Showing posts with label chef at home. Show all posts
Showing posts with label chef at home. Show all posts

ROTI OH ROTI

ThrowBack..... Ceritera Sunday

Alhamdulillah, Saya bukanlah pro dalam bidang bakery, terutama sekali roti, tetapi dari pengalaman & teknikal berguru dan hasil tanya pakcik google ...hasil roti buatan sendiri 

Dulu saya ambil tempahan roti memandagkan masa yang tak mencukupi sekarang saya fokus pada tempahan kuih talam ...meroti ni seminggu sekali buat untuk makan family Alhamdulillah...wat sendiri lagi best dari beli kat kedai...poket pon tak kempis...hehee

Hasil membaking with putraku Irfan Semoga memberi manfaat kepada anak-anak yang suka main doh ...Sayang u ollss.....lepas adik exam nanti kita main doh dan masak2 lagi ok....


lihat hasil keras tangan kami...cicah dengan mushroom soup ... terbaekkk dari dapor ibu :-) 






Hari2 meghoti tak  jemu2 budak2 ni makan....hari ni wat bun kacang merah , mini sosej pizza & mix herb garlic bread....coti2 sek ni lapo saje bebudak ni....kuo masuk, kuo masuk......tau2 habeh doh.....



RESEPI : Chewy Brownies

Assalammualaikum , mai rapat2 Ibu ZIE belanja resepi Chewy brownie yang rich with chocolate and flavor smile emoticon, ibu guna aje saki baki lebihn bahan kat dalam kabinet tu maka terhasil lah brownies yang super best ni , walnut semua tak de yang tinggal lebihan badam london almond apa lagi belasah aje....ni resepi kawan ibu harus di cuba memang sedap kebetulan semua anak2 ibu yang di hostel ada balik minggu nie dok pikir apa nak  di bakar so terhasil  brownies yummy delicious muhahah ...irfan suka lepas satu satu  di ngapnya ....jom skodeng resepi Chewy Brownies ni ...


Chewy brownies

Bahan A
250 gm butter (nk sedap anchor semestinya)
400 gm dark chocolate (coklat masakan)
Bahan B
6 biji telur gred A
310 gm Gula perang
2 tsp Esen vanilla
1 tsp Kopi/coklat emulco
80 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko
1/2 tsp baking powder
150 gm Almond/walnut atau kekacang lain, ikut suka hampa la.
Cara-cara
1.Double boiled bahan A sehingga mencair.
2.pukul bahan B sehingga sebati dan gula hancur. handwhisk ja
3.tuang adunan coklat dan gaul asal sebati
4.masukkan tepung,koko dan baking powder. (Ayak dulu semua bhn kering ni) kacau rata shj.
5. Tuang ke dlm acuan 9x9 taburkan kekacang atas brownies dan bakar pd suhu 160°c - 170°c bergantung pd oven masing2 selama 30-40 minit atau sehingga masak.
7.Biarkan sejuk.

nak tahu kesedapannya cuba lah sendiri 

Resepi :Tauhu Sumbat Goreng

KEUNIKAN hidangan tauhu sumbat ini terletak pada rasa ayamnya, kerana cara penyediaan bahan utamanya hanyalah tauhu yang digoreng terlebih dahulu dan isi tahu digaul sekali dengan bahan2 yang lain.

Sekiranya sos yang disediakan sedap maka sajian tauhu sumbat ini juga enak untuk dinikmati.

Menu ini juga akan bertambah enak apabila disajikan bersama nasi putih .

Bagi anda yang masih terfikir-fikir hidangan yang ingin disediakan pada bulan ramadhan, apa kata cubalah resipi ini. 

Bahan-Bahan: ( 10 biji )
1/2 bungkus ayam kisar ramli
1 biji bawang besar (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
Daun sup dan daun bawang (agak2 la)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur
Minyak untuk goreng
5 biji tauhu
Cara Membuat:
1. Mula goreng dulu tauhu seketul-seketul. Lepas goreng, tunggu sejuk dan potong dua.
2. Kemudian keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit yang sebelah luar terkoyak.
3. Untuk inti tauhu, tumis bawang merah dan putih samapi naik bau. Masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak.
4. Kemudian masukan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Taburkan sebuk lada hitam dan putih. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukan daun sup dan daun bawang.
6. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti ke dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.
7. Setelah itu, tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sekali lagi.
6. Setelah masak, boleh dimakan dengan sos cili.


Resepi : Kuih Sagu (kukus)

Selamat Tengahari Sahabat2 Semua..Selamat Menjamu Selera Bagi Yang Sedang Makan Tu Yer..Pastikan Lauk Yang Diambil Tu Berkhasiat Ok...
Haaa..Jangan Lupe Mencuba resepi yang paling senang dan simple nie Untuk Pencuci Mulut Yer..
Kalau Dah kenyang Boleh Buat Minum Petang..smile emoticon




Bahan-bahan
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose
Cara-cara:

1. Didihkan air dalam periuk kukus. Balut tutup pengukus dengan tuala bersih.

2. Dalam periuk yang lain, jerangkan air yang dicampur pewarna merah sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan sagu biji dan kacau rata.

4. Selepas itu, masukkan pula gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "

5. Kukus adunan tersebut kedalam periuk kukusan selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam periuk tetapi apabila di kukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya.

6. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa, siap.
(ZIE masukkan dalam acuan kecil-kecil supaya senang dihidang, tak perlu dipotong-potong).

Selamat mencuba 
heart emoticon smile emoticon

Resepi : APAM Polkadot

APAM Polkadot MZ

Apam Polkadot
Sumber : Sheely MyResipi

Bahan-bahan: (untuk 50 biji papercup medium)
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dalam 6-8 minit lebih kurang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
letakkan filling secukupnya, nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
5. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
6. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15minit @ sehingga masak



APAM Polkadot MZ


RESEPI KUIH KACANG HIJAU




Bahan-Bahan:
.
1 cawan kacang hijau.
3/4 cawan gula pasir.
3 sudu besar kelapa parut.
2 sudu besar tepung gandum.
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil air kapur.
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
.
Cara Penyediaan:
.
Rendam kacang hijau selama satu jam setengah atau sehingga lembut,Kemudian masak sehingga empuk
Apabila air hampir kering, masukkan gula, kelapa dan kacau sehingga kering.
Taburkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati angkat dan sejukkan
Bulat dan leperkan inti kacang,
Dalam mangkuk berasingan satukan tepung, air kapur, garam dan air secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu pekat
Panaskan minyak, celupkan inti kacang yang di bulatkan tadi kedalam tepung, dan goreng sehingga keperangan.
.

Brownies Cheese Versi Kukus

~ Fist time try buat Brownies Cheesecake Versi Kukus.... ternyata kek ni betul2 kaw.... sedap seindah rupanya....bila di kukus memang moist .... lemak berkrim kata my heart emoticon En. Cayang ku.... lepas ni akan selalulah di buat untuk di makan2 sambil santai2.... jika ada nak order pun, zie mengalu2kan coz memang kek ni sedap amat....~

Brownies Cheese Versi Kukus MZ
Brownies:
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor
Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang 7 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.
Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies chesse cake...

Resepi : APAM SUSU AweSome

Assalam...

Assalammualaikum..Salam Pagi Sabtu Yang Ceria..
"Ya Allah Ringankanlah Beban Kami Sekeluarga Hari Ini..Bukakan lah Pintu Rezeki Kami,,Keluarga Kami,Sahabat2 Kami..Berikanlah Nikmat Kesihatan Rohani Dan Jasmani Kami..Agak Kami Dapat Membuat Kebaikan Ya Allah.."
Amin..

APAM SUSU MZ


Hari ni saya nak share resepi apam susu yang paling mudah nak buat. Dah ramai pun yang share resepi apam susu ni..banyak versi juga resepinya..Cumanya cara saya buat ialah guna apa yang ada jer..Tak payah pakai mixer, tak perlu timbang-timbang..cuma sukat guna sudu, cawan dan blend jer..yang penting ada periuk kukus..buat apam susu ni tak perlu nak guna oven..bukan saja mudah, yang pastinya insyaaAllah menjadi resepi ni..


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallette
4 sudu besar susu pekat manis
4 biji telur
2 sudu minyak masak
Pewarna makanan

Cara-caranya:

1. Pukul atau blend telur bersama gula, esen vanilla dan ovallette hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak.
4. Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang anda ingini.

Tips:
Jika anda inginkan corak seperti di atas, mulakan tuang adunan ke dalam loyang dari tengah dan selang selikan mengikut warna. Setelah habis adunan dituang, ambil sebatang lidi dan dan buat garisan dari tepi loyang ke tengah untuk hasilkan bentuk kelopak bunga.


5. Setelah selesai, anda akan lihat rupa adunan apam sebelum dikukus seperti di bawah. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus selama 45 minit-60 minit atau sehingga apam masak. Periksa dengan cucukan garfu. Jika telah masak, garfu yang dicucuk kelihatan bersih dan tidak melekat dengan adunan.

Untuk pastikan wap air tidak menitik di atas apam semasa dikukus, boleh tutupkan bahagian atas loyang secara longgar dengan aluminium foil atau lapik bahagian dalam tudung pengukus dengan kain dan kukus dengan api sederhana. Jika tidak, apam mungkin akan kelihatan menggelembung atau permukaannya tidak rata dan cantik. Selalunya apam akan naik dua kali ganda dengan adunan asal.



APAM SUSU MZ



APAM SUSU MZ

Abaikan berkedut sedikit permukaan atas apam nie...yang penting ianya sedapppp


APAM SUSU MZ

Senang je nak membuatnya, kan?
Lepas ni bolehla cuba yer...


SELAMAT MENCUBA!!

RESEPI : CUCUQ JAWA a.k.a CUCUR UFO

 Assalamualaikum semua... Finally!!! resepi nya dah  lama menuntut dengan MakBondaKu dah lama duk dalam buku hikmat aku..hihihi...semalam 22.4.2014 baru termakbul hajat.....sebab aku nie buat kuih memang boleh di katakan hari2 nak selfie satu persatu apa yang di masak tu yang malas terlampau free sangat dan kerajinan terlebih terhasillah resepi dalam blog nie..hahahaha..


CUCUR JAWA MZ
Cucur Jawa UFO
 ** versi Cik Puan Zie **

1 cawan gula merah #
1/2 cawan gula pasir #
2 cawan air #

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil Baking Powder
1/2 sudu kecil Garam

cara2:
- masak bersama bahan2 bertanda #  hingga larut. sejukkan
- tuang dalam adunan tepung dan garam kacau sebati dengan handwhisk kalau tak ada ..korang sendukkan ajer pun bleh.. then tapis kan..takut ada tepung ketul2 lagi...
- perap adunan sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman .. lagi lama lagi bagus

 - panaskan minyak sedikit 
(bukan banyak macam deep fry yer, cukup sekadar dapat goreng 1 keping cucur )
minyak  dan api kena maintain kepanasanya..
jangan plak main kejap besar kecip kecik api tu..hihi..kena banyak sabar ok

 - sendukkan adunan dalam minyak dan goreng hingga bahagian tengahnya menggelembung.
 baru di terbalikkan
- goreng satu per satu hingga habis


CARA GORENG CUCUR JAWA
Masukkan satu senduk adunan
biarkan hingga buncit atas tu dah kering...baru
terbalikkan


cucur ini masak dari bahagian tepi then perlahan-lahan ke tengah
 memang dia masak bek bek bek..sabo jer kena tunggu
dah nama kuih tradisional kan..

CARA GORENG CUCUR JAWA MZ
taraaa...UFO dah jadi...practise make perfect


 CUCUR JAWA MZ

waiting suamiku encik perfect 10...semalam ada balance 3keping ...
pagi tadi encik perfect 10 abisss kan :-)



so korang cuba jangan x cuba...sebab gerenti jadi....jaminan boleh kerat tangan... makan banyak bleh kerat kaki.....kurangkan manis dalam masakan

kalu x jadi boleh tinggal makian di sini.....gulpsss..statement...hihihihi...

Resepi : ROTI SARANG LEBAH

Assalamualaikum semua!!

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bernafas dibumiNya ini..

Harini zie nak share satu resepi yang sememngnya jadi pilihan pelanggan  dikala membuat tempahan.. Roti Sarang Lebah!!

Cekedaut!!




ROTI SARANG LEBAH 
Step1
3 cwn Tepung Gandum/ Tepung Roti
4 sudu makan Gula Kastor
2 sudu makan Susu Tepung
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan2 dalam mangkuk besar buatkan lubang di tengahnya.
Step 2
2 sudu teh yis kering*
1 sudu teh gula kastor*
1/4 cwn air suam2 kuku*
Satukan semua bahan bertanda* biar hingga yis bebuih
2 sudu makan butter
1 biji telur
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
Bila yis dah kembang masukan semua bahan2 yang lain ke dalam tepung uli sebati...adunan memang agak lembik..jangan tambah tepung….uli adunan hingga licin dan biarkn doh naik sekali ganda dalam 1/2 jam.bila doh dah naik tumbuk2 doh keluarkan angin.
Bulatkn doh seberat 15-18gm dan susun dalam loyang yang disapu butter.
Rehat kan doh sehingga doh naik 2 kali ganda 50- 1 jam. (tengok keadaan cuaca jugak ye)
Sedia untuk bakar
Spray/sapu air + susu cair ke permukaan roti dan tabur kekacang dan bijan hitam.
**panaskan over terlebih dahulu 10minit
Suhu 180 atas bawah
***bila dah masukkan roti ke dalam oven gunakan api bawah sahaja dulu bakar selama 15minit.
Kemudian naikkan suhu api atas 180
Tambah masa bakar lagi 5 minit. (time ni guna api atas bawah ye)
Tengok oven masing2 jugak, kadang2 sushu x sama. (jadi masa proses pembakaran kena intai2 takut roti hangus)
Bila dh keluarkan roti dari oven Sapu butter prmukaan roti untuk menggelakkan roti kering;
Noted 1: Untuk mendapatkan doh yang cantik dan elastik sebaiknya menggunakan mixer uli roti. / Bread Maker.
Noted 2: Kalau suka nak tabur Cheese, krismis dan mixfruit juga boleh. ikut kreativiti masing2.
Sos Butterscotch
25gm butter
½ cwn gula perang (bukan gula merah ye)
½ cwn whipping cream
Secubit garam
½ sudu tehh asen vanilla
~ Dengan api perlahan cairkan butter dalam periuk, masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair/berbuih.
~ Tuangkan Whipping Cream perlahan2 sambil mengacau.
~ Masukkan garam, asen vanilla dan bila semuanya sebati tutup api, biar sejuk dan sedia untuk digunakan sebagai topping roti.

Note: Make sure semua bahan tersedia kat dapur sebelum masak. (sebab sos ni cepat hangus kalau ditinggalkan)




‪#‎maszie'liciouse
#Quality

Bun Sosej & Keju Cheddar

Dah lama saya nak share resepi Bun Sosej  yang saya sediakan khas
 untuk Maszie'liciouse Homemade.  Tapi asyik teragak² aje... bimbang 
juga kalau orang lain
 buat tak menjadi, haru saya...  Resepi ni saya jumpa dari internet .

Saya bukanlah seorang yang terror meroti,  buat roti pon hanya untuk 
sajian keluarga... Tapi saya terpaksa mengolah resepi doh sendiri dan
 bereksperimen dengan doh setiap hari. So far hasilnya adalah consistent
 (untuk saya). Dok buat hari2 alhmadulillah ramai peminat roti
 maszie'liciouse,niat hati buat untuk makan anak-anak.Sekarang 
peminatnya di luar jangkaan saya.Jadi kalau siapa² yang mencuba 
resepi ni, bagitau la menjadi ke tidak ye. 

Resepi ni menghasilkan doh yang banyak 




Bahan-bahan:

500g tepung roti

70g gula
3/4 s/k garam
7g yis segera
1 biji telur
1 sudu kecil dough/bread softerner
75ml air ( lebih kurang)
75ml susu segar
50g mentega
water-rouxWater-Roux :
25g tepung roti
125ml air
Masukkan tepung dan air, kacau diatas api perlahan sehingga pekat menjadi 
pes. Setelah masak tutup dengan cling film sehingga suam2 kuku dan sedia
untuk digunakan.



Bahan tambahan:


Sosej

Keju cheddar parut
Cili sos
Mayonis

Cara membuat:Masukkan semua bahan ke dlm mixer kecuali mentega.

Uli sehingga membentuk doh. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi 
sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin.
Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk 
biar angin nya keluar lepas tu boleh bentukkan doh kpd bentuk yg digemari.
Susun dlm loyang yg telah digriskan. Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian
 sapukan 'egg wash' atas permukaannya.
Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan. Angkat dan 
sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi.
Utk mendptkan permukaan yang lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dengan
 kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.

selamat mencuba ~_^

RESEPI :POTATO FRITTERS aka CUCUR KENTANG

Assalamualaikum

Makanan ni pernah jadi viral kat FB sedap makan panas2 hujan2 ni.. .Oleh kerana penyediaannya yang cukup mudah, ramuan yang di gunakan pun tidak sukar di cari..   saya gantikan dengan lada hitam... terlajakkkk sedapppp...


POTATO FRITTERS MZ

POTATO FRITTERS


Resepinya

3bj kentang sederhana besar ( kupas n sagat)
1bj telur
3sdb tpg gandum
4sdb tpg jagung
1sdt serbuk lada hitam (saya letak dalam resepi lada sulah)
Sedikit daun bawang hiris nipis
Garam n ajinomoto

Cara

Gaul semua bahan...
Panaskan minyak...bila minyak panas masukkan sesudu adunan tadi.. goreng hingga kekuningan... siap.. cicah ngan sos atau mayonis. .




 kentang yang telah disagat



 Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula


Gaul sebati
 Panaskan minyak masak dalam kuali leper
Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan


 Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya

POTATO FRITTERS MZ
Sedia di hidangkan bersama sos cili


Simple n soo sedap...harus mencuba :D

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in