Showing posts with label Malay Kueh Mueh. Show all posts
Showing posts with label Malay Kueh Mueh. Show all posts

Resepi : APAM TEPUNG GANDUM

Agak mudah untuk membuat Apam nie..cuma banyak kerja nak sapu acuan kecil2 dengan minyak...kalau malas buh dalam loyang habis ceta.Apa yang senang dalam dunia ni kan...hehe..Selamat Mencuba!


Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum

50 gm tepung beras
75 gm gula perang
1 sudu yis
1 1/2 cawan air suam + 1 sudu teh gula

Cara-caranya:

air suam + yis dan biar sebentar 5 minit hingga kelihatan berbuih.
Tambah tepung dan gula.
Biarkan kembang sebentar.
Lapik loyang dgn parchment paper atau sapu minyak
Panaskan kukusan.
Tutup loyang dengan aluminium foil.
Tuang adunan dalam loyang dan kukus hingga masak 30 - 45 minit.
Bila dah masak, sejukkan dahulu, baru dipotong...




Psssttt, terima kasih sudi baca. 

Resepi |: Cucur Gebu Mcm Saya Awesome


Haaa!!! atas ni.. gambar cucur gebu  yang aku buat minggu lepas.Maklumlah lah dah berkumpul ramai2 cucur panas2 memang sedap. kadang2 petang2 tu mood dan angin ok.. dah masak lunch .... En.cayang  bley dapat makan plak supper cucur panas mcm ni ngan teh panas... masa tu .. aku la bini yang sempurna.. sayang abis lah kat dia tuh... tak masak pun sayang jugakkk...
 Bagi anda yang tak pernah cuba, anda boleh cuba resepi yang memang mables dari Chef Amer .


Cucur Gebu Mcm Saya  Chef Amer


Bahan-bahan:-

1 kg. Tepung
10. gm. yis
10. gm. baking powder
2. bj. Telur
10. gm. Garam
5. gm. Gula
15. gm. Udang kering kisar
1. liter. Air
1. bj. Kentang disagat
1/2 btg. Carrot disagat
2. bj. Bwg besar dicincang
6. bj. Cili merah dicincang
10. btg. Daun sup dicincang
50. gm. Tauge
500 gm. Udang segar dibuang kepala


Caranya:-
Satukan semua bahan diatas dan Goreng dengan minyak sederhana panas hingga keemasan dan rangup..Angkat dan toskan..Siap untuk dihidangkan bersama sos cili! Selamat mencuba resepi senang ini!
.











Resepi :Tauhu Sumbat Goreng

KEUNIKAN hidangan tauhu sumbat ini terletak pada rasa ayamnya, kerana cara penyediaan bahan utamanya hanyalah tauhu yang digoreng terlebih dahulu dan isi tahu digaul sekali dengan bahan2 yang lain.

Sekiranya sos yang disediakan sedap maka sajian tauhu sumbat ini juga enak untuk dinikmati.

Menu ini juga akan bertambah enak apabila disajikan bersama nasi putih .

Bagi anda yang masih terfikir-fikir hidangan yang ingin disediakan pada bulan ramadhan, apa kata cubalah resipi ini. 

Bahan-Bahan: ( 10 biji )
1/2 bungkus ayam kisar ramli
1 biji bawang besar (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
Daun sup dan daun bawang (agak2 la)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur
Minyak untuk goreng
5 biji tauhu
Cara Membuat:
1. Mula goreng dulu tauhu seketul-seketul. Lepas goreng, tunggu sejuk dan potong dua.
2. Kemudian keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit yang sebelah luar terkoyak.
3. Untuk inti tauhu, tumis bawang merah dan putih samapi naik bau. Masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak.
4. Kemudian masukan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Taburkan sebuk lada hitam dan putih. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukan daun sup dan daun bawang.
6. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti ke dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.
7. Setelah itu, tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sekali lagi.
6. Setelah masak, boleh dimakan dengan sos cili.


RESEPI KUIH KACANG HIJAU




Bahan-Bahan:
.
1 cawan kacang hijau.
3/4 cawan gula pasir.
3 sudu besar kelapa parut.
2 sudu besar tepung gandum.
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil air kapur.
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
.
Cara Penyediaan:
.
Rendam kacang hijau selama satu jam setengah atau sehingga lembut,Kemudian masak sehingga empuk
Apabila air hampir kering, masukkan gula, kelapa dan kacau sehingga kering.
Taburkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati angkat dan sejukkan
Bulat dan leperkan inti kacang,
Dalam mangkuk berasingan satukan tepung, air kapur, garam dan air secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu pekat
Panaskan minyak, celupkan inti kacang yang di bulatkan tadi kedalam tepung, dan goreng sehingga keperangan.
.

Resepi : APAM SUSU AweSome

Assalam...

Assalammualaikum..Salam Pagi Sabtu Yang Ceria..
"Ya Allah Ringankanlah Beban Kami Sekeluarga Hari Ini..Bukakan lah Pintu Rezeki Kami,,Keluarga Kami,Sahabat2 Kami..Berikanlah Nikmat Kesihatan Rohani Dan Jasmani Kami..Agak Kami Dapat Membuat Kebaikan Ya Allah.."
Amin..

APAM SUSU MZ


Hari ni saya nak share resepi apam susu yang paling mudah nak buat. Dah ramai pun yang share resepi apam susu ni..banyak versi juga resepinya..Cumanya cara saya buat ialah guna apa yang ada jer..Tak payah pakai mixer, tak perlu timbang-timbang..cuma sukat guna sudu, cawan dan blend jer..yang penting ada periuk kukus..buat apam susu ni tak perlu nak guna oven..bukan saja mudah, yang pastinya insyaaAllah menjadi resepi ni..


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallette
4 sudu besar susu pekat manis
4 biji telur
2 sudu minyak masak
Pewarna makanan

Cara-caranya:

1. Pukul atau blend telur bersama gula, esen vanilla dan ovallette hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak.
4. Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang anda ingini.

Tips:
Jika anda inginkan corak seperti di atas, mulakan tuang adunan ke dalam loyang dari tengah dan selang selikan mengikut warna. Setelah habis adunan dituang, ambil sebatang lidi dan dan buat garisan dari tepi loyang ke tengah untuk hasilkan bentuk kelopak bunga.


5. Setelah selesai, anda akan lihat rupa adunan apam sebelum dikukus seperti di bawah. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus selama 45 minit-60 minit atau sehingga apam masak. Periksa dengan cucukan garfu. Jika telah masak, garfu yang dicucuk kelihatan bersih dan tidak melekat dengan adunan.

Untuk pastikan wap air tidak menitik di atas apam semasa dikukus, boleh tutupkan bahagian atas loyang secara longgar dengan aluminium foil atau lapik bahagian dalam tudung pengukus dengan kain dan kukus dengan api sederhana. Jika tidak, apam mungkin akan kelihatan menggelembung atau permukaannya tidak rata dan cantik. Selalunya apam akan naik dua kali ganda dengan adunan asal.



APAM SUSU MZ



APAM SUSU MZ

Abaikan berkedut sedikit permukaan atas apam nie...yang penting ianya sedapppp


APAM SUSU MZ

Senang je nak membuatnya, kan?
Lepas ni bolehla cuba yer...


SELAMAT MENCUBA!!

RESEPI : CUCUQ JAWA a.k.a CUCUR UFO

 Assalamualaikum semua... Finally!!! resepi nya dah  lama menuntut dengan MakBondaKu dah lama duk dalam buku hikmat aku..hihihi...semalam 22.4.2014 baru termakbul hajat.....sebab aku nie buat kuih memang boleh di katakan hari2 nak selfie satu persatu apa yang di masak tu yang malas terlampau free sangat dan kerajinan terlebih terhasillah resepi dalam blog nie..hahahaha..


CUCUR JAWA MZ
Cucur Jawa UFO
 ** versi Cik Puan Zie **

1 cawan gula merah #
1/2 cawan gula pasir #
2 cawan air #

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil Baking Powder
1/2 sudu kecil Garam

cara2:
- masak bersama bahan2 bertanda #  hingga larut. sejukkan
- tuang dalam adunan tepung dan garam kacau sebati dengan handwhisk kalau tak ada ..korang sendukkan ajer pun bleh.. then tapis kan..takut ada tepung ketul2 lagi...
- perap adunan sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman .. lagi lama lagi bagus

 - panaskan minyak sedikit 
(bukan banyak macam deep fry yer, cukup sekadar dapat goreng 1 keping cucur )
minyak  dan api kena maintain kepanasanya..
jangan plak main kejap besar kecip kecik api tu..hihi..kena banyak sabar ok

 - sendukkan adunan dalam minyak dan goreng hingga bahagian tengahnya menggelembung.
 baru di terbalikkan
- goreng satu per satu hingga habis


CARA GORENG CUCUR JAWA
Masukkan satu senduk adunan
biarkan hingga buncit atas tu dah kering...baru
terbalikkan


cucur ini masak dari bahagian tepi then perlahan-lahan ke tengah
 memang dia masak bek bek bek..sabo jer kena tunggu
dah nama kuih tradisional kan..

CARA GORENG CUCUR JAWA MZ
taraaa...UFO dah jadi...practise make perfect


 CUCUR JAWA MZ

waiting suamiku encik perfect 10...semalam ada balance 3keping ...
pagi tadi encik perfect 10 abisss kan :-)



so korang cuba jangan x cuba...sebab gerenti jadi....jaminan boleh kerat tangan... makan banyak bleh kerat kaki.....kurangkan manis dalam masakan

kalu x jadi boleh tinggal makian di sini.....gulpsss..statement...hihihihi...

RESEPI :PISANG GORENG CHEESE

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pada kali ini zie nak kongsi satu lagi resepi .  Kuih ni sedang hot di pasaran harga nya yaa ampun sikit ajekan ....memang tak puas makan .   

Nak tahu kuih ape?????
teruskanlah tengok entri ini~~~~~

. Jom la tengok dan buat sama-sama.

                                               inilah rupa  yang berjaya zie hasilkan

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG

1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA

1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.

2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).

3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.



~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~
Rugi kalau tak cuba
......(^_^)...

APAM BERAS KU YG GEBU GEBASSS



Salam Petang semlm buat apam.. .pagi ni repeat lagi.....semalam makan gitu jer sebab kelapa xde...hari ni makan ngan kelapa pulak ..baru best...

akak guna ragi tapai buat sendiri untuk wat apam ni..apam tepong beras..gebuuu  :)




 Nak  Resepi Klip sini

DONUT selepas kelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,





Hari ni mendonut lagi..tq chef Nur Helmy Bin Rosli atas tunjuk ajar di kelas donut minggu lepas...teknik kena tahu supaya dapat donut yang gebu...betul cakap chef, lain tangan lain kejadiannya...hehehehe..banyak lagi saya perlu perbaiki lagi...tak rugi saya berguru....dah jatuh cinta nak buat donat nie...memang gebu ...ari nie buat yang tabur gula dulu...lepas nie nak buat sejibik Big Apple..semoga Allah s.w.t murahkan rezeki Chef dan anda semua yer.aminnn..



TEPUNG BERAS



Tepung Beras

Tepung beras ada banyak jenis.
. Gajah yang tiga ekor, menghasilkan kuih yang lebih lembut dan cantik berkilat.
Gajah satu pula, biasanya di gunakan untuk menyediakan goreng pisang, atau kuih muih yang di goreng

Gajah 5 pula, untuk membuat laksa

dalam setiap resep kuih muih MASZIE ..maszie menggunakan tepung cap ROSE..TEPUNG YANG SANGAT2 SESUAI UNTUK BUAT PELBAGAI KUIH TALAM.AND KUIH KUKUS..

Tips membuat karipap yg rangup.

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..


Resepi : Karipap Sardin

Sebelum bulan Syawal ni habis baik la kiranya aku habiskan entry pasal  puasa Enam aku yang mengidam kalahkan ada baby dalam peyut ... buka kat rumah je nanti, nak kejar acara hujung minggu banyak sangat jemputan makan nasi minyak dan open house...kawan2 buat open haouse ke...??? maszie tak buat tahun nie sebab PM tak buat sama2 menghormati mangsa MH17 , ni pun acara berbuka puasa hari isnin lepas, cuma baru nie dapat update  dalam blog.. so ini la dia menu  iftar bersama pencinta K-POP a.k.a. karipap sardin hoho..

Hidangan berbuka puasa ni saya pilih karipap sardin untuk versi kuih muih... tak ada kuih lain... Tu pun masa buat blogwalking kat dapur Sinar Kehidupanku, ternampak resepi ni, saya pun teruja nak buat, kebetulan memang terbayang2 karipap yang ranggup dan inti yang marbles... Bila dah jadi karipop time nak mengoreng pukul 7:00p.m ada tertamu yang datang tampa rojer terlebih dahulu...memang rezeki adik2 akak lah ye...langkah kanan sungguh uolls yea...asma & ellamour.Simple je tapi anak-anak and anak tekak suka !!! Layan resepi dulu...


Bahan-Bahan

  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
Cara menyediakannya
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak. 
Bahan utk inti
  • 1 tin besar sardin
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan ptng dadu
  • 4 tangkai lada merah/hijau besar>> dihiris
  • 2 biji bwg besar 
  • 2 ulas bwg putih
  • garam dan gula
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara menyediakan inti - 
  1. Kentang yg di potong dadu di rebus hingga separuh masak, toskan.
  2. Sardin di toskan airnya dan hancur2kan.... ketepikan.
  3. Hiris atau cincang bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. 
  4. Masukkan lada merah dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang dan sardin yg di hancurkan, gula dan garam secukup rasa. 
  5. Masukkan sedikit jus limau kasturi dan gaul sebati. Kalau rasa dah ok, bolehlah di angkat dan sejukkan. 
  6. Masak hingga kering sedikit.

Yang  hidangan penuh kami berbuka puasa terlupa nak berposing.  Masak habis simple dan bodoh-bodoh jerrr… Semalam terasa letih dam mood nak memasak pun kurang sikit. Namun Alhamdulillah sempat jugak sediakan hidangan lengkap buat famili tercinta!!!

Bingka Bakar Pandan

Dalam bulan Ramadan ni, kalau kita bukan peminat Bazar Ramadan, biasannya kita akan mencari kuih yang simple sedap dan mudah menyediakkan. Rasanya kuih Bingka Pandan ini merupakan favourite Ramadan..bahanya simple, membuatnya mudah..dan rasanya pun enak.

Tambahkan dengan isi durian menjadi pilihan dengan hijau pandan..hmmmm....yum..yum






Tempahan lagi, Badak Kubang



Terima tempahan lagi....kali nie saya buat kuih badak kubang. paling popular time bulan puasa di negeriku tercinta pahang darulmakmur


Resepi Badak Kubang saya pernah postkan dalam blog ini dan beberapa blogger telah mencuba. Jika anda ingin mencuba sila ke disini. Jika anda yang telah mencuba resepi ini adalah diharapkan agar dapat memberikan sedikit kredit kepada blog saya. Tak salah bukan memberikan sedikit kredit buat orang yang sudi berkongsi resepi yang diperolehi dari kelas yang dibayar kepada anda. Saya sanggup kongsi dan taip resepi tersebut dan menerangkan dengan terperinci supaya anda dapat membuat Badak Kubang ini dengan jayanya. Saya tak mintak banyak cukuplah link kan dengan blog saya secara proper.



RESEPI : KUIH GULUNG (KETAYAP)



Kuih Dadar atau kuih ketayap adalah antara kuih2 melayu yang paling senang dan sedap bagi saya….. My putra  suka sangat makan kuih ni…. Dah dua hari saya berturut-turut, saya buat kuih ni untuk iftar!!!. Dalam banyak2 resepi kat internet, resepi dari Bonda yang paling best dan mudah.  Saya share resepi ni di sini. Thanks Bondaku for sharing…… 

Bile musim durian ade...inti durian pun mestila ade...  
Mula plan nak buat kuih puteri sebilik...tapi nak makan kuih yg ade intinya banyak....nak buat 
kuih koci...angin rajin xbape nak laju...so bile irfan request  teringat kuih ketayap...so 
ibu pun mencarila resepinya....... 


KUIH GULUNG (KETAYAP) 

Bahan2 (utk 4-5 orang, lebih kurang 15 gulung yang kecil):

Bahan-bahan : 

Untuk inti: 
1) ½ biji kelapa parut 
2) ¼ cawan gula kabung 
3) ½ cawan gula pasir
4) 1 helai daun pandan
5) ¼ cawan air

Untuk kulit :
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan jus pandan
3) ½ cawan susu segar
4) 1 biji telur
5) ½ sudu teh garam

6) 2 sudu minyak

Cara : Untuk inti: 1) Gaulkan semua bahan­bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana. 2) 
 Masak di atas api yang kecil hingga inti sebati & melengas.Kacaukan inti  separa kering. Angkat dan ketepikan.


Untuk kulit : 1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapis. 2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin. 3) Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah­tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­kemas. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.

NOTA: 1/2 cawan susu segar tu, ZIE pernah juga tukarkan kepada air sahaja. Pun masih sama texture kelembutannya. Jus pandan tu saya tukarkan air dan masukkan sedikit pandan paste


** Untuk mendapat hasil yang cantik dan lembut, ia perlu digulung dengan cepat (lepas letak adunan beberapa saat, agak2 dah tak cair), jangan tunggu adunan menjadi keras. (Bila kulit di bahagian tepi adunan dah terjungkit, ini menandakan kulit dah agak keras).


 SELAMAT MENCUBA .....

Tutorial KELONGSONG KUIH

Assalam U olls,

Hari ni cik Zie nak cite pasal kuih2 feveret time bulan pose ni..Antara yang sering disediakan adalah seperti kuih Koci, Tapai, Lepat dan sebagainya. Jadi untuk anda yang ingin membuat , sudah pasti perlu tahu cara lipatan untuk membuat kelongsong kuih tersebut dibuat.
Untuk itu, pelajari beberapa langkah menyediakan kelongsong kuih tradisi.

TEPUNG PELITA






KUIH TAKO


1. Daun pandan digunting melintang sampai ke tulang daunnya sepanjang 3 cm, 4 cm, 3cm, 4 cm, 3cm. 
Ini tergantung dari lebar daunnya. Daun yang saya gunakan lebarnya antara 3 - 4 cm. Kalau lebih panjang dari lebar daunnya, nanti alasnya bolong. Kalau lebih pendek dari lebar daunnya, enggak bisa dianyam. Jadi disesuaikan saja dengan lebar daunnya.
2. Setelah itu ditekuk menurut arah guntingan.
3. Kunci dengan lidi atau tusuk gigi. 
4. Anyam bagian yang tidak digunting berselang seling. Ini

KOCI

BAHAN-BAHAN:

Daun pisang yang dilayur
Gunting


 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in