Showing posts with label My Shopping. Show all posts
Showing posts with label My Shopping. Show all posts

IKEA & IRFAN

13 June.2015

Hari Sabtu yang lepas siap buat kuih talam aku lepak depan tv dengan Irfan sambil tengok Running Man.Irfan kata Ibu adik teringin makan meat ball sebelom puasa...esok kan besday adik...jom lah kita ge IKEA Ibu..jom bu...jommm laa...kan malam nie nak makan steamboat .tu malam yang siang hari nie nak makan meatball.Sabar aje ...anakku mentang2 esok besday nya.Watsap Mama Cu & Papa Cu tanya nak ge Ikea.Papa Cu nak ge Opis sebab dah cuti lama khawin baru nie so kami ge bertiga...
Rezeki Irfan Papa Cu bagi duit suruh Mama Cu belanja Irfan Ibu pon tumpang juga.







suke buat biji mato macam tu


Happy Birthday my lovely son....semuga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna membahagiakan hidup dirahmati di dunia dan akhirat. 





                           


ramainya orang cuti sekolah dan hujung minggu...






Kemudian misi diteruskan untuk membeli bakul isi kain belom di cuci.. tak sempat nak cuci2 mata di kedai lain ...sebab haritu terkejar-kejar nak cepat merempit janji dengan custemor  ambil kuih talam pukul 5 .Pukul 6 baru sampai rumah .... Eh janji manismu sangat ni hahahaha.. nasib baik hubby customer tu pun pulang lewat pukul 6:30 baru kuih talam bertukar tangan.

Ok itu saja laporan hari ini.. 


DEAR SOLEHAH

Assalamualaikum...

Semalam temankan adik n family saya ke seksyen 7 Shah Alam mencari tudung untuk match dengan baju tema kenduri kahwin adik bulan Jun nie.Alhamdulillah dah beli baju Melayu IRFAN untuk raya.Bak temankan orang shopping nie...biasalah pemandu pelancong melencong lebeh tak pasal2 aku yang terjebak sama menyopping.Santik sangat SAKEENA BLOUSE Dear Solehah .Rezeki Allah kan, so kena la reward untuk diri sendiri.:)





Yang menarik perhatian di sini...majoriti peniaganya Melayu, muka-muka Melayu ada di mana-mana ditambah lagi lokasinya berdekatan dengan pintu masuk Uitm... mood Melayu begitu menonjol sekali, ops ini bukan racist tau! Saya cuma tulis apa yang saya nampak di hadapan mata saya.

Ok, tata titi tutuuuu...jumpa lagi di lain babak

OVEN BARU

Assalamualaikum


Ketahuilah bahawa apa-apa (susah atau senang) yang telah ditakdirkan untuk kamu pasti tidak akan terlepas daripada kamu dan apa-apa sahaja yang tidak ditakdirkan untuk kamu, pasti tidak akan datang kepada kamu.

macam tak percaya, tapi kena percaya, lepas ni kena usaha lebih lagi.
kena banyak banyak mencari keredhaan Allah s.w.t.
kena berniaga dengan lebih gigih.
kurangkan beli benda yang tidak berfaedah.
hehehe.

yang penting, aku nak bersihkan hati, nak buang segala dendam,
nak bersihkan diri, bersihkan kolam hati,
xnak berdengki dengki, sentiasa mendoakan orang lain,
sama sama bantu membantu, InsyaAllah, ada ganjaran buat kita.
terima kasih Allah,terima kasih Bonda, terima kasih suami,
terima kasih anak,terima kasih keluarga, terima kasih kawan kawan,
terima kasih semua! saya bahagia!




Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku kembali."
(Surah Hud ayat 88).

#Industrialoven
#BuatTANPATAPI
#LakukanTANPANANTI



Dapat APA YG DICARI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 

Nak kongsikan hasil pencarian dari MPH semalam. Hermmmm, lama sudah tak beli buku bacaan. Rasanya tahun ni ini kali kedua aku beli di kedai buku. Teruknyaaaa lah kan. Kata nak suruh anak rajin baca buku tapi diri sendiri yang malas. Jadi, azam tahun baru kak ton adalah menghidupkan balik suasana membaca dalam rumah ini. Kalau boleh nak konsisten setiap bulan habiskan beberapa buah buku. Haritu pun pernah bincang dengan en.cayang yang kami ni kena ubah gaya hidup dah, kalau mahu jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak maka diri sendiri pun kena banyak membaca. Betul tak?

Sekarang ini aku tengah baca buku Mengjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha Buku ini pemberian kakak ipar sewaktu berjalan ke rumah . Maklumlah sejak fokus berniaga dari rumah ni tak dinafikan kena banyak membaca untuk tambahkan ilmu dan kemahiran. Surirumah macam aku ni mana ada peluang (eh bukan takde tapi tak sempat) nak keluar sertai seminar atau apa-apa jadi baik membaca untuk cari maklumat baru. muahahaha :P

 semangat tu selalu ada kemudian pekasammmmmmm!



Bukan mudah untuk ku berbicara
Pasti ada yang terluka,
meski bicaraku ini bukan
untuk menuding sesiapa,
Namun demi ummah,
aku pedulikan kata nista.
Demi agama ,
aku redah lautan gelora,
Kerana aku yakin,
DIA akan mengadiliku di sana...

RM19.90


dari tahun lepas nak mencari buku nie...akhirnya dapat juga....
"DUNIA BIARLAH BERPENAT
Akhirat Tempat Aku Berehat"
Perjuangan yang belum selesai...
RM 23.00

JOM BERJIMAT MENYEDIAKAN
ROTI
Jimat Belanja! Resepi Lazat & Enak
RM 8.90

Al-Ustaz -Tahajud Terapi Diri
RM9.00

Anis- Sedekah Magnet Rezeki
Beri 1 Dapat 10?
 RM7.00

Makin bertambahlah koleksi aku. Hmmm...nak baca yang mana satu dulu ye...

KARNIVAL JUALAN COKLAT CRISPY

Assalamualaikum wbt..


 adik  SHIDA DAN SARINA  wasapp akak karnival coklat di seksyen 16 jom  akk, kita memenuhkan ruang parking yang kosong  tepi jln.. ada sale coklat.sale kat mane...? sale kat mana...?
baca banner di bawah nie



CARNIVAL Sales - 6 & 7 FEB 2015






                                     hasil tangkapan semalam

kawan-kawan, siapa rasa nak serbu.. sempat lagini. Karnival berakhir harini.

Ps: kawan-kawan Hantu Cekelat tak?

Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum. 

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

 Semua orang mahukan rezeki. 

 Ramai orang 'bertarung' untuk mendapatkan rezeki.
 Tidak sedikit juga yang berkeluh kesah kerana tidak cukup rezeki.
 Kerana itulah buku ini relevan untuk semua orang



BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 

Alhamdulillah, alhamdulillah di hari Selasa yang mulia ini,berjalan2 di MPH saya membeli buku "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" Bagi sahabat-sahabat yang telah pun direzekikan untuk memiliki buku MMR ini, bolehlah sebar-sebarkan kepada yang masih belum berpeluang. Jika ingin hadiahkan, lebih baik lagi. Marilah kita berramai2 ke kedai buku...

Tahukah anda...? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki….?

Kepelbagaian kisah yang dipaparkan , sesuai dengan hakikat bahawa yang dinamakan rezeki itu bukanlah duit sahaja.
Yang dinamakan rezeki ini macam-macam tuan...tidak larat kita mahu menghitungnya.

 Hanya Allah tempat meminta. Apa sahaja hajat di dunia ini dan hajat di akhirat nanti boleh kita minta daripada Allah

Untuk difikirkan:
Bila kita beramal, katakan dengan solat Dhuha contohnya, maka dapatlah kita manfaatnya dan pahala solat dhuha.
Katakan, kita beramal dan menyampaikan amalan itu kepada seribu orang.
Bila 1,000 orang itu, beramal dengan solat dhuha kita pun akan dapat 1,000 orang punya amalan solat dhuha masuk ke dalam akaun pahala kita. Insya-Allah.

Satu lagi contoh:
Bila kita beramal, katakan dengan amalan bersedekah RM1 setiap hari, maka dapatlah kita manfaat dan pahala bersedekah RM1 setiap hari.
Katakan, kita beramal dan menyampaikan (tablighkan) amalan itu kepada seribu orang. Tidak cukup dengan menyampaikan (tablighkan) kita ajak (dakwah) mereka dengan pujuk rayu dan kasih sayang untuk turut beramal dengan amalan bersedekah RM1 setiap hari.
Bila 1,000 orang itu, beramal, maka kita akan dapat seribu orang punya pahala sedekah masuk dalam akaun pahala kita. Insya-Allah.
Bagaimana pula bila kita ajak orang yang tidak solat kepada solat..? Orang yang pendendam jadi pemaaf...? Orang yang tidak tutup aurat dengan sempurna jadi sempurna....?
Masya-Allah...!

p/s:Kalau mengingat rezeki yang kita peroleh selama ini, rasa-rasanya malu utk memohon ini-itu. Namun tetaplah berdoa & memohon, sambil mensyukuri.


RINA SALLEH CLOTHING

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Malam selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...


Di seminar aura sabtu ari tu ada jual shawl RINASALLEH sale. Tengok team millionaura semua mengayakan shawl RINASALLEH dari awal zie terjatuh hati . So, memandangkan Maggie Shawl ada offer 3 helai RM100, kami SARINA MAJID & SHIDA HASHIM membeli satu sorang. Lain kali nak ge ke butik di seksyen 7 shah alam ...tangok Baju peplum, jubah, kasut pun cantik2, tapi lain kali pulak lah beli.. :)

team millionaura

material dia macam  no. 1
sangat berbaloi!


Sesi malam kami terus mengayakan shawl baru..:-)

dua insan yang hebat Coach Nooraizan zie & Rina Salleh


Yakin dan Percaya kita MAMPU lakukan yang terbaik. 
'The New Me'
#MaszieFatah
#Maszie'liciouse


Website Rina Salleh Clothing boleh klik di SINI dan fb pulak di SINI. 


#millionaura
#RAP24JAN 
#Alhamdulillah


JPO kali kedua

Selamat pagi sahabat MyBlogger...Hujan pula di USA (United Suakasih Area) hari ni. Alhamdulilaah. Selamat beristirehat di mana jua anda berada. Cewah! 

Lama aku biarkan entry ni kat dalam draft. Gambar gambar dah lama aku siapkan tapi nak menaip entrrry tu, perghhh ! bila vitamin M datang merasuk diri tak leh nak buat apa.


Tapi lama lama aku biarkan jadi basi.Lagi haru bila aku nak taip aku pun dah lupa nak tulis apa sebab dah kartuuuu. Details pun cepat je lupa.


Apa pun .


ni yang aku perangkut time kali kedua jengok JPO ...


Soalan?


""Why Braun Buffel? Why???


Baiklah.Honestly, memey aku xder lagi brand nie....Niat di hati nak beli wallet saje...tiba2 handbag tu senyum fulokkk...en.cayang pun offer beli sekali dengan handbag.

arghhhh... tak terluah dgn kata. betapa ku mensyukuri apa yg KAU beri.



Shopping di Yummie

10.Nov.2014

Dah lama verangan nak ke sini...Isnin tanpa dirancang sembang dengan shida terus kami gerak ke sana  kedai menjual barang2 kek dan kuih di Bangi. Sebenarnya kawan zie yg mencadangkan zie supaya pergi membeli barang keperluan tuk buat kuih dan kek disana.. murah katanya dan banyak pilihan.. dengan berpandukan gprs kami cari punya cari alhamdulillah akhirnya jumpa juga kedai yg dituju.. Tapi makkk... datukkk... ramainya orang.. berlaga2 buntut hari ISNIN tuu..tiada perayaan rasa2 semua yang datang tu homemade punya tokey ...mungkin disebabkan hujung minggu  orang ramai so depa pakat serang ari ISNIN .. sampai nak bergerak pon susah..
Kepada mereka2 yg dok area bangi bolehlah singah ke kedai ni tuk cari barangan kuih.. macam-macam adaaaa.....




gambar ehsan dr cik google

Yummie
Bfee Bakery Ingredients Sdn Bhd
26-G-01 & 25-G-01, Jln Medan PB2B
Medan PB2, Seksyen 9,
Pusat Bandar Bangi
Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8925 8098





seronok nya tengok stok  cupcakes dan bekas dah banyak...

Jln2 cuti DEPAVALI

Assalamualaikum



Syukur ke hadrat Illahi kerana kami dua beradik duduk dekat tapi sukar untuk bertemu.Masing2 sibuk mengalah kan menteri. Kalau ada masa terluang lebih suka masak2 lepak2 di rumah saje.Time cuti depavali baru2 nie adik ELL datang rumah katanya nak shopping barang m.a.c yg dah kehabisan dan baju untuk ge ofis.mula2 window shopping je...pastu terberkenan la pulok akhirnya beli 2...sorang satu hehee.Dua2 barang nie adik ELL belaja...moga bertambah murah rezeki adikku...cayang ketat2 dia...muaahhhhh


Yeay... semalam .Okey la. Tak nak berceloteh panjang-panjang. Mata dah mula nak pejam la pulak. Mentang-mentang hari ni dah dapat gaji. Hihihi. Tapi sebelum tu nak bagitau kepada sesiapa yang suka window shopping tu boleh la jalan-jalan cuci mata dekat Setia City Mall . Hihihi.


Sekian, Assalamualaikum~

Yeayyy dapat Mixer giant at last..Impian Menjadi Kenyataan!!

Syukur.. padaMU Ya Allah.. Kau masih lagi memberi ku ruang untuk bernafas di bumiMU ini. Aku bersyukur sangat. Tiada apa yang harus ku minta cumer memberi kesihatan yang baik supaya aku dapat menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu pada ank2 dan suamiku. Rezeki, ajal dan jodoh semua dah ditentukan olehNya. Alhamdulliah .. segalanya dipermudahkan oleh Allah.



So, setelah hampir lima bulan memendam perasaan dan membuat survey. Alhamdulilah, rezeki saya tahun ni bila dapat beli jugak  Giant Mixer ni. Rasa nak lompat-lompat je. Kembang-kempis akhirnya dapat memiliki produk yang berjenama dan berkualiti. Walaupun diakui harganya memang quite expensive a.k.a boleh kopak duit tabungan  tapi kepuasan bila dah test pakai mixer ni memang buat korang takkan toleh ke belakang lagiklah. Cubalah apa resepi pun berkaitan kek ke, pizza ke, pai ke, senang gila. Dan menyenangkan kerja sayang terus bolehh buat 200 300 biji puteri ayu.Saya yang bukanlah terror mana memasak ni, boleh jadi kagum sebab first time buat je dah menjadi. Bangga tau bila husband dan anak2 order lagik mintak masakkan macam-macam resepi baru ~_^





Berat badan mixer ni memang mantap dan berat yang jadikan segala bahan-bahan yang kita campak dekat dalam mixer ni, sebati bila bergaul bersama. Ditambah pulak dengan speed lever dia yang korang boleh selamba je tolak ke depan ke belakang. So, tak jadi masalah bila nak control kelajuan dia sesuka hati.




Jom layan gambar posing pertama berjaya membuat 200 biji kuih puteri ayu...


Mixer jenama BERJAYA pun bagus gak tau...murah pun murah...pernah sebelum beli tu zie survey harga mixer kat tempat lain, giler punya mahal...yang zie berkenan dengan jenama FRESH dapat 2 bowl...beli mixer ni bukan setakat nak buat roti je... nak uli tepung karipap pun boleh, uli keledek nak buat keria dan cucur badak pun boleh, uli doh donat dan pau dah memang tentu boleh la kan...takyah peluh2 nak menguli...kalau setakat 1/2 kg takpe kalau uli tangan....ditakdirkan tetiba dapat banyak oder kena buat berkilo2, nak uli tangannnnn!!! keluar muscle la kat lengan..he he he..



Kuih tempahan zie pun dah siap semua ...byeeeeeeee ..he he...





*buat en cayangku terima kasih atas segalanya.. syg cayang syg ....
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in