Showing posts with label IRFAN. Show all posts
Showing posts with label IRFAN. Show all posts

IKEA & IRFAN

13 June.2015

Hari Sabtu yang lepas siap buat kuih talam aku lepak depan tv dengan Irfan sambil tengok Running Man.Irfan kata Ibu adik teringin makan meat ball sebelom puasa...esok kan besday adik...jom lah kita ge IKEA Ibu..jom bu...jommm laa...kan malam nie nak makan steamboat .tu malam yang siang hari nie nak makan meatball.Sabar aje ...anakku mentang2 esok besday nya.Watsap Mama Cu & Papa Cu tanya nak ge Ikea.Papa Cu nak ge Opis sebab dah cuti lama khawin baru nie so kami ge bertiga...
Rezeki Irfan Papa Cu bagi duit suruh Mama Cu belanja Irfan Ibu pon tumpang juga.







suke buat biji mato macam tu


Happy Birthday my lovely son....semuga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna membahagiakan hidup dirahmati di dunia dan akhirat. 





                           


ramainya orang cuti sekolah dan hujung minggu...






Kemudian misi diteruskan untuk membeli bakul isi kain belom di cuci.. tak sempat nak cuci2 mata di kedai lain ...sebab haritu terkejar-kejar nak cepat merempit janji dengan custemor  ambil kuih talam pukul 5 .Pukul 6 baru sampai rumah .... Eh janji manismu sangat ni hahahaha.. nasib baik hubby customer tu pun pulang lewat pukul 6:30 baru kuih talam bertukar tangan.

Ok itu saja laporan hari ini.. 


Makan-makan di BBR & Steamboat GRILL Sempena Birthday Irfan

14 June.2015

Besday Irfan kali ni dia yang request nak makan Steamboat berkesempatan nak celebrate bila semua anak2 available. Walaupun time ni cuti sekolah, tapi Angah ada BBQ team bola sepak nya pada malam yang sama ...esok pagi nak nak balik ke hostel. Tu yang last minute decide untuk sambut di BBR SteamBoat lagipon dekat dengan rumah, terpaksa ibu tinggalkan dapurku berasap yang tempahan talam & Cookies raya Bangkit Cheese belom siap...rabu dah nak hantar.
lepas solat maghrib kami gerak 3minit dari rumah ...tu yang BBR STEAMBOAT masih kosong.Kami customer terawal sampai. 




Menu wajib kami di Chilis, Bottomless Chips (RM13.95) dan juga Mushroom soup (RM11.95)







tq abah...tq cayang belanja malam nie...

perut penuh mulalah rasa malas melanda untuk masuk dapurku berasap

Bagi yang berminat nak datang makan sini sila call sendiri :-)


DEWASA :RM 26.90
Kanan2 (5-12thn) : Rm13.90
5thn kebawah :FOC

BBR STEAMBOAT & GRILL
For Reservations
011-3323 3244
011-3323 3255
011-3600 2777
bbrsteamboat@gmail.com

No. 161, Jalan Rodat 1/KU 5,
Bandar Bukit Raja, 41050
Klang,Selangor.

Besday Irfan

Hapi besday Anak Ibu  #MohdIrfan140615 do'a ibu semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya  sentiasa di berkati hidup dunia akhirat ..إن شاء الله, آمين






MAJLIS KHATAM AL-QURAN & MARHABAN

6 June.2015

Hari ini, Fairul Noor Aiman, Fairul Noor Arif dan Mohd Irfan Khatam Al-Quran .Mohd Irfan majlis kali -2 ,masa pindah rumah baru aku dah buat majlis nie...nie nak teman dan meriahkan lagi majlis pernikahan Mama Cu (ELL) & Papa Cu (LEE).Sambil tu boleh tumpang pelamin mama cu...hehee  



dalam masa tiga bulan 2 beradik nie khatam al-quran..








DOA supaya anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat nanti. InsyaAllah semoga kita diberi rezeki untuk memberi salam dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain di sana nanti.



MasyaAllah! saya sangat terharu membaca perkataan2 ini. Terharu kerana Allah tunjukkan kepada saya, apa yang saya usahakan selama ini akan besar impaknya kepada dunia walaupun dalam cara yang berbeza. Ia besar maknanya bagi saya. Bagi saya memang benarlah kata orang, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Ya Allah kau kuatkanlah lagi semangatku ini untuk mendidik anak-anakku ke jalanMu. Kau ramaikanlah lagi ibubapa yang diberi petunjuk dalam mendidik anak-anak mereka seperti mana Engkau tunjukki aku. Amiin.

aku harap aku juge mampu mendapat hidayah sepertinya…
… kau manusia terpilih oleh-Nya~~

p/s:banyak lagi pic dalam kamera bateri n cable tertinggal dikampung...:-)

Jamuan Raya Sekolah Irfan

awal pagi

Sempena Majlis Sambutan Aidilfitri  di Sekolah Rendah , anakku Mohd Irfan meminta aku mengadakan makanan ringan untuk sekolahnya.Katanya Guru suruh bawa makanan wajib. Maka aku pun dengan hati yang ikhlas, walaupun penat sikit sebab baru sahaja menyiapkan tempahan talam terus buat Puteri Ayu extra adunan ....whisk !!! dah siap. Irfan  tolong sama. Memang setiap hari selesai kerja sekolah dia membantu sapukan minyak pada acuan puteri ayu .Nak tergelak pun ada bila tengok gelagat irfan ni. Biarkan..sekarang dia dah tahu proses membuat karipap dan puteri ayu sukanya dia.Bila dah tengok hari2 kuih nie dia dah jemu nak makan.



time balik 



Cerita lucu Irfan bawa balik bila katanya sampai je di sekolah ibu, cikgu terus cakap terima kasih Irfan. Lepas tu semua Cikgu dan murid keliling kuih ni dah habis sekelip mata, kawan2 datang tengok kat bekas kuih atas bawah 2 kali terbeliak biji mata tengok2 dah habis. Sedapnya irfan kuih ibu ko buat...lembut gebuuu dan wangi.Aku yang mendengar anak teruna sorang ku ni bercerita sakit perut gelak besar. Aku pun tanya anak ku 'Ibu buat sedap ke'. Kata Irfan ' ee! mestilah sedap, kuih ibu buat semuanya sedap'. Aku tertawa gembira lantas terus berkata ' bukan ke sebab Irfan pengemar kuih ke adik irfan ini memang kaki makan semua nya kata sedap'. Ibu ni, mana ada ... Aku ketawa lantas terus memeluk dan menciumnya dengan penuh kasih sayang. Indahnya hidup ini bila Allah anugerah satu perasaan tulus berbunga-bunga pada orang yang kita sayang.


Ok semua.. ni pun saya curi masa bangun awal nak update blog...rindu kat semua... papehal komen k...hurm sedey laa tak sempat nak komen blog korang...maafkan sayaa...wuaaaa ni nak siapkan oder talam dan puteri ayu... lepas zohor nak ge beraya ke Bukit Beruntung dan Kenduri Kendara merata2 pulak..habis diet akak...lalaaa...Assalamualaikum ! :)



Irfan dengan basikal baru

Asssalamualaikum semua.....

Weehueee adik irfan tengah happy ni you oollss...ada berita best ! Ceta dah seminggu...rasa masih belom basi lagi...

Irfan dah beli basikal ! Weehu...sebenarnya dah lama sangat sangat nak beli basikal, dari tahun lepas lagi nak beli. Tujuan beli sebab nak pusing2 tasik lah kononnya..beli untuk adik abah yang penyayang beli untuk ibu juga...yela ibukan kena temankan adik sambil2 tu kira  exercise juga lah.  Huhu...now bila dah ada basikal bolehlah main basikal pagi petang lalalaa ! Seronotnya...


 Boleh lipat tau ini basikal ! :)
hehehe saya dah practice dah......
ringan aje time kayuh





Aku harap dia takdelah gunakan basikal ni untuk merayau-rayau tak tentu hala. Risau jugak aku tengok budak-budak taman ni ada yang merayau sampai ke Setia Alam. Tapi setakat ni under control lah.

** jumpa lagi dah nak masuk bilik sauna siapkan oder talam untuk esok


Birthday Suprise




Ni alkisahnya cap abah dan anak yang kena
Iaitu kisah Irfan dengan Abah.

Besday ABAH jatuh pada 11/06,irfan 14/6 dan father's day so aku
buat suprise time besday irfan
Aku decided buat arinie juga esok along dah balik hostel

Aku memang plan molek dengan irfan,3 orang jejaka melaya
 nie memang tak tahu... abah balik kerje tengok2 atas
 meja penuh dengan makanan dan kek.

It's paarttay time... love you guys!



Dengan bangganya potong kek
sebabnya usia dah meningkat.
hahahahaha







Semoga kehidupan Irfan akan sentiasa mendapat keberkatan dariNYA... Saya sebagai seorang ibu, tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan Irfan... 

***Selamat hari Bapa juga untuk suamiku...& 

Buat semua Bapa2 di dunia..
Panjang umur,murah rezki dan sihat tubuh badan...Amin..

CREAM PUFF Lagiii

Assalamualaikum...Selamat pagi...Macam biasalah awal2 pagi kesempatan nak update..Hehehe...
Cream Puff nih aku wat ari semalam lagi,arini baru nak tayang,so memang kompem lah dah yillek...Akceli ketiga tiga abdul memang suka sangat ngan cream puff,ari sabtu tak puas makan buat untuk kawan oder,hehhe...walau pon penat mengemas rumah anak2 request nak Nasi Ayam dan Cream Puff.Alhamdullilah sekarang nih dah pandai...Pernah dolu2 wat xjadi dan jadi habuan cik tong juga,salah sendiri ler tu kan,bukan salah resepi pon...


 xtabur gula dah...irfan nak letak coklat cair...

kurang manis dalam makan dan minuman
tambahkan manis dalam senyuman...

adik irfan nie memang pencita kueh muih anak ABAH nasi kuranggg....


 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in