaya & Produk Sambut Lebaran ... Sambil sambil itu Maszie nak juga promote CHROOM yang dimiliki sepupu MASZIE .. 








Jutaan terima kasih kepada wartawan dan photographer dari IMPIANA dapur terutama Cik Suhaidah Abd. Wahab & Foto Mohd Izahari Rosli kerana sudi featurekan dapur Maszie di dalam artikel di IMPIANA dapur EDISI AIDILFITRI.


Maszie bersama wartwan IMPIANA dapur

kalau dulu aku sokmoo berangan nak dapor cantik macam dalam majalah Impiana dapor tapi sekarang aku rasa macam heyyy tolongggg laaaaa. menipu sangattt dapor aku ni dalam IMPIANA dapor. dalam gambar je cantik padahallll dekat luar biasa-biasa je sebenarnya. :)) 

Pada kawan kawan Maszie yang belom dapatkan Majalah dapur sila ke kedai yang berdekatan



Kepada anda semua yang nak mencantikan rumah rojer2 le ID Chroominterior  yang terletak di SETIA ALAM ni.. untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka di..WhatsApp 012 6396327 - En. Apis & 019 9229288

Tempat simpan acuan kuih

Assalammualaikum. . Hhehe 

Disebab kan hari2 dok membuat kuih nie so acuan nya banyak dah tak tahu nak simpan mana lagi . Dengan gagahnya aku ge Daiso beli kotak kasut .... sebenarnya dah lama nak buat tapi tertangguh jer.. sebab x jumpa kotak  yang sesuai untuk projek ni. Heheh

before



hahah .. 

dah jadi macam nih

v

v

v

v





hehhe.. now (just labelkan jika perlu)


After

kan cantik & kemas...

Very neat & tidy I tell u!

close up ckit.



Diy frames Family

selepas

pic dlm frame belom sempat nak isi...


Ini adalah idea yang sangat menarik bagaimana kita boleh menghiasi dinding  dan mempamerkan sejarah keluarga anda sekali gus.

Menggunakan pelekat dinding adalah mungkin, cara yang paling murah dan paling mudah cutest. Anda kemungkinan besar akan perlu untuk memerintahkan mereka dari sebuah syarikat yang pakar dalam pembuatan pelekat dinding.

Sudah tentu anda juga boleh membuat  sendiri dari kertas vinil, kain atau sesuatu yang serupa. Disini zie ingin berkongsi  idea-idea bagaimana anda boleh membuat pokok keluarga!


sebelom




semua nie frames Cross Stitch .Time zaman bujang hingga beranak dua memang mengila membuatnya.Selepas dari tu hingga sekarang dah tutup kedai ...tertelan pil M :)

cantik tak.. hehhe.. ni warna yg aku minat time tu.. tak nak lari jauh dari warna asal. lagipun nak kekalkan warna moden & mood hotel ckit.. baru nampak elegant.. kah kah kah..(rupa butik JAKEL...ada err)  bila  kena dengan lampu jantung ultrman merah tuh.. bertambah lah cantik kann.kan kan.. nampaknya laki aku kena redho dengan pilihan warna bini dia.. kekek

ok done

Maszie & Editor IMPIANA dapur

14 APRIL 2014 03:00 PM

Assalam duhai teman yang disayangi.. entry Maszie Rabu lepas ada menulis " 1 April " mengesahkan editor IMPIANA dapor yang nak shooting dapor akak dan dalam suasana raya .Memang akak teruja dik preview Dapur Untuk Artikel Majalah IMPIANA nie  kan.. Maka semalam berlangsunglah sesi photografi dan interview di dapur tongkang pecah yang zie pikirkan selama nie. Maka semalam tepat jam 2:45 petang wartawan dari IMPIANA iaitu cik Idah datang bersama photographernya .




Sesampainya mereka , mereka terpegun dengan susun atur yang memang sesuai untuk di shooting ...(wahhh...pandai juga akak kau nie mendeco...puji diri sendiri jap...:D) Cik Idah cuma perbetulkan sedikit aje susun atur itu pon di dapur basah sambil menemuramah bagai mana dan darimana ilham terhasilnya dapur yang maszie idamkan selama ini.Thank a lot En.cayang time tu Maszie really wish yang en.cyg  merangkap menteri keuwangan turut ada bersama.. Ya laaa.. Maszie ni kalau bab bab interview ni lemah lutut sikit.. Tapi part merapu tu serah aje padaku hehe..  Selepas sesi interview terus ke sesi photografi.

Mereka mahukan suasana menyambut hari raya .. Moh maszie kongsikan sedikit gambor yang sempat di snap semalam ya..







Zie bersama wartawan IMPIANA dapor Suhaida Abd Wahab

Insyaallah artikel nie akan disiarkan di Majalah IMPIANA dapur pada bulan July - August  2014.. Fuhhh nebessss pulak maszie hehehe.Alhamdulillah...Zie dan en.cayang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada wartawan dan photografer dari IMPIANA dapur yang sudi memilih dapur maszie untuk dimuatkan dalam majalah mengenai dapur kami.. dan tak lupa juga  team Chroominterior yang banyak membantu ...Really appreciate it!!!!!!!!!



1 APRIL

                                               ASSALAMUALAIKUM...
                                                Salam Ukhwan Fillah 
                                                    Selamat Pagi....


1 APRIL 2014 09:21AM




Terkejut seketika Maszie apabila menerima call dari seorang wartawan dari IMPIANA dapur yang mahu  artikel mengenai dapur maszie  dimuatkan dalam majalah IMPIANA dapur! Berkata dalam hati biar betoi dapur mak yang tongkang pecah nak masuk dalam majalah...adakah aku dapat panggilan maut APRILfool...ter gamam seketika...

Terkedu dan terharuuuuu juga bila ada juga wartawan yang sudi baca blog senggal lagi sempoi maszie ni ye hehehe.. apa apapun really wish our ID/Chroom Interior dapat turut serta dalam sesi interview dan photoshoot Isnin depan... Namun apakan daya Mummy Lynn dan Bonda berada jauh nun di Pahang dan sibuk dengan kerjanya. Kalau tak kompom lagi meriahhhh sesi photoshoot tu hehe.. 

Insyaaallah 14 April sesi temuramah dan photografi akan di jalankan di dapur dan artikel itu akan disiarkan di Majalah IMPIANA dapur keluaran untuk bulan tak tahu lagi kita tunggu aje yea. 

Syukur Alhamdulillah...Kami sekeluarga rasa sangat sangat teruja ,anak2 yabedabeduuuu dapur ibu masuk majalah...rejeqi mmg di luar kotak pemikiran akaks selama nie  tapi allah dah kata rezeki uolls maszie...hamek ko


Kepada teman teman sekalian, doa doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ya..



P/S:Sedang tggu pakcik ambil Kuih Talam,sempat juga menjengah kat sini...:P



Idea untuk ilands kabinet sendiri....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

nak ceta pasal ilands kabinet...dalam banyak2 bentuk di muka bumi ni bentuk kapal selam yang aku suke...nak beli kapal selam mati idup semula tak mampu beli...so dapat ilands kabinet bentuk kapal pon okey ler...alang2 en.cyg drive kapal isteri kat umah pon meroyan terasa dok dalam kapal...hehee

Dapur impian ku adalah dapur yang luas, bersih, tersusun sistematik dan mesti ada island kichen.itu adalah apa yang aku angan-angankan dulu jika dapat rumah yang  besar sedikit dari rumah yang lama. tapi, bila dah dapat (yang mengikut kemampuan sendiri), dapurku tak lah sebesar mana. kecil je.alhamdulillah janji dapat wet kitchen ,dry kitchen and dapur banjir

kebanyakan dapur moden sekarang ni pasti akan ada satu ruang khusus untuk 'kitchen island' ataupun dalam bahasa melayunya panggilan pulau. Kebiasaannya 'kitchen island'ini digunakan sebagai tempat menyediaan untuk memasak dan juga penyediaan makanan yang sudah siap dimasak.Tak kiralah samada digunakan sebagai tempat nak potong bawang ke (jgn potong jari udah ler), kacau telur ke, hias makanan yang dah siap masak ke, atau sebagai tempat simpan pinggan mangkuk dalam kabinet di bawah island itu sendiri, aku nak buat tempat bersilat dengan tepung...akukan suka godek2 tepung jadi roti,kek dan biskut..baru la rasa ala2 masterchef.. semua boleh dibuat di sini. 

Yang penting terpulang kepada si pemilik kediaman bagaimana kedudukan dan rupabentuk ísland' idaman mereka itu dalam ruang dapur.Yang biasa dibina dari sebesar-besar ísland'sehinggalah yang kecil, tak kiralah bahan buatanya daripada 'formica'mahupun kayu asli,semuanya boleh kata designer...jom kita mencari idea2 yg lain




-
-
-
-
-

saya bekenan dengan yg nie
tak muat dapur nak parking...
disebabkan rumah kami tak SeBanglo mana..so, 
untuk nampak lebih luas,
saya decide untuk pilih bot kecik ajer 
yang sesuai berlabuh di dapur yg nampak mcm comel je..

sweetnyaa 



dapat yang nie..syukur alhamdullilah..amin

ni lah tempat aku 'bersilat' menyediakan dessert untuk family :P

kabinet dapur pilihan  jenis aluminium,
material pintu kabinet pulak 3G high gloss,
tabletop  material Granite Galaxy Black
warna kitchen cabinet :silver metalic.
Material dinding dari kaca buram, kesan glossy yg ditimbulkannya 
sangat menarik, dipadukan dengan pencahayaan tak langsung (indirect lighting dari bawah kabinet menjadikannya tampak eksklusif.Ala-ala moden style la kunun-kununnya..hahaa..


Alhamdullilah, so far aku sangat berpuas hati dgn hasil kerja kontraktor Melayu yang aku upah tu..kemas je hasil kerja die(table top,kitchen kabinet dan kitchen bar).kalau korang nak nombor die, aku boleh bagi :) plaster ceiling pon aku buat ngan die senang ceta satu umah ler...recommended :)

 Syukur itu mudah untuk diucapkan tetapi sulit untuk dilakukan. Oleh karena itu marilah kita senantiasa istiqamah dan bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh Allah pada kita semua. 

Thank you for reading...!
Hugs &; kisses peeps!
xoxoxo 



Chau...







Tong Sampah RATIONELL

Selamat berhujung minggu dan ceria2 selalu...

MZ sekeluarga memang tak ceria hari nie diTaman kami sekarang nie dah 8 hari lori sampah tak timbul...naik MARAH naik DARAH naik GERAM..dah lah sekarang musim segala benda NAIK .Pihak yang berkenaan tooolonggg ler punggut sampah segala makluk dah lending kat Bandar Bukit Raja ni ke nak tukar Bandar sampah ...so tak akan le MZ nak masuk kan tong sampah depan umah yang malas nak ceta ler kang ramai pula yang muntah....

mai akak gojes ceta Cek Tong yang memang gojes lagi gonjeng nie...

Kisah tong sampah pon ko nak ceta ye...

Bajet macam ramai je orang datang jenguk..Hehe thank you, kamu kamu yang datang singgah baca. Siap follow lagi. Mekasih banyak2 datang cari tips dan idea. So, hari ni aku nak share tong sampah ni.Aku beli kat IKEA.Niat mula2 aku nak letak bawah sink wet kichent Gara2 pergi tak ukur bawah sink dulu, aku pon amik kesempatan memborong la semua, adooiiii bonggol saluran sink tersekat kat tengah tong sampah ..huhu..
                                 




yg aku terpikat dengan tong sampah ni boleh tarik dan tolak seperti pic kat atas ni..musnah impian so ...projek bertukar terpaksa letak di bawah sink dapor banjir ni




En.cayang  sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari nya kami seisi keluarga sangat2 ambil berat pasal hal ini . Pernah sekali, sewaktu dimall , en.cayang memberikan ceramah ringkas kepada anak muda yg pakai buang sampah merata2 semata2 kerana tidak buang ke dalam tong sampah !...En.cayang menegaskan kepentingan adanya tong sampah untuk kegunaan umum. Tanpa tong sampah, orang ramai pasti membuang sampah di merata2 tempat dan pastinya tidak adil menyalahkan mereka. Persekitaran pula akan bersepah seperti kawasan pasar malam dan pasar Klang!

Seperkara yang sering menjadi rungutan en.cayang adalah kekurangan tong sampah di tempat2 awam. Memang berbeza dengan keadaan di luar negara - biasanya satu tong sampah diletakkan hampir setiap beberapa meter. Memudahkan orang ramai membuang sampah di tempat sepatutnya dan menggalakkan orang awam menjaga kebersihan setempat.


Di rumah sendiri,en.cayang memastikan tong sampah diletakkan di tempat2 yang convenient : di luar setiap bilik air untuk membuang apa yang patut dan lain2 sampah `peribadi'; di bilik belajar untuk membuang kertas; di ruang dapur untuk membuang segala sisa masakan dan makanan; dan berdekatan bilik2 tidur untuk membuang sisa plastik bungkusan hasil membeli-belah atau lain2. Berbeza dengan sikap sesetengah orang yang hanya mempunyai tong sampah di dapur untuk seisi rumahtangga!
                                         
Lokasi tong sampah pula haruslah di tempat2 yang strategik dan tidak mengganggu pandangan mata. Misalnya di belakang pintu bilik, di bawah sinki dapur, atau di balik dinding yang tidak kelihatan di mata umum. Tetapi kalau cantik, mahu ditunjukkan apa salahnya. Zaman sekarang kita punya pilihan pelbagai tong sampah yang cantik, siap bersarung kain bersulam dan berenda2 dan beriben pun ada ....


Pastikan juga tong sampah diisi dahulu dengan plastik kosong agar sampah tidak mencemari bekas tong sampah. Ini juga memudahkan kerja membuang sampah dan tidak menyusahkan si pembuang sampah yang bertugas (kita sendiri!).


Dinasihatkan juga, sekiranya tong sampah adalah untuk sampah yang kering, tidak berapa perlu membeli yang bertutup. Tetapi sekiranya untuk sampah yang basah, elok juga dibeli yang bertutup agar bau tidak menerawang ke segenap bahagian rumah.
Penting diingat bahawa tong sampah perlu diurus setiap hari terutama di bahagian dapur. Plastik sampah diikat dengan kemas dan pastikan tiada air sampah yang menjejeh keluar sebelum mengangkat sampah ke luar rumah untuk dikutip lori pengangkut sampah. Selepas itu, tong sampah ditelek dengan rapi untuk memastikan tiada sisa2 makanan basah atau air sampah yang berlopak di dalam tong sampah tersebut.


Sekiranya ada, tong sampah tersebut akan dibawa ke luar untuk diberus dan dibasuh. Jangan lupa membasuh bahagian luar dan dalam termasuk tutupnya sekali. Ia dijemur seketika sebelum dibawa masuk kembali meneruskan tugasnya sebagai tong bagi sampah sarap.


Kerja membasuh tong sampah ini bunyinya mungkin menggelikan, tetapi sekiranya kita membasuh tong sampah secara rutin, ia tidak akan berselupat dengan daki atau kotoran sekaligus perasaan geli bekerja dengan tong sampah akan dapat diminimakan.
Kalau lebih teliti lagi, tong sampah yang kita letakkan di luar rumah juga elok dibasuh sekali-sekala agar tidak dihurung ulat dan serangga yang boleh merosakkan kesihatan kita.
Sememangnya jika diperhatikan tong sampah di rumah saya (keeja en.cayang), ia tidak berdaki sebagaimana lazimnya tong sampah bahkan mungkin ada yang beranggapan ia kelihatan baru....thumb up untuk en.cayang...





DULU dan KINI FM

Nak tunggu ge holiday... aku bukan selalu sangat ge overseas kannn...nabung tak sempat2 banyak lagi agenda lain...maklum ler anak dah besar,umoh besar,keluarga besar,badan besar nasib ler ada yang sudi bagi. pehhh banyak gile weh... di sebabkan suka tahap gaban kat benda alah ni ...aku nak jadikan hiasan dinding...selalu orang tempet kat dinding peti ais kan...aku tak suka ada dengar sumber2 yg boleh di percayai ler peti ais cepat rosak dan tak bagus untuk kesihatan nak tahu lebih terperinci  BACA aku ada 3 white board masih tak cukup ...lagi pon dok macam berdebu dan anak buah datang...hancur fridge magnet mak...tensi mak tau...

so kat sini... aku nak share koleksi fridge magnet aku...so sapa2 yang ada hobby yang sama...boleh la share sekali..rasa macam dah ramai family aku yang giler dengan fridge magnet nih...boleh tubuh CLUB FM. kalau nak beli souvenior, fridge magnet ni satu kemestian...


so rumah baru nie awal2 lagi aku dah reques kat en.cayang nak tempah khas untuk FM.senak otak ler CHROOM mereka apa yg aku nak.terhasil ...
-

-

-

tadaaa

naik tahta siap dok dlm almari...

so dah pindah apa lagi...kasi susun lah FM teperam dalam bekas tipuware KFC .3 bekas KFC uolls...:)


FM A -Z DAN 0 - 9 


banyak jugak fridge magnet yang takda kat sini, pecah ,rosak yg di cilok  orang yg berminat. most of the magnet adalah hasil 'merayap' aku sendiri dan zaman en.cayang belayor dolu2.. yang selebihnya bff hadiahkan... or bff and sepupu sepapat tulo0onngg belikan.

kih kih kih....  fun sangat collect fridge magnet...ni...bila sekali sekala tengok kat magnet tu ingat balik kenangan masa pi tempat2 tu...



DIY Wall stciker


Beli dah lama sebelom raya puasa...nasib tak basi.Kalau tak pasal cik tong yang kenyang.korang kira sendiri dah berapa bulan terperok dalam store.Last week lepas masak makan pil rajin baru tempek kat dinding.

Ini semalam bila kerajinan menjelma dalam diri..baru masuk kan pic so hari ni entry nie pon timbul.


guest rooms (tuan blog mmg suke bunga sakura)


family area(sambil tgk Discovery Channel 551 and National  Geographic Channel 573 ) kompom aku tak sesat map atas pale...

Peta dunia adalah inovatif dan menarik peta dunia untuk kanak-kanak dan boleh menjadi alat pembelajaran yang besar bagi mereka. Dunia adalah tempat yang menarik dan pengetahuan mengenai keajaiban geografi dunia adalah amat penting untuk minda muda.



toilet anak...


 Guest toilet

Setiap 5 minit mesti nak masuk toilet and bilik...Suka yang simple gini...terasa hebat sangat mampu buat DIY sendiri...:)



toilet ai lettew...


macam cantik jewww... macam comey jeeeww

oh my husband....jangan marah ye i dah tempet di dinding umah kite



Dah beli bendaalah ni kat Midvelly...Berapa hengget semua ai tak ingat dah...Nak lekat dan tampal pun nak ambil mood...bukan susah pon..ada 3 lagi dlm store bila punya projek entah lerr...



Kemas Store: Phase 1



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^



Stand your unit upright and enjoy the result of your efforts!


jauh datang dari pahang rak besi akak..ko ador...hehee...
kebetulan sabtu 19/10/13 Mummy Lynn nak datang rumah,terus suruh Mummy Lynn belikan 2 kotak.
Satu kotak RM108. aku dah server harga kat kelang mahal yang nie RM138 yang papan di ganti Logam putih RM 160. Jauh beza kan...alhamdullilah rezeki naik kereta lagi BARU YG BESAR Mummy Lynn...:-)

Akak tidak sabar untuk menyusun atur  di store  dengan unit rak industri yang sepadan dengan rak terbuka yang lain di sana. Jadi bersama-sama dengan anak kesayangan, kami mengambil malam hujung minggu untuk mengemas projek yang lama tertangguh.


 Mata akak sangat tertarik dengan logam dengan kemasan cat putih anggun gitu . Satu hari, akan ku penuh dengan semua kotak putih yang siap label, kerana ia seolah-olah menenangkan walaupun setakat masuk ruang store .....




Adoii...senak perut, nak pitam rasanya tengok sepah cenggini.. (*_*)'

Akak mempunyai hobi membeli barang keperluan rumah walaupun barang tu tak berapa nak perlu pun sebenarnya. Tapi akak berpegang pada kepercayaan kalau tak beli sekarang, next time bila-bila masa nak guna kan susah kalau takde,nak pijam dengan jiran atau sedara lain tiada dalam kamus hidup...sebenarnya (MALU,TAKUT...Rosak) time memerlukan  harga lagi MAHAL... Contohnya BISTRO tempat simpan air kat bawah tangga tu,guna time house warming , guna sekali dua je besar gedabak sangat,nak sambut raya puasa baru2 nie pergi beli yang kecil pulak nampak kotak bawah tikar... la ni bila tak guna terbiar je dalam stor....aihhh..

Saya percaya rak sangat membantu susunatur menjadi lebih kemas. Maka setelah beberapa kali berzikir di telinga en.cayang, akhirnya rak besi menjadi hak milik mutlak diriku. Terasa diriku begitu berharga.




Wallah siap..nampak kemas jugak kannn....So automatik ruang ini jadi lebih lapang dan kemas.masih banyak ruang boleh di penuhi...



Label takde lagi, lapik rak pon belum letak lagi, pasang pon tak betol2 lagi sebenarnya...susun nie semata2 nak amik gamboo je, lepas ni banyak lagi rombakan...haha


Sekian..Dah siap Phase 1 tunggu phase seterusnya ....


 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in