Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

RESIPI :Nasi Hujan Panas

Resepi Simple datang lagi.. muahahah... Jangan tak caya, kadang resepi simple pon kita google kan? hahah aku lettew.. bukan apa, kadang nak tengok jugak, orang lain buat cemana? sama ke macam aku? gitew.. baru menambahkan keyakinan... 

nak share resipi Nasi Hujan Panas, aku pon tak faham sampai nasi aku masak  dah habis seperiuk pon ...kih kih kih buat lawak pulak dah yee...nape lah tok nenek kite bubuh nama nasi hujan panas.Tang mana yang hujan panas pon aku tak tahu.Kalau buh nama Nasi Traffic Light ada gak betoiiii .(adik irfan yg kata) :)

Sebenarnya aku nie lagi kecik lagi apa kuih dan nasi yg berwarna warni dan berminyak memang aku suka tengok dan tak akan makan (pelik bin ajib kan) kau ge kenduri kawin orang berebut nak makan nasi minyak aku akan cari nasi putih juga. Rupa2nya en.cayang pon sama tak suka yg berwarna warni (kite serupa) warna yang meriah membuatkan perut dan pale aku tak tahan.  Anak2 berbeza lah fulok.Sebut aje Nasi Minyak,Nasi Tomato,Nasi Beriani janji nasi yg bertumis2 nie laju masing2 ambil pinggan.

Dah berumur nie (kartu dah aku nie) selera tu bertukar sikit Lauk seiring dengan nasi hujan panas hari tu zie masak kurma ayam,sayur campur dan ayam pandan.Acar tak buat anak2 tak makan ibu dan abah ulam dengan pegaga ...sehingga menjilat jari kaki.



Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan 
  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan Tumis
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Bahan hias
  • bawang goreng
  • kismis (dah habis zie xbubuh)
Cara-cara
1.     Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2.     Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3.     Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau       wangi
4.     Masukkan beras dan gaul rata.
5.     Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6.     Masaklah nasi sehingga masak
7.     Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning,  merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-  gemburkan nasi tu.
8.     Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka 

MY RECIPES 21 : Nasi Apple Bonda




 ❤  Nasi Apple Bonda

bahan-bahannya:-
4 pot beras ~ kualiti beras ikut isi rumah
3 biji apple (2 biji di mesin)
1 kiub Knorr pati ayam
5 biji bawang merah (di kisar)
1 inci halia  (di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)
garam
sedikit perwarna hijau
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya:-


  1. Panaskan minyak @ majerin dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. 
  2. Tuang 4 pot air (apple hijau di blander bersama 4 pot air). Masukkan kiub ayam , garam (secukup rasa) dan perwarna hijau. Biarkan mendidih.
  3. Tuang  ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Masukkan  Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tadi. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak hijau, paceri nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2. Nak resepi RENDANG AYAM APPLE sila lawat http://tintanashaq.blogspot.com/2013/06/resepi-rendang-ayam-hijau.html

MY RECIPES 10 :Nasi ayam penyet

❤ Nasi ayam penyet

Asal pagi je perut lapor,asal lapor je pening apa nak masak...piker punya piker... mailer cuba resepi ni....



Nasi Ayam Penyet
Sumber resepi: Mummy Lynn

 

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. 



 sambal :-

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • ( zie buat separuh je dari bahan2 ni )
Masukkan bawang merah, belacan dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.Tambahkan gula dan garam Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.





  1. Untuk Sup
  2. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.




pelakun tambahan.... tahuhu dan tempe goreng...., timun(zucchini) kobis,kacang panjang dan tomato.
(ayam perap dgn rempah2)
  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi dan sup
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih 
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.


  • Untuk Ayam Penyet
  • Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  • (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  • Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.. 
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk yang bertanyakan resepi hari tu...
disini saya share kan balik gambar & resepinye..Tq!

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in