Talam Cendol nie saya buat semalam selepas tawaf seharian mencari cendol di Setia Alam..yelah belom bulan puasa lagi, susah nya untuk mendapatkanya hanya terdapat di Giant .Warna hijau Cendol tak menarik rasa agak lama juga dalam esbox Giant tapi tak apalah kalau dah teringin sangat nak makan Talam Cendol.
Saya semalam selepas masak Mee Soto terus menalam.Sorang2 kat umah buat kerja tak da sapa yang nak kacau. Happynya bila kuih talam nie menjadi dengan elok dan sedappppppp sangat (bukan puji diri sendiri tapi puji resepi nie). Bahagian bawahnya walaupun kelihatan cendol sedikit dan cendol tak berapa hijau warnanya tapi tidaklah ketara sangat sebenarnya.....just nice sebab nanti jumpa cendol fresh kita buat lagi. memang puas hatilah dengan resepi nie. Saya tak dapat ambik gambar dengan cantik sebab kamera handphone aje.....
Saya memang betul-betul puas hati dengan resepi nie.....bahagian bawahnya masin secukupnya dan bahagian atas pulak manis yang sedang sahaja....tidak terlalu manis sangat. Kombinasi manis dan masin nie memang menjadikan Talam Cendol sedap sangat. Dah banyak kali saya puji sedap nie.....makna nya betul-betul sedaplah tu. baik pergi cari Cendol sekarang dan cuba pulak resepi nie.
