Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Thank you Malaysia & Malaysian Airlines !!

Innalillahiwainnailaahirajiunn. In remembrances of MH370 & MH17 Takziah Di ucapkan pada keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi dugaan.‪




#‎malaysiaBerkabung‬

MH17: Senarai nama kumpulan pertama jenazah mangsa tragedi MH17

SEPANG: Kerajaan sebentar tadi mengumumkan senarai penuh 20 mangsa nahas MH17 yang jenazah mereka akan dibawa pulang dari Amsterdam, Belanda ke tanah air esok.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Daripada 20 jenazah berkenaan, 11 terdiri orang Islam dan sembilan bukan Islam.
Senarai penuh 20 jenazah yang dibawa pulang esok:
1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam
2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam
4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam
5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam
6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha
7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh
8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha
9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian
10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian
11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha
12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha
13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian
14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam
15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam
16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam
17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian
18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam
19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam
20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - Islam

Kronologi, Video Dan Gambar Crash Site Pesawat MH17



1. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya.

2. Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

3. MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

4. Angkatan Tentera Ukraine menafikan tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine.

5. Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.

6. Sergei, seorang anggota pemisah menafikan pihak pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari ketinggian itu.

7. Komander pemberontak Ukraine “Donetsk People’s Republic” mengaku tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine. 

Di bawah, gambar-gambar lokasi Pesawat MH17 terhempas:






























6 SEKELUARGA INGIN PULANG KE MALAYSIA DISAHKAN PENUMPANG MH17



Menurut sumber, satu keluarga 6 beranak yang menaiki pesawat MH17 dikhuatiri turut maut dalam insiden pesawat yang ditembak itu. 

Pasangan Ariza Ghazalee dan Tambi Jiee bersama 4 orang anaknya dikatakan kembali ke Malaysia setelah bermastautin di Kazakhstan selama lebih 2 tahun. Keluarga mereka berasal dari negeri Sarawak. 

Gambar bagasi yang dimuatnaik oleh Ariza dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial. 




Al-fatihah.. Sedih plak tengok status anak arwah Ariza yg paling kecil.. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. Amin..




Mungkin sahaja Hijrah mereka sekeluarga ke Jannah... Amin. 

Adik kepada Ariza juga memberi komen di gambar tersebut mengesahkan pemergian mereka yang terlibat dalam nahas lewat malam semalam.




Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan setiap mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.








Wajah Pilot MH17 Kapten Wan Amran Wan Hussin Bersama Anak-anak

Inilah wajah pilot atau juruterbang MH17 yang terhempas. Beliau bernama Kapten Wan Amran Wan Hussin. Gambar ini diambil bersama anak-anaknya.

Isterinya, Mariam Yusof berkata Kapten Wan Amran Wan Hussin sempat berpesan "see you tomorrow (jumpa esok)" kepadanya dan pesawat dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10pagi.



Mariam masih terkejut dengan kejadian ini.


Gambar Kapten Wan Amran Wan Hussin:


Gambar Peluru Berpandu Yang Menembak MH17



"Menurut penasihat kepada Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket BUK surface-to-air missile."

Di bawah adalah rupa pelancar BUK yang dimaksudkan.


Al Fatihah .. PrayForMH17

ASSALAMUALAIKUM.
"Subhanallah, Walhamdullillah, Walailahaillallah, Allahuakbar"



. بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞
Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْ
Ù…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞



Gambar-gambar pesawat terhempas juga tersebar meluas di dalam media sosial. – 18 Julai, 2014.

















#PRAY FOR MH370#
#PRAY FOR MH17#
#PRAY FOR MALAYSIA#
#PRAYFORSABAHAN#
#PRAY FOR GAZA#
#PRAY FOR ALL MUSLIM/ISLAM#

Inna lillahi Wa inna Ilahi Roji'un

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"..


SENARAI KREW PENERBANGAN MH17 YANG TERBABIT NAHAS


Setelah dikejutkan dengan peristiwa MH17, kini salah seorang pekerja dari MAS telah mengambil gambar screen krew-krew yang terlibat dalam penerbangan tersebut.

Diharap agar semua keluarga mangsa bersabar dan ucapan takziah dari kami. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam -
SENARAI PENUMPANG DAN KREW SECARA LISAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

1. NETHERLANDS : 143
2. AUSTRALIA : 27
3. MALAYSIA : 20
4. INDONESIA : 11
5. UK : 6
6. JERMAN : 4
7. BELGIUM : 3
8. FILIPINA : 3
9. KANADA : 1
10. BELUM DIKENALPASTI : 62

JUMLAH PENUMPANG : 280
JURUTERBANG : 4
KABIN KREW : 11 semua W/N MALAYSIA.

JUMLAH BESAR PENUMPANG DAN KREW : 295 ORANG



Berikut adalah senarai-senarai kru MH17 berdasarkan gambar screen tersebut:

1. WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN - LELAKI / MALAYSIA

2. CHOO JIN LEONG EUGENE - LELAKI / MALAYSIA

3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI - LELAKI / MALAYSIA

4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM - LELAKI / MALAYSIA

5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR - LELAKI / MALAYSIA

6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM - PEREMPUAN / MALAYSIA

7. AZRINA BINTI YAKOB - PEREMPUAN / MALAYSIA

8. LEE HUI PIN - PEREMPUAN / MALAYSIA

9. MASTURA BINTI MUSTAFA - PEREMPUAN / MALAYSIA

10. CHONG YEE PEHNG - PEREMPUAN / MALAYSIA

11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD - LELAKI / MALAYSIA

12. SANJID SINGH SANDHU - LELAKI / MALAYSIA

13. NAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN - LELAKI / MALAYSIA

14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH - PEREMPUAN / MALAYSIA

15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN PEREMPUAN / MALAYSIA 

#MH17 Terkini. Komposisi Penumpang (Sila rujuk kepada Siaran Media Rasmi MAS) jika ada keraguan.

#PrayForMH17‬ #PrayForGAZA

Pesawat MH17 : Terhempas Dan DiPercayai Ditembak Di Ukraine

Dengan Bismillah dan salam sejahtera,
Satu lagi berita mengejutkan dikhabarkan kepada rakyat Malaysia berkenaan sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines MH17 dipercayai terhempas dan turut didakwa ditembak oleh kumpulan pemisah tentera Russia.

gambar MH17 terhempas

Berita Terkini Daripada Astro Awani
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Lokasi Akhir Pesawat Sebelum Terhempas



Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

PM Terkejut Pesawat Terhempas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.



Gambar Pesawat MH17 Terhempas


 Gambar dan Foto MH17 Terhempas di Ukraine

Salam Takziah dan Al Fatihah 
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan KepadaNya Kita kembali.Salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas kapal terbang MH17 dan dengan rendah hati marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada kalangan mangsa yang beragama Islam.Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.amin..

Untuk mendapat perkembangan terkini #MH17, sahabat-sahabat boleh like dan follow page ini.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in