Showing posts with label Makan Di Mana. Show all posts
Showing posts with label Makan Di Mana. Show all posts

IKEA & IRFAN

13 June.2015

Hari Sabtu yang lepas siap buat kuih talam aku lepak depan tv dengan Irfan sambil tengok Running Man.Irfan kata Ibu adik teringin makan meat ball sebelom puasa...esok kan besday adik...jom lah kita ge IKEA Ibu..jom bu...jommm laa...kan malam nie nak makan steamboat .tu malam yang siang hari nie nak makan meatball.Sabar aje ...anakku mentang2 esok besday nya.Watsap Mama Cu & Papa Cu tanya nak ge Ikea.Papa Cu nak ge Opis sebab dah cuti lama khawin baru nie so kami ge bertiga...
Rezeki Irfan Papa Cu bagi duit suruh Mama Cu belanja Irfan Ibu pon tumpang juga.







suke buat biji mato macam tu


Happy Birthday my lovely son....semuga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna membahagiakan hidup dirahmati di dunia dan akhirat. 





                           


ramainya orang cuti sekolah dan hujung minggu...






Kemudian misi diteruskan untuk membeli bakul isi kain belom di cuci.. tak sempat nak cuci2 mata di kedai lain ...sebab haritu terkejar-kejar nak cepat merempit janji dengan custemor  ambil kuih talam pukul 5 .Pukul 6 baru sampai rumah .... Eh janji manismu sangat ni hahahaha.. nasib baik hubby customer tu pun pulang lewat pukul 6:30 baru kuih talam bertukar tangan.

Ok itu saja laporan hari ini.. 


Makan-makan di BBR & Steamboat GRILL Sempena Birthday Irfan

14 June.2015

Besday Irfan kali ni dia yang request nak makan Steamboat berkesempatan nak celebrate bila semua anak2 available. Walaupun time ni cuti sekolah, tapi Angah ada BBQ team bola sepak nya pada malam yang sama ...esok pagi nak nak balik ke hostel. Tu yang last minute decide untuk sambut di BBR SteamBoat lagipon dekat dengan rumah, terpaksa ibu tinggalkan dapurku berasap yang tempahan talam & Cookies raya Bangkit Cheese belom siap...rabu dah nak hantar.
lepas solat maghrib kami gerak 3minit dari rumah ...tu yang BBR STEAMBOAT masih kosong.Kami customer terawal sampai. 




Menu wajib kami di Chilis, Bottomless Chips (RM13.95) dan juga Mushroom soup (RM11.95)







tq abah...tq cayang belanja malam nie...

perut penuh mulalah rasa malas melanda untuk masuk dapurku berasap

Bagi yang berminat nak datang makan sini sila call sendiri :-)


DEWASA :RM 26.90
Kanan2 (5-12thn) : Rm13.90
5thn kebawah :FOC

BBR STEAMBOAT & GRILL
For Reservations
011-3323 3244
011-3323 3255
011-3600 2777
bbrsteamboat@gmail.com

No. 161, Jalan Rodat 1/KU 5,
Bandar Bukit Raja, 41050
Klang,Selangor.

Mari makan stroberi...mengidam ker?

Assalamu'alaikum...



jengjengjeng....nampak tak buah stroberi tu?sedapnya kalau dapat cicah kuah rojak....Kak ton kan versi melayu yang stroberi cicah coklat tu kak siti ...sedap memang laku! pastu masing2 verangan kawin dengan datuk... hehe.Best jugak cicah dengan buah2 lain macam epal, kiwi...  jadi,apa lagi mai la kita pakat2 menyicah.......

                             
Nampak tak...nampak tak..tu ada buah kedondong juga terselit tu...Adoii sedap nya,tapi untuk pengetahuan semua saya bukan mengandung tau,eee taknak lah,dah kartu ni...(tapi kalau dah rezeki,terima jelah............)


Yang lebih2 tu kita potong2  taruk gula dan serbuk assam boi dan cili potong,kacau rata dan masukkan dalam bekas dan simpannnn dalam peti ais,jap lagi leh makannn...

kendondong pokok sendiri baru berbunga cuma lekat 3 biji aja buah nya.Tunggu yang tu lambat lagi kita beli di pasar ...dah boleh mencicah..

Hujung minggu nie balik kampung cari  khazanah dari kampung,buah2 lain belum musim..Silalah tengok dan rindu2 kat kampung masing2 noooo.

kampung korang sekarang musim apa....? kg ai musim org makan nasi minyak....kih kih kih

Pusing KL hujung minggu...

Aku tak rancang lama pun benda alah ni...

Minggu lepas tiba-tiba terasa nak pergi berjalan-jalan...kebetulan en.cayang cuti 4 hari,lama tak menjengah kesibukan kota raya, Kuala Lumpur.

Surf internet tengok apa yang best jalan-jalan sekitar KL...

So macam-macam keluar, dari Pavilion, Suria KLCC, lOT 10, Bukit Bintang, Berjaya Times Square, dan lain-lain.Sambil tu terus shopping untuk raya...

Tapi dalam kepenatan pusing2 kami singgah LUNCH di Restoran Rasa Utara .





Bersih dan kemas. Pelayan pun nampak macam orang tempatan, baguslah. 
Oh, Rasa Utara ni actually Tun Mahathir punya! Tak pernah tahu pun, ingatkan The Loaf je. 



Dan ketiga tiga set datang dengan sayur dan masak lemak cili api kacang panjang...Nasi Putih + Rendang Daging


Nasi Putih + Ayam Masak Merah

Nasi Putih + Sotong




Harga? Main course tu range dalam RM13.00 - RM15.00. A bit pricey actually, tapi kalau sedap ape salahnye kan? 


Ape lagi? Cepat la pergi try
Satu je la kalau nak pergi sini,pakai selipar jamban atau flipflop yang sewaktu dengannya selipar jepun sama jekla kan bawak hand sanitizer, bawak towel or handkerchief bagi yang kuat peluh, bawak air kosong, bawak kamera , dan bawak duit extra je la (nama pun berjalan-jalan).


Date of my visit        :  April 19,2014
Where is this Place  :   G-12, 13, Ground Floor of Berjaya Times Square
Is there a Website    :  No, could not found one
Price Range             :  Low for Breakfast
Type                         :  Dining 
Will I go again         :  Sure
Map                          : Berjaya Times Square seperti di bawah


selamat berjalan-jalan di hari minggu! ~_^

Makan2 di Kuantan

Salam Khamis pembaca-pembaca belog aku ini. sekejap je dah rasa hari khamis. baru je aku rasa aku balik dari kampung aritu. tup-tup dah hari khamis dah. dah bulan April dah. sekejap je masa berlalu. makin hari makin kartu.ish-ish....baru hari nie sempat nak cerita pasal makan2, bila balik kampung rumah tinggal lama banyak yang nak di kemas,kain baju yang menggunung berkejar2 dengan air yang kadang ada kadang tak ada lap sana kemas sini ...penat Oooo nak hilang penat jom kita tengok menu menarik nie...

Cuti sekolah kali nie kami balik kampung empat hari.Bila balik kampung nafsu aku menigkat kaw-kaw punya. Lantak la berat badan naik, balik KL nanti kita jogging sampai goyang lutut En.cayang...Macam2 aku nak makan, mee calong,rojak ayam  nasi ayam Pak Lah, otak2 di Kuala Kemaman...perut nie berada di Kuantan satu hari aje...tak mampu nak memenuhkan semua senarai...

So! kali ini aku nak story sikit pasal tempat makan paling best and popular dekat kampung aku...


pic ehsan pakcik google



Masa aku pergi kali ini aku tak makan banyak benda pon. coz dari tengahari aku dah makan Bunda masak lauk semua yang special2 untuk untuk anak cucunya sampai rumah makde makan kuih muih,di rumah Mummy Lynn masak Nasi Ayam (tersangatlah sedappp nya) selepas solat maghrib kami ke satay Zul  kami tak stop makan. memang datang kedai ini pon time tengah kenyang gila tak hengat. aku tak tau pulak time ini Mummy Lynn  nak belanja kami. if aku tau aku order je banyak-banyak. then kasi bungkus. betol tak tapi apape pon thanks coz belanja aku!! next time belanja lagi. :D


TERMINAL SATAY ZUL KUANTAN
A-2600 (Tingkat Bawah) Jln Alor Akar
26250 Kuantan Pahang
Malaysia

Talian Pelanggan
09-568 7859 / 017-970 0161

Kini Satay Zul Terus Membina
Empayar Perniagaan D' Bandar Kuantan


Jenis ikan dan harga



Sebut pasal tempat makan Ikan Bakar paling best and popular dekat kampung aku, Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. mana lagi kalau bukan Ana Ikan Bakar Petai. if sebut je Kampung Tanjung Lumpur. dari dulu mesti orang kaitkan dengan tempat makan ikan bakar. bukan setakat artist-artist tapi menteri pon turun sekali pekene ikan bakar dekat Tanjung Lumpur.

cawangan  di kedai 2 tngkat akan beroperasi pada jam 10pagi bermula hari ini 25 March .. kata ajer hari ni kami dah sampai....perbagai menu ada disini yg paling menarik nadi ayam special..jom cuba kelazatan nye...




Ikan-ikan yang amat fresh. ikan yang siang tadi ditangkap terus menuju ke kedai Ana ikan Bakar ini. bukan setakat ikan. macam-macam hidupan laut yang lain pon ada. aku malas nak ambil gambar lain. perut dah menunggu makanan je time ni. terliur weiyh.


Antara pilihan menu yang kami oder


Ana Ikan Bakar Petai nie tak salah aku di tanjung lumpur aje dia ada 4 cawangan.Yang menjaga operasi kedai nie semua anak2 buah nya.Korang agak berapa keuntungan kedai Anna Ikan Bakar Petai ini sehari? huhu. korang jangan tekejut. sehari diorang boleh dapat Rm20k. bila tolak-tolak semua bayar gaji pekerja boleh untung bersih dalam RM 10k sehari. aku bukan nak cakap apa la. diorang ini kerja ikhlas. banyak buat amal. si tokeh dia banyak duit dari keuntungan dia buat masjid, madrasah, sekolah agama, rumah anak yatim and macam-macam lagi. suka bagi sedekah. memang rezeki murah.Kalau becana alam di kuantan Analah orang pertama yang menyumbang if korang tanya pekerja dia. mana nak cari beb keje kedai makan sebulan boleh dapat rm2k+? betol tak. lepas tu diorang time kerja boleh je nak makan apa sahaja yang ada dekat kedai tu. so baik ke tak baik owner kedai Ana ni. mana rezeki dia tak melimpah-limpah. so if korang nak try datang sini bila-bila aku amat galakan. tak tipu. makan sedap. harga murah. puas hati! TERBAIK!! *buat apa sahaja kene ikhlas and beramal*.


Otak2 Ana Ikan Bakar Petai

kalau pegi pantai timur wajib la try sata ok...
kat sini sata die memang superb! sedap ok... 

satah dan otak otak tanjung lumpur yg mantoppppppssss !!!!

Sata Ana Ikan Bakar Petai


angin kuat...belakang kami laut...

If yang belom tahu, nak ke kedai Ana Ikan Bakar Petai ini sangat senang. if korang dari bandar Kuantan ikut je direction ke Tanjung Lumpur. pasti akan jumpa kedai ini. just 5 minit je dari bandar Kuantan. betol-betol depan laut. terbaik!!




FB Ana Ikan BakarLINK ]
Ana Ikan Bakar Petai
Pantai Selera,
Tanjung Lumpur,
Kuantan
Tel: 019-987 8155 (Haji Baharin), 013-9989175 (Fairuz)
GPS Coordinates: N3 47.898, E103 20.388


Untuk yang duk area Bangi, Ana Ikan Bakar Cawangan Bangi pun hadooo... Cuma tak se-original Tanjung Lumpur lah. Lokasi Bandar Baru Bangi, sebelah Balai Bomba Baru Bangi 

Aku rasa bukan aku sorang aje jadi pelahap gile  baban bila balik kampung. Kompom korang pon sama juga kan ? Heheheee ??/ Ok cukup pasal makan , aku nak ge jalan jalan kat blog korang pulak.

Zakat di Hati

Assalamualaikum^^

Huhu...tajuk tak boleh blah...

Ok, jom kita jenguk2 pasal zakat pendapatan ni..bukan apa, pagi tadi teman En.Cyg bayar Zakat ..


Menunaikan zakat adalah salah satu dari Rukun Islam. Ianya merupakan cara untuk menyucikan harta. Salah satu dari zakat yang wajib ditunaikan adalah Zakat Pendapatan.
so 

perjalanan kami dari rumah alhamdullilah segala2 nya di permudahkan...traffic light yang kami tempuh semua HIJAU ,lori dan kenderaan lain macam tau2 aje memberi laluan...sesampai di depan Kaunter  Lembaga Zakat Klang Sentral parking kosong bawah pokok lagi redup...kami  masuk aje nombor terus di panggil ...Alhamdullilah (bonda selalu berpesan perkara yg elok JGN dilengah2kan...:')


 zakat menyucikan diri dan harta yang kita peroleh dariNya :') di samping memberi pada yang lebih memerlukan :)


kali ni kami dapat buku :-)

Dalam satu hadis yang dipetik dari buku Fadhilat 'Amalan Berdasarkan Hadis oleh Syeikh Mahyudin Achi:

Maksudnya:

Lindungi harta kamu dengan zakat, ubati pesakit kamu dengan bersedekah dan tolakkan bala itu dengan doa.





Lagu Zakat di HATI



Dalil yang menyatakan wajib zakat:

Firman Allah S.W.T.:

"Wahai orang2 yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik2 dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu"
~Surah al-Baqarah (ayat 267)


 selesai berzakat baru senang hati nak sarapan yea...:-)

kami sarapan di Pak Li Kopitiam 
dan
 terus ke giant beli barang dapur ....

nie hasil tangkap kami..tak banyak kali nie 

sesampai di guard house,pak guard (aner) kata air sudah ada :-)


apa lagi operasi kain baju dan kemas rumah ler...




Atas segalanya, marilah tunaikan zakat demi kemanusiaan dan agar Allah sayangkan kita! Jangan berlengah lagi.. Kalau bukan sekarang, bila lagi?


Wallahu a’la wa a’lam.



Monday Jerubu


Selepas pusing tasik sebelah rumah ,dalam pukul 9.30pagi kami begerak untuk settle segala urusan dan terus ke Shah Alam -Plaza Alam Sentra untuk membeli antivirus PC. Penglihatan saya agak kabur. Mungkin mata ini telah dimamah usia dan memerlukan cermin mata, detik hati saya. 

setelah penat kira rehat dulu...bok mai white chocolate coffee secawan

Oh tidak rupanya. Mata saya masih ok-ok saja lagi. Rupanya Shah Alam - Klang dilanda jerebu. Inilah yang dalam beberapa hari,tapi hari ni yang paling ketara jerubu . Kalau yang sentiasa bekerja di luar, mungkin akan merasai perbezaan cuaca ini. Mata rasa pedih dan hidung terasa perit.
Anak-anak di sekolah juga telah mula memakai 'mask'.

Ibu , cikgu pesan -Kata Adik Irfan Setiap hari dalam minggu lepas lagi guru-guru menasihati anak-anak agar banyakkan minum air, kurangkan bermain di luar rumah serta mengenakan penutup hidung itu. .Alhamdulillah, mereka ingat!

dapat kasut hadiah teman en.cayang...kira kasut raya lah ye...aminn



6:00PM IPU KLANG 136* ~ Tidak Sihat

Klik Untuk -  Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Jerebu Terkini

 SubhanaAllah! Moga Allah lindungi kita semua...
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in