Showing posts with label INFOsihat. Show all posts
Showing posts with label INFOsihat. Show all posts

Titik Feng Fu



As Salam,

Sedikit perkongsian ilmu untuk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya....

Khasiat Biji Selasih


Dapat mengurangkan panas badan.
Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.

Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
Selamat mencuba

10 KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH APPLE





Ramai di antara kita yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal. Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai masakan seperti Pie atau pencuci mulut, buah apple mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan.
Epal merupakan sejenis tanaman saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga mawar (Rosaceae), dan juga antara tanaman yang paling banyak di tanam di dunia. Pokok epal berasal dari Asia Barat, Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultiva epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari penanti yang sama
10 Khasiat Dan Kebaikan Buah Apple
1) Baik untuk kesihatan
Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.
2) Baik untuk melawaskan perut dan sembelit
Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.
3) Risiko kanser rendah
Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.
4) Mengandungi serat yang tinggi
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
5) Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan
Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
6) Baik untuk menghalang penyakit jantung dan canser
Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
7) Membantu proses mengawal berat badan.
Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapatmemberikan kita tenaga.
8) Bebas kolestrol dan lemak
kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan
9) Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
10) Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin
vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. 
Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:
01: Kulit lebih lembut dan halus;
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
02: Melancarkan peredaran darah;
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
03: Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
04: Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
05: Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
06: Meningkatkan sel darah putih;
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
Selamat mencuba & selamat beramal..('',)..

Lemon & Limau Nipis


Dulu saya selalu teragak² everytime nak beli lemon or limau nipis time shopping.  Bukannya apa.. bimbang x habis, last² kering je dalam fridge.  Dahla harga limau nipis & lemon ni agak mahal.

Kebetulan time saya search cara untuk masak hummus, saya jumpa teknik yang bagus & mudah untuk menyimpan lemon.  Sekarag ni saya memang dah x ragu² lagi.. in fact my husband boleh order honey & lemon panas anytime dia nak.  

Ok.. caranya mudah aje, BEKUKAN LEMON OR LIMAU NIPIS tu. Paling saya suka dengan teknik ni, lemon akan jadi lebih juicy (tak perlu la kita guna teknik gelek²kan lemon or lime tu untuk dapatkan banyak jus).  Biasanya saya keluarkan lemon around 5 mins  before guna, then just slice macam biasa.  

Saya tak perah lemon tu, biasanya saya terus letak 1-2 slices dalam air minuman. Untuk buat lemon chicken, saya biasa guna 1 biji lemon utk 1/2 ekor ayam, terus perapkan saja ayam dengan hirisan lemon...

Ada lagi satu teknik untuk dapatkan perahan lemon, cucuk² lemon dengan garfu & panaskan dalam microwave sekejap.. (saya x pasti berapa lama coz saya x pernah try..).  Mengikut petua ni, jus akan keluar sendiri.. tak perlu susah² untuk potong & perah.

CARA MAKAN KISMIS DENGAN BETUL



Ramai kawan-kawan bertanya pada saya. "orang kata, nak pandai atau cepat menghafaz,cubalah makan kismis. tapi dah banyak makan,berkotak2 beli tapi tak jadi apa2 pun" pernah terjadi kat diri anda? saya sendiri pernah alami. petua ini dari ayah saya sendiri.
1. cari kismis, seeloknya kismis hitam.
2. ambil kismis dalam jumlah ganjil.mula dengan 3,5,7,9 & seterusnya.
3. selawat 3kali
4. makan.(niat dalam hati untuk menghafaz atau belajar)
no 4. kebanyakan orang salah buat. ade yg terus masukkan semua kismis,kunyah kemudian telan. cara yang sebenar makan kismis adalah dengan menghisap kismis sehingga rasa tawar,kemudian baru kunyah telan. kerana dengan menghisap,khasiat kismis akan terus sampai ke otak. begitulah cara nabi makan kismis.


khasiat ubatan yang terkandung di dalam buah anggur diantara lain adalah: 

1. Mengurangkan risiko serangan jantung. – Anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya bolih mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung. 

2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.

4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang). 

5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.

6. Alzheimer – Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.

 7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

 8. Risiko kanser – Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.



SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL.

BUAH TIN KAYA NUTRIEN

Biarpun buah tin kering boleh dibeli sepanjang tahun, buah tin segar memiliki rasa unik dengan tekstur segar yang membuatkan sesiapa saja teringin untuk menjamahnya. Isinya penuh dengan biji rangup, mempunyai rasa manis dan sedikit liat ketika dikunyah, menjadikan buah tin antara makanan popular di seluruh dunia.
Ia buah yang digemari ramai sejak zaman lampau dan bangsa Rom purba menganggapnya buah suci hingga mereka membuat undang2 melarang buah itu dieksport ke laur negara. Buah tin memiliki warna berbeza mengikut jenisnya dan kebanyakan yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk kering supaya ia boleh dinikmati sepanjang tahun.
Bagi memiliki buah tin segar terbaik dan penuh antioksidan, pilihlah yang masak sepenuhnya. Sekiranya memilih buah tin kering, hanya beli yang lembut, bebas kulat dan harum baunya. Buah tin segar perlu disimpan didalam peti ais dan diletakkan dalam bekas bertutup bagi mengelak ia dirosakkan oleh makanan lain ataupun mengering. Selain rasanya yang sedap, buah tin juga menawarkan khasiat kepada kesihatan berikutan kaya pelbagai nutrien penting. Disini disenaraikan kebaikan buah tin kepada kesihatan.
1.Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Buah tin kaya dengan potasium iaitu sejenis mineral yang membantu mengawal tekanan darah. Ramai dalam kalangan kita kurang mengambil buah atau sayuran secukupnya, sebaliknya lebih banyak makan makanan penuh kandungan garam hingga menyebabkan tekanan darah meningkat. Makanan yang kaya potasium seperti buah tin mampu memberikan kesan ketara kepada kesihatan diri sekiranya diamalkan secara konsisten dalam diet harian.
2.Menurunkan berat badan
Buah tin adalah sumber serat yang baik dan mampu membantu penghadaman selain memberi rasa kenyang berpanjangan, seterusnya mengawal berat badan. Pengambilan serat yg tinggi mampu melindungi wanita yang sudah menopaus drpd barah payudara. Satu kajian membabitkan 51823 wanita menopaus selama lapan tahun mendapati terdapat pengurangan risiko sehingga 34 peratus bagi kumpulan yang mengambil serat yg tinggi dalam diet mereka.
3.Membantu pesakit diabetes
Daun buh tin juga mempunyai peranan dalam menjaga kesihatan kerana ia memiliki bahan anti diabetik yang mampu mengawal jumlah insulin diperlukan bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin.
4.Menjaga kesihatan kardiovaskular
Daun buah tin juga mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan lemak dalam saluran darah serta melindungi diri dengan menghalang pertumbuhan sel darah.
5.Melindungi diri dari kemerosotan makular
Buah tin mampu melindungi penglihatan yg merosot disebabkan faktor usia semakin lanjut.
6.Mengelak masalah sembelit
Kandungan serat yg tinggi iaitu kira2 lima gram serat bagi tiga biji buah tin membantu melancarkan fungsi usus, seterusnya mengelak sembelit. Bukan saja usus menjadi sihat, buah tin turut menyelesaikan masalah perut meragam dan juga cirit birit.
7.Menghindari kanser kolon
Serat yang ada dalam buah tin meransang penyingkiran radikal bebas dan bahan penyebab kanser dalam kolon.
8.Menguatkan tulang
Buah tin kaya dengan kalsium dan fosforus. Bukan saja menguatkan tulang san mengurangkan risiko osteoporosis, ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang dan memperbaiki bahagian tulang yang rosak.
9.Melegakan sakit tekak
Lendir yg banyak didalam buah tin memiliki sifat penyejuk dan mampu merawat sakit tekak serta melindungi tekak drpd masalah kesihatan. Malah lendir itu adalah jus semula jadi yg melegakan kesakitan pada kerongkong dan peti suara.


Tips Minum 8 Gelas Air Pada Bulan Ramadhan

Jika anda masih tercari-cari tips minum air banyak semasa di bulan puasa ini, saya kongsikan dengan anda di bawah.

Air sangat penting untuk kita...  Setiap hari kena cukupkan minum 8gelas air... Kalau tak... Badan lesu... Dan buah pinggang pun boleh rosak...

Bagi ibu menyusu lagilah kena banyak minum air...  

Tips ni sangat berguna... Tak susah sebenarnya.. Cuma kena disiplin dan istiqamah... 

Untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 8 gelas air putih, cuba bahagi-bahagikan pengambilan air kosong mengikut masa ini :
  • 1 gelas selepas bangun tidur untuk bersahur
  • 1 gelas selepas selesai makan sahur
  • 1 gelas selepas azan maghrib, sebelum makan makanan berat
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan makanan berat
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur
Nah..!!

Selamat berpuasa saya ucapkan buat anda. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah.
Akhir kata, jaga kesihatan. Minum air secukupnya, dan jangan culas ambil suplemen anda ya.

Pencuci Mulut Sebelum Makan Bukan Selepas Makan




Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama.  Namun, amalan ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.  Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama.

Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.  Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.  Jadi, walaupun kita makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Buah amat disarankan untuk makan ketika sarapan.  Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus berbanding makan sepinggan nasi berserta lauk-pauknya lebih diutamakan.  Ini adalah kerana buah boleh membantu kita meningkatkan gula darah dalam tubuh dengan perlahan.  Selain itu, makan buah yang sihat sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti  mayones atau aiskrim.

Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar.  Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah yang diproses, di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus.  Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum.


info:mingguanwanita


Epal Hijau

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

5 Petanda Awal Kanser Yang Kerap Kita Abaikan !!!

WAJIB BACA...Waspada !!! 
SEBUT sahaja perkataan ‘kanser’ ramai mula membayangkan kesakitan dan risiko kematian akibat penyakit tersebut....
Namun apa yang lebih menakutkan, tidak ramai mengetahui diri mereka menghidap kanser sehinggalah ia sudah merebak dan hanya dikesan pada tahap akhir....
Kajian oleh pakar perubatan Barat menunjukkan terdapat lima gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin petanda awal kepada penyakit tersebut:
1. Batuk untuk tempoh yang lama dan suara serak
Batuk yang kerap muncul dan hilang biasanya dikaitkan dengan gejala alergi. Namun, jika ia tidak sembuh-sembuh dan disertai dengan darah, maka anda harus berwaspada kerana ia mungkin petanda awal kanser paru-paru. Pemeriksaan X-ray perlu dilakukan bagi mengesahkan penyakit tersebut....
2. Kesakitan yang berlarutan dan tidak dapat dijelaskan
Tidak semestinya sesuatu kesakitan disebabkan oleh kanser. Namun jika ia berlarutan untuk jangka masa panjang, ada baiknya anda melakukan pemeriksaan. Contohnya jika anda mengalami sakit kepala berterusan, siapa tahu mungkin ia ada kaitan dengan kanser otak? Begitu juga dengan kesakitan lama di kawasan dada atau perut yang mungkin petanda kepada kanser paru-paru dan ovari...
3. Perubahan saiz tahi lalat
Jika anda melihat saiz tahi lalat pada kulit anda bertambah besar daripada saiz asal, apa kata anda lakukan pemeriksaan walaupun ia mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanser kulit. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, betul tak?
4. Pendarahan abnormal
Pendarahan faraj yang tidak normal (di luar kitaran haid) boleh menjadi tanda awal kanser serviks, manakala pendarahan yang keluar dari dubur pula boleh jadi petanda awal kanser usus....
5. Penurunan berat badan yang tidak normal
Sesetengah orang mungkin teruja apabila berat badan mereka menurun khususnya bagi yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, jika ia menurun secara tiba-tiba tanpa ada usaha seperti berdiet ataupun bersenam, mungkin itu petanda kepada penyakit kanser. Segeralah rujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut....

Potong Kuku Ikut Sunnah Rasullulah saw

Memotong atau memendekkan kuku ialah membuang hujung kuku sama ada kuku tangan atau kaki sehingga rapat pada kulit di bawah kuku serta mencucinya. 

Kuku yang panjang melebihi kulit di bawah kuku akan menjadi tempat pembiakan kuman, bakteria dan virus. Hal ini kerana kuku selalunya digunakan untuk menggaru gatal, mengambil dan membuka sesuatu sehingga kekotoran terkumpul di celah kuku. 

Memotong kuku termasuk dalam perkara fitrah manusia. Ia tidak sepatutnya dibiarkan panjang dalam tempoh lama kerana melambangkan penampilan seseorang itu yang tidak bersih dan tidak terurus. 

Lebih penting ia perlu selalu dipotong supaya tidak menyerupai gelagat sesetengah orang kafir yang menyimpan kuku. Ini selaras dengan sabda : Nabi saw , maksudnya: " Sesiapa yang menyerupai suatu kaum , maka dia termasuk daripadanya." (Riwayat Ahmad)

 Hukum 

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat, sebagaimana
dinyatakan dalam hadis daripada Aisyah ra bermaksud : "Sepuluh perkara
yang sebagai fitrah (sunnah) ; memotong misai, memelihara janggut,
bersugi memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-
sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air 
(beristinja)..." (Riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Hikmahnya ialal melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.


Cara Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula  dari tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.


Menurut Imam Nawawi , sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan kesekuruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelengkeng diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari. 

Sementara kuku kaki , bermula kaki kanan daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu , kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehingga kelengkeng. 

Harus seseorang memotong kukunya menggunakan gunting, pisau atau alat khas seperti pemoong kuku yang tidak mendatangkan mudarat. 

Selesai memotong kuku dianjurkan membasuh tangan. Ini kerana jika seseorang itu menggaru badan sebelum tangan dibasuh dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit. 

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta. 

Waktu Potong Kuku 

Bila-bila masa diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak berbuat demikian . 

Menurut Imam Syafie , sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat junaat, sebagaimana disunatkan  mandi, bersugi, mengenakan haruman dan berpakaian kemas sebelum ke masjid. 
Bagi Ibnu Hajar ramimahullah sunat memotong kuku pada hari khamis atau pagi Jumaat atau pada hari Isnin . 

Perbuatan lepas Potong Kuku 

Potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia juga termasuk anggota manusia . Dinyatakan dalam Fath al-Bari,Ibnu Umar ra menanam potongan kuku.



Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

Sumber : BH , Ruangan Addin  

KHASIAT DAUN KUCAI

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Daun kucai juga mengandungi vitamin-vitamin yg sangat tinggi dan berfungsi utk menambah selera makan. Caranya : - Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih. - Patah-patahkan - Tuang air suam 1/2 baldi kecik saja, rendam kucai - Mandikan anak macam biasa, pastu baru mandikan ank dengan air yg direndam dgn daun kucai td.(katanya mandi waktu petang) - Tuangkan sehingga 3-4 sedok air bersama-sama daun tersebut. - Urut-urutkan dada & belakang dada ank. - Bersihkan daun-daun yg melekat kat bdn ank. - Tidak perlu dibilas dengan air biasa.



AURA DAN WARNA MENGIKUT HARI

Pilihan Warna Untuk Terapi Mengikut Kesesuaian Hari.

Isnin.

Warna Putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Warna Putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna Putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga Putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya'ALLAH.



Selasa.

Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari Selasa. Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian warna Ungu, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta-merta dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata. Adalah disarankan agar anggota bomba & pasukan penyelamat perlu menukar pakaian ke warna Ungu sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah / aktif yang berlebihan) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.



Rabu.

Warna Biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.



Khamis.

Warna Kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna Oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.

Kemuncak warna Kuning ialah pada sepanjang waktu siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya (barangkali ini antara salah satu asbab+hikmah, kita yakni umat Muhammad, digalakkan Berpuasa Sunat pada setiap hari Isnin & KHAMIS). Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna Oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.



Jumaat.

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-Paru.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah Solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan yang menakjubkan berbanding pada hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu Solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-Paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.



Sabtu.

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna Merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah, Otot, Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari Sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ berwarna Merah ini pada hari yang lain selain Sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasai kesakitan dalam proses penyembuhan, berbanding jika dimulakan sesi rawatan pada hari Sabtu (kesakitan yang dirasai jauh lebih ringan).



Ahad.

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah pergerakan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Pergerakan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh, tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana (keseluruhan) bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyelerakan zarah yang tidak stabil (tidak menentu), pakaian berwarna Hitam pada hari Ahad adalah paling sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudharatkan. Para Pengamal Seni Pertahanan Diri (lazimnya Seni Persilatan) yang mengenakan tali pinggang Hitam dan pakaian Hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.


Defisini Resonan Warna Hari.

Resonan bermaksud "Match" sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna yang dominan pada hari yang tertentu itu.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi pada hari tersebut.


Hari Isnin sebaiknya berpakaian warna Putih.
Hari Selasa sebaiknya berpakaian warna Ungu atau Pink.
Hari Rabu sebaiknya berpakaian warna Biru.
Hari Khamis sebaiknya berpakaian warna Kuning atau Oren.
Hari Jumaat sebaiknya berpakaian warna Hijau.
Hari Sabtu sebaiknya berpakaian warna Merah.
Hari Ahad sebaiknya berpakaian warna Hitam.

Pakaian tidak semestinya perlu pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan pelbagai warna mengikut citarasa sendiri, tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.


Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah rujuk di laman web tu.
Saya pun budak baru belajar.....hehehe...

Tapi, yang musykilnyer ni....akak banyak koleksi baju warna coklat...hari apa nak pakai ni? Herm...

FAKTA TENTANG COKLAT.








Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri.

Coklat tidak menggemukkan.

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.

Penghidap diabetes boleh makan coklat.

Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasiahat pakar pemakanan.

Coklat tidak sebabkan sakit jantung.

Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in