Showing posts with label My Sharing. Show all posts
Showing posts with label My Sharing. Show all posts

CARA MEREBUS TELUR


Merebus telur

1. Jarak antara telur.
Jarak antara satu telur dengan telur yang lain. Jangan masukkan terlalu banyak telur dalam satu masa
kerana boleh menyebabkan telur berlaga satu sama lainnya sehingga mungkin kulit akan retak dan putih telurnya akan keluar. Selain itu, pastikan air lebih tinggi dari telur, atau sampai telur tenggelam.

2. Jangan memasak telur terlalu lama.
Ramai orang merebus telur terlalu lama untuk memastikan telurnya masak sekata, terutama bahagian kuning telurnya. Tetapi memasak telur terlalu lama menyebabkan tekstur telur tidak cantik.

3.Untuk dapat tekstur telur rebus yang cantik jangan merebus terlalu lama iaitu rebus dalam masa 15 minit.



Merebus telur 3/4

1. Jarak antara telur.
Jarak antara satu telur dengan telur yang lain. Jangan masukkan terlalu banyak telur dalam satu masa kerana boleh menyebabkan telur berlaga satu sama lainnya sehingga mungkin kulit akan retak dan putih telurnya akan keluar. Selain itu, pastikan air lebih tinggi dari telur, atau sampai telur tenggelam.

2. Jangan memasak telur terlalu lama.
Ramai orang merebus telur terlalu lama untuk memastikan telurnya masak sekata, terutama bahagian kuning telurnya. Tetapi memasak telur terlalu lama menyebabkan tekstur telur tidak cantik.
3.Untuk dapat tekstur telur rebus yang cantik jangan merebus terlalu lama iaitu rebus dalam masa 15 minit.





Merebus telur cukup masak ( keras)

*Untuk telur masak penuh(keras).
*Jangan buka tutup periuk
* Rebus telur selama 15 minit.
* Kemudian keluarkan dari periuk.
* Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.
*Jika ingin guna dengan segera,kupas telur dengan air paip yang mengalir.



Merebus telur setengah masak

*Untuk telur masak penuh(keras).
*Jangan buka tutup periuk
* Rebus telur selama 15 minit.
* Kemudian keluarkan dari periuk.
* Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.
*Jika ingin guna dengan segera,kupas telur dengan air paip yang mengalir.

Cara merebus telur

*Pastikan cuci terlebih dahulu kulit telur.
*Cuci guna span dan air bersih.
*Kemudian pastikan air menenggelami telur.
*Masa merebus pastikan jangan isi telur dalam periuk terlalu banyak.
*Jika isi telur terlalu banyak akan menyebabkan telur akan berlaga satu sama lain.
*Menyababkan kulit telur retak dan putih telur akan megalir keluar.
*Jangan rebus telur terlalu lama.
*Jika terlalu lama tekstur tidak cantik.
*Peringkat telur rebus masak:
1. Dalam 3 minit, putih telur mengeras dan kuning telur masih cair.
2. Dalam 4 minit, putih telur mengeras dan kuning telur masih lembik.
3. Dalam 10 minit, putih dan kuning cukup mengeras.
4. Setelah 20 minit menjadi terlalu matang (overcooking). Putih telur menjadi seperti karet/kenyal, kuning telurnya menjadi kering dan mudah hancur kalau dipotong. Disekeliling kuning telur menjadi bergaris-garis.

Kupas kulit telur rebus

*Bila telur sudah masak,tutup api dan anggkat.
*Rendam dalam bekas yang berisi air sejuk @ ais.
*Bila dah sejuk baru kupas telur rebus tadi.
@
*Bila telur sudah masak,tutup api dan angkat.
*Buang air rebusan tadi,gantikn dengan air paip biasa.
*Rendam hingga telur sejuk baru kupas kulit telur.
@
Bila telur sudah masak,tutup api dan angkat.
*Buang rebusan tadi.
*Ketuk sedikit telur rebus tadi supaya kulit jadi retak.
*Kemudian kupas telur dibawah air paip yang mengalir.
@
*Bila telur sudah masak,tutup api dan angkat.
*Biarkan telur hingga sejuk.
*Bila dah sejuk ketuk sedikit telur hingga retak.
*Kemudian gelek-gelek telur diatas papan canai supaya kulitnya retak keseluruhnya bagi mudah di kupas telurnya.


Kuning telur ditetap di tengah

*Ketika merebus telur kacau telur selalu senduk kayu.
* Semasa kacau telur jangan erlalu kuat takut pecah pula telur terhantuk sesama sendiri.
*Bila telur telah masak,biar sejuk baru kupas kuitnya.
*Kemudian potong telur rebus tadi,kuningnya duduk ditengah.


Masalah kupas telur rebus

*Bila telur sudah masak tidak dibiarkan hingga benar-benar sejuk
*Terus direbus dalam keadaan sejuk.
*Iaitu baru dikeluarkan dari peti sejuk terus direbus.


Carta tetapan masa merebus telur



Kenapa telur rebus yang anda rebus pecah…..???

*Semasa merebus telur,air rebusannya sikit tidak menenggelami telur.
*Merebus terlalu lama hingga air rebus kurang menjadi sikit.
*Merebus telur dengan kuantiti yang terlalu banyak.
*Jika isi telur terlalu menyebabkan telur akan berlaga satu sama lain.
*Hingga tiada luar antara telur sesame telur yang direbus.

Atasinya dengan

*Pastikan air rebusan telur banyak.
*Iaitu air mesti menenggelami telur yang ingin direbus.
*Merebus telur jangan terlalu lama hingga air rebusan menjadi sikit.
*Cukup selama 15minit merebus telur dengan api sederhana kuat.
*Yang penting jangan isi telur terlalu banyak dalam periuk.

Cara2 memakai shawl dengan mudah dan cantik!

Assalammualaikum, salam ISNIN.
Saya sharekan gambar cara memakai shawl yang saya google.
Semoga membantu.

from internet...

Jom ‪#‎share‬ kt kawan2 lain dear!





JANGAN BUNUH SEMUT!!



kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh



Nabi SAW pernah berpesan, kalau ternampak banyak semut di dalam rumah, ucaplah;

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s,
Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya. 
Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"


Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/
sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam
ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab
semut2 ni adalah rakyat Nabi
Sulaiman a.s..Semut2 ni juga
serangga yg sentiasa berzikir
kepada Allah s.w.t. sepanjang masa..

Kisah semut ni pun ada di
dalam Al-Quran..

Cintai Rasulullah s.a w. dengan
mengamalkan segala sunnahnya..


Tegurlah mereka dengan salam ke atas Nabi Sulaiman a.s seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Semut juga merupakan salah satu binatang yang namanya disebut di dalam Al-Quran selain dari lebah. Kisah semut terdapat di dalam Al-QuranSurah An-Naml (ayat 18-19);
*An-naml bermaksud semut.

A018 
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
sumber : http://www.surah.my/27#18

A019 
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". 


Hadis juga ada menyebut tentang larangan membunuh semut-semut ini.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda: 

"Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?" 
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: 

" Ketika salah seorang para nabi duduk berehat di bawah pokok, seekor semut telah menggigit beliau. Kemudian dia memerintahkan bungkusannya dipindahkan dari bawah pokok tersebut dan memerintahkan sarang semut itu dibakar. Lalu Allah menurunkan wahyu: 'Adakah mencukupi dgn membakar hanya kerana seekor semut yg mengigitmu'?" 
(Hadis Riwayat Bukhari) 

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah 
(Hadis Riwayat Abu Daud)  

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, dapat difahami bahawa kita dilarang membunuh semut. Semut yang dilarang bunuh itu ialah semut besar (semut Al-Sulaiman) kecuali ada alasan yang munasabah. Akan tetapi, semut-semut kecil yang selalu menganggu dan merosakkan boleh dibunuh.

Ada juga yang berpendapat bahawa membunuh semut bukan dengan cara membakar tetapi dibolehkan dengan menggunakan racun serangga.

AURA DAN WARNA MENGIKUT HARI

Pilihan Warna Untuk Terapi Mengikut Kesesuaian Hari.

Isnin.

Warna Putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Warna Putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna Putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga Putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya'ALLAH.



Selasa.

Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari Selasa. Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian warna Ungu, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta-merta dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata. Adalah disarankan agar anggota bomba & pasukan penyelamat perlu menukar pakaian ke warna Ungu sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah / aktif yang berlebihan) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.



Rabu.

Warna Biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.



Khamis.

Warna Kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna Oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.

Kemuncak warna Kuning ialah pada sepanjang waktu siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya (barangkali ini antara salah satu asbab+hikmah, kita yakni umat Muhammad, digalakkan Berpuasa Sunat pada setiap hari Isnin & KHAMIS). Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna Oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.



Jumaat.

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-Paru.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah Solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan yang menakjubkan berbanding pada hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu Solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-Paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.



Sabtu.

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna Merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah, Otot, Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari Sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ berwarna Merah ini pada hari yang lain selain Sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasai kesakitan dalam proses penyembuhan, berbanding jika dimulakan sesi rawatan pada hari Sabtu (kesakitan yang dirasai jauh lebih ringan).



Ahad.

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah pergerakan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Pergerakan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh, tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana (keseluruhan) bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyelerakan zarah yang tidak stabil (tidak menentu), pakaian berwarna Hitam pada hari Ahad adalah paling sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudharatkan. Para Pengamal Seni Pertahanan Diri (lazimnya Seni Persilatan) yang mengenakan tali pinggang Hitam dan pakaian Hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.


Defisini Resonan Warna Hari.

Resonan bermaksud "Match" sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna yang dominan pada hari yang tertentu itu.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi pada hari tersebut.


Hari Isnin sebaiknya berpakaian warna Putih.
Hari Selasa sebaiknya berpakaian warna Ungu atau Pink.
Hari Rabu sebaiknya berpakaian warna Biru.
Hari Khamis sebaiknya berpakaian warna Kuning atau Oren.
Hari Jumaat sebaiknya berpakaian warna Hijau.
Hari Sabtu sebaiknya berpakaian warna Merah.
Hari Ahad sebaiknya berpakaian warna Hitam.

Pakaian tidak semestinya perlu pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan pelbagai warna mengikut citarasa sendiri, tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.


Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah rujuk di laman web tu.
Saya pun budak baru belajar.....hehehe...

Tapi, yang musykilnyer ni....akak banyak koleksi baju warna coklat...hari apa nak pakai ni? Herm...

15 TANDA KEMATIAN MULIA

Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

BILA INI SUJUD TERAKHIRKU..

Ya Allah..
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..
Ya Rabbi..
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..
Ya Rahman..
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...
Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..
Ya Rahim..
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu
Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..
Ya Malik..
Ku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..
Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....
Aamiin ya Rabbal 'alamin.

TAZKIRAH HARI INI...

Ada orang bangga dengan suaminya...akhirnya suaminya itu CURANG padanya.
Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.
Ada orang bangga dengan hartanya...akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
Ada orang bangga dengan jawatannya... akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.
Ada orang bangga dengan kecantikkannya...akhirnya kena STROK. Habis herot. Hilang kecantikannya.
Ada orang bangga dengan ketampanannya...akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.
Ada orang bangga dengan pimpinannya...akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar BERPECAH-BELAH.
Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.
Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia?
Semua itu Allah bagi pinjam sementara.
Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada.
Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa...
Manusia hari ini suka sangka-sangka...
Ada sangka baik...
Ada sangka buruk...
# Orang beribadah disangka riak.
# Orang rileks disangka malas.
# Orang berpakaian baru disangka menunjuk.
# Orang berpakaian buruk disangka hina.
# Orang makan banyak disangka pelahap.
# Orang makan sedikit disangka diet.
# Orang yang senyum disangka mengejek.
# Orang yang masam disangka merajuk.
# Orang berbincang disangka mengumpat.
# Orang yang diam disangka menyendiri.
# Orang yang menawan disangka menggoda.
# Orang yang ceria disangka mengada.
# Orang yang bertanya disangka menyibuk.
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah...
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa...
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat...
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah...
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya...
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya...
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya...
Justeru…
Sesuatu perkara yang kita lihat...
Jangan suka sangka-sangka.
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa.
Kerap sangka-sangka mengundang celaka.
Jangan terlalu bersangka-sangka.
Jauhi sikap bersangka-sangka.
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai orang2 yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."(AlHujurat:12)
Mari kita belajar ABC...Z
A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
Muhammadur Rasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in