Showing posts with label LUAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label LUAR NEGARA. Show all posts

KRONOLOGI INSIDEN QZ 8501



5.20am - Pesawat Airbus 320-200 berlepas daripada Surabaya, Indonesia pada (6.20 pagi waktu Malaysia). Pesawat dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada 8.30 pagi waktu tempatan.   6.17am - waktu pesawat dilaporkan hilang daripada radar (waktu tempatan).   


7.24am - Pesawat dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta. Pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 32,000 - 34,000. Lokasi terputus hubungan di antara Tanjung Pandan dengan Pontianak. 


11:30am - Air Asia sahkan kehilangan pesawat QZ8501 menerusi laman sosial Twitter dan Facebook. Air Asia juga menukar warna logonya kepada kelabu dan putih.   


11:40am - Media Indonesia, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat jatuh di perairan laut Belitung Timur. 


12.01pm - Kompas.com juga melaporkan Air Asia akan mensahihkan maklumat berkenaan dan dalam masa yang sama memaklumkan operasi SAR sedang dijalankan.   
12:15pm - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berikrar bahawa kerajaan akan membantu mencari pesawat Air Asia QZ8501  

 1.11pm - Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama. 


1.20pm - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.


1.50pm - Air Asia Indonesia memaklumkan pesawat QZ8501 memohon membuat pertukaran laluan atas faktor cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa di bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).   


2.05pm - Pihak operasi mencari dan menyelamat di Belitong kini mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke kawasan tersebut, yang didakwa sebagai lokasi pesawat Air Asia itu terjatuh.  


Bagaimanapun menurut Ketuanya, Joni Supriadi, pasukan tersebut mungkin mengalami kesukaran memandangkan keadaan cuaca yang buruk  


 “Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dipetik melalui Kompas TV.  


 2.30pm - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengunjungi Ibu Pejabat (HQ) Air Asia dan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Air Asia,  Tony Fernandes. 


  2.40pm -  Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung.   Pesawat itu dipercayai berlegar-legar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.


3.00pm - Bangka Pos melaporkan seorang Nelayan terdengar bunyi letupan yang agak kuat berhampiran Pulau Nangka, Kelapa Kampit. Namun tidak dapat dipastikan sama ada  letupan berkenaan mempunyai kaitan dengan insiden  kehilangan pesawat QZ8501

48 sah mati, 10 cedera pesawat terhempas di Taiwan



TAIPEI: Seramai 48 orang disahkan maut dan 10 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah pesawat Taiwan terhempas semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat TransAsia Airways Flight GE 222 yang membawa 54 penumpang dan empat anak kapal terhempas di kawasan kediaman selepas cuba membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Magong ketika cuaca ribut dekat Pulau Penghu, petang semalam. 


Kapal terbang itu dalam pernerbangan dari selatan Taiwan ke Pulau Penghu 
di sebelah barat. 

Pihak Berkuasa Pengangkutan berkata, salah satu kotak hitam pesawat berkenaan sudah dijumpai.

Kapal terbang turboprop ATR-72 itu pada asalnya dijadualkan berlepas pada jam 4 petang tetapi terbang dari Kaohsiung pada jam 5.43 petang berikutan cuaca buruk.

Beberapa penduduk kampung turut mengalami kecederaan ekoran nahas itu.

Sementara itu, Ketua Majlis Penerbangan Awam Taiwan, Wang Hsing-chung berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas. - BERNAMA




#AH5017, Air Algerie disahkan terhempas



ALGIERS: Pesawat Air Algerie dengan 110 penumpang terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers, menurut pegawai penerbangan Algeria. 

Tidak banyak petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan atau penumpangnya tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, ia terpaksa mengubah haluan pada 0138 GMT (9.38 pagi waktu Malaysia) kerana ribut di kawasan itu. 
 “Saya boleh mengesahkan ia sudah terhempas,” seorang pegawai penerbangan Algeria memberitahu Reuters.
Hampir separuh daripada penumpang pesawat itu adalah warga Perancis. – Reuters

Passanger list:
51 French, 27 Burkina Faso nationals, 8 Lebanese, 6 Algerians, 5 Canadians, 4 Germans, 2 Luxembourg nationals, 1 Swiss, 1 Belgium, 1 Egyptian, 1 Ukrainian, 1 Nigerian, 1 Cameroonian and 1 Malian

Gambar Peluru Berpandu Yang Menembak MH17



"Menurut penasihat kepada Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket BUK surface-to-air missile."

Di bawah adalah rupa pelancar BUK yang dimaksudkan.


Pesawat MH17 : Terhempas Dan DiPercayai Ditembak Di Ukraine

Dengan Bismillah dan salam sejahtera,
Satu lagi berita mengejutkan dikhabarkan kepada rakyat Malaysia berkenaan sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines MH17 dipercayai terhempas dan turut didakwa ditembak oleh kumpulan pemisah tentera Russia.

gambar MH17 terhempas

Berita Terkini Daripada Astro Awani
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Lokasi Akhir Pesawat Sebelum Terhempas



Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

PM Terkejut Pesawat Terhempas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.



Gambar Pesawat MH17 Terhempas


 Gambar dan Foto MH17 Terhempas di Ukraine

Salam Takziah dan Al Fatihah 
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan KepadaNya Kita kembali.Salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas kapal terbang MH17 dan dengan rendah hati marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada kalangan mangsa yang beragama Islam.Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.amin..

Untuk mendapat perkembangan terkini #MH17, sahabat-sahabat boleh like dan follow page ini.

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

Negara Jepun, nama yang tidak asing lagi dimata dunia. Jepun merupakan diantara negara paling pesat membangun. Lihat sajalah jika berlaku bencana alam seperti trsunami dan sebagainya, dalam masa cuma beberapa bulan mereka mampu membangunkan bandar yang telah musnah hampir 80% seperti sedia kala. Berikut adalah 10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan Pesat:




Jepun

1.Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan " Jalan kearah Akhlak" dimana pelajar mempelajati akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2.Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendididk dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggunjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka.Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di "disinfected"/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan paa usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.                        


7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai "Jurutera Kesihatan" yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status 'silent'di handphone sebagai äkhlak/etika"

9. Jika anda pergi ke restaurant buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10.Kadar lelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

dipetik dari facebook, Jazahullahu Khaira 




Khidmat bas terus ke Legoland dari Singapura

                                                              

TAMAN tema Universal Studios di Singapura kini mendapat saingan baharu dengan kewujudan Taman Tema Legoland di Johor.

SINGAPURA - Warga Singapura boleh mengunjungi Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor menerusi perkhidmatan bas terus dari pusat bandar di sini yang disediakan mulai semalam.
Bas-bas tersebut akan bertolak dari Singapore Flyer setiap 30 minit pada waktu puncak dan tiba di Legoland dalam masa kurang daripada sejam.
Perkhidmatan itu dikendalikan oleh WTS Travel dan tambang yang dikenakan bagi laluan terus itu ialah S$20 (RM50) seorang.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, langkah itu bertujuan menjadikan perjalanan ke taman ini semudah mungkin terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga.
"Dengan perkhidmatan hingga ke muka pintu ini, pelawat boleh mengunjungi taman ini dengan selesa dan boleh merasa pasti bahawa perjalanan mereka kurang meletihkan," katanya.
Beliau berkata, bagi mereka yang berminat untuk memandu sendiri, taman ini mempunyai lebih 3,500 ruang parkir. - Bernama

Subhanallah! Sesuatu Terjadi Di Atas Pusara Ammar Selepas Pemergiannya

Hari Siapa masih ingat lagi tentang kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Ammar. Pemergiannya cukup dirasai kerana jasa almarhum dalam memperjuangkan Islam. Ahmad Ammar antara insan sering menyertai misi-misi kemanusian di luar negara. Pada kali ini, ibu bapa Ahmad Ammar telah enziarahi pusaranya di Turki. Subhanallah! Bunga-bunga di atas pusaranya kembang segar mekar. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Hari ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarah pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.


Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.

Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi empat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

 Jasad sahabat Rasullulah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.
         
Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Azizi berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bunga mekar.
Penulis hari ini turut berongsi sebuah video petikan dari program Mimbar Pencetus Ummah terbitan Astro apabila menjemput Ahmad Azam dan Nur Azlina berbicara bersama penonton mengenai anaknya seorang pemuda kesayangan umat Islam Ahmad Ammar.
Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak.
Sumber : kisahbest.my

Perbualan Terakhir Allahyarham Ahmad Ammar Dengan Kakaknya

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahidAhmad Ammar. 

Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW ,Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. InsyaAllah.

 

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.Ahmad Ammar  Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A. Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar. Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım . Perancangan ALLAH SWT. Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Salam. HAJI AMIDI ABD MANAN, Presiden ABIM. Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar. Sesungguhnya anda memang hebat dan menjadi tauladan yang baik kepada kami yang masih hidup. Diusia masih muda, terlalu banyak sumbangan kepada agama telah anda berikan sedangkan kami masih lagi alpa di sini. Terima kasih Ahmad Ammar. Damailah kamu di sana.






AHMAD AMMAR AHMAD AZAM PELAJAR MALAYSIA DIMULIAKAN DI TURKI

KUALA LUMPUR - Kerajaan Turki memberi layanan luar biasa ke atas seorang remaja Malaysia yang meninggal dunia setelah dilanggar sebuah ambulans di negara itu apabila dia dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul yang turut menempatkan 60 pusara sahabat Nabi.

Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam (gambar kecil), 20, yang meninggal dunia pada 2 November lalu dikebumikan di tanah perkuburan itu yang turut menempatkan orang kenamaan Turki pada 4 November setelah mendapat keizinan Datuk Bandar Istanbul.

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi itu merupakan penuntut tahun dua jurusan Sejarah di Universiti Marmara (Goztepe).

Dia juga sedang mendalami ilmu Tafsir dan hampir tamat pengajian.

Abang ipar Allahyarham, Muhammad Suhail Ahmad berkata, masyarakat Turki amat memandang tinggi terhadap Ahmad Ammar yang hampir menamatkan pengajian ilmu Tafsir sekali gus melayakkannya menjadi guru agama.

"Bapa Allahyarham pula sentiasa memberi galakan kepadanya supaya sentiasa mendalami ilmu agama selain mempelajari ilmu sejarah di negara Turki itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kisah Ahmad Ammar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu mendapat liputan meluas menerusi rangkaian laman sosial di negara ini terutama YouTube dan Facebook.

Tinjauan Kosmo! di laman YouTube mendapati sebuah video yang dimuat naik pada 17 November lalu bertajuk "GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013)" telah ditonton 695,504 kali.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2lMdJVMid

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam





Roboh Masjid Punca Filipina Dilanda Taufan Haiyan, Taufan Paling Dasyat Di Dunia?

 Sedih dan kesian apabila melihat bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 4000 nyawa.
Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.

Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.

Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.
Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.



Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan – Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.
Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.



 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in