Showing posts with label Pesawat QZ8501. Show all posts
Showing posts with label Pesawat QZ8501. Show all posts

Ya ALLAH....Marilah Kita Berdoa Kepada penumpang QZ8501 selamat


Kali ini dengan Kehilangan Penerbangan Pesawat Airbus 320 Air Asia QZ8501 yang di khuatiri terhempas di perairan Belitung Indonesia.
Pesawat yang menerbangkan 155 jumlah penumpang yang terdiri daripada 130 penumpang dewasa dan 24 kanak-kanak dan seorang bayi berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan sebelum terputus hubungan pada jam 6.17 pagi.

Pecahan penumpang mengikut Negara adalah seperti berikut:
1 Malaysia
1 Singapura
3 South Korea
1 United Kingdom
149 Indonesia
Krew Pesawat mengikut Negara:
1 France
6 Indonesia
Sumber juga melaporkan bahawa pesawat Air Asia QZ8501 juga telah meminta untuk mengubah haluan "Penukaran jalur penerbangan" bagi mengelak awan sejurus sebelum ia hilang.
Kini Usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.
"Bersama-samalah kita berdoa agar pesawat yang hilang berjaya di temui".
Marilah kita sama-sama berdoa, sekiranya mereka masih bernafas, semoga Allah lindungi mereka dan sekiranya mereka telah tiada, berdoa semoga Allah memberikan petunjuk dimanakah lokasi mereka ketika ini.. dan berbaliklah kita kepada kententuanNya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, segala sesuatu itu telah ditentukan olehMu...jika Engkau berkata "Kun Fayakun" jadi maka jadilah ia, maka selamatkanlah & lindungilah mereka yang berada di dalam pesawat Airasia QZ8501...sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui....

Amin Ya Rabb....
 

KRONOLOGI INSIDEN QZ 8501



5.20am - Pesawat Airbus 320-200 berlepas daripada Surabaya, Indonesia pada (6.20 pagi waktu Malaysia). Pesawat dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada 8.30 pagi waktu tempatan.   6.17am - waktu pesawat dilaporkan hilang daripada radar (waktu tempatan).   


7.24am - Pesawat dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta. Pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 32,000 - 34,000. Lokasi terputus hubungan di antara Tanjung Pandan dengan Pontianak. 


11:30am - Air Asia sahkan kehilangan pesawat QZ8501 menerusi laman sosial Twitter dan Facebook. Air Asia juga menukar warna logonya kepada kelabu dan putih.   


11:40am - Media Indonesia, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat jatuh di perairan laut Belitung Timur. 


12.01pm - Kompas.com juga melaporkan Air Asia akan mensahihkan maklumat berkenaan dan dalam masa yang sama memaklumkan operasi SAR sedang dijalankan.   
12:15pm - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berikrar bahawa kerajaan akan membantu mencari pesawat Air Asia QZ8501  

 1.11pm - Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama. 


1.20pm - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.


1.50pm - Air Asia Indonesia memaklumkan pesawat QZ8501 memohon membuat pertukaran laluan atas faktor cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa di bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).   


2.05pm - Pihak operasi mencari dan menyelamat di Belitong kini mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke kawasan tersebut, yang didakwa sebagai lokasi pesawat Air Asia itu terjatuh.  


Bagaimanapun menurut Ketuanya, Joni Supriadi, pasukan tersebut mungkin mengalami kesukaran memandangkan keadaan cuaca yang buruk  


 “Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dipetik melalui Kompas TV.  


 2.30pm - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengunjungi Ibu Pejabat (HQ) Air Asia dan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Air Asia,  Tony Fernandes. 


  2.40pm -  Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung.   Pesawat itu dipercayai berlegar-legar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.


3.00pm - Bangka Pos melaporkan seorang Nelayan terdengar bunyi letupan yang agak kuat berhampiran Pulau Nangka, Kelapa Kampit. Namun tidak dapat dipastikan sama ada  letupan berkenaan mempunyai kaitan dengan insiden  kehilangan pesawat QZ8501

Pesawat AirAsia QZ8501 Gagal Dihubungi Sejak Pagi



 AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada pukul 7.24 pagi Ahad. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu juga mengakui tiada perkembangan terbaharu diperolehi setakat ini.

“Namun kami sentiasa berhubung dengan semua pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Pesawat yang gagal dihubungi adalah daripada jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC,” katanya. Sehubungan itu juga, AirAsia Indonesia telah membuka Pusat panggilan Kecemasan untuk dihubungi oleh keluarga atau rakan penumpang iaitu ditalian +622129850801.




AIR ASIA ROUTES MAP
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in