Showing posts with label My BAKING INFO & TIPS. Show all posts
Showing posts with label My BAKING INFO & TIPS. Show all posts

Lemon & Limau Nipis


Dulu saya selalu teragak² everytime nak beli lemon or limau nipis time shopping.  Bukannya apa.. bimbang x habis, last² kering je dalam fridge.  Dahla harga limau nipis & lemon ni agak mahal.

Kebetulan time saya search cara untuk masak hummus, saya jumpa teknik yang bagus & mudah untuk menyimpan lemon.  Sekarag ni saya memang dah x ragu² lagi.. in fact my husband boleh order honey & lemon panas anytime dia nak.  

Ok.. caranya mudah aje, BEKUKAN LEMON OR LIMAU NIPIS tu. Paling saya suka dengan teknik ni, lemon akan jadi lebih juicy (tak perlu la kita guna teknik gelek²kan lemon or lime tu untuk dapatkan banyak jus).  Biasanya saya keluarkan lemon around 5 mins  before guna, then just slice macam biasa.  

Saya tak perah lemon tu, biasanya saya terus letak 1-2 slices dalam air minuman. Untuk buat lemon chicken, saya biasa guna 1 biji lemon utk 1/2 ekor ayam, terus perapkan saja ayam dengan hirisan lemon...

Ada lagi satu teknik untuk dapatkan perahan lemon, cucuk² lemon dengan garfu & panaskan dalam microwave sekejap.. (saya x pasti berapa lama coz saya x pernah try..).  Mengikut petua ni, jus akan keluar sendiri.. tak perlu susah² untuk potong & perah.

Idea Kreatif: Gubahan Roti

Teknik dan idea kreatif membentuk roti bun dan pastri.

Bila datang angin rajin nanti, boleh cuba buat.



Idea Kreatif: Gubahan dari ROTI

Assalammualaikum, salam Ahad.Hari ni last Syawal masih banyak open house belum pergi...Saya sharekan gambar dekorasi roti yang saya google untuk rujukan 
Semoga membantu.









USE THIS..TO MAKE THIS

Baru ku tahu kegunaan beater yang ada.
Selalu main belasah je ambil mana suka.


Cara Simpan Telur

*Sebelum menyimpan telur pastikan teliti bahagian kulit.
*Jika terdapat kotoran segera bersihkan dengan mencucinya dengan span dan air bersih.
*Biasakan bersihkan telur terlebih dahulu sebelum simpan dalam peti sejuk.
*Tapi AWAS jangan cuci telur terlalu lama kerana kulit telur mempunyai liang yang menyerap yang menyerap bahan asing termasuk bakteria.
*Jika terlalu lama basuh liang-liang itu akan mengembang dan memudahkan bakteri masuk.
*Simpan telur dengan penjuru yang lebih tajam ke bawah dan jauh dari makanan yang berbau seperti ikan @ bawang kerana ia menyerap bau.






Step-by -step cara nak buat Tart


tahun ni Jom try new resepi....ilham kawan fb.... alter sket
- 1kuning telur
- 1buku butter
- 2sdb tepung jagung **resepi asal x letak
- 2sdb gula icing **resepi asal x letak
- secubit garam **resepi asal x letak
- esen vanila
- tepung gandum secukup nya
cara cara
- pukul telur, butter, garam, gula sebati & agak putih...
- masukkan tepung jagung smbil kacau
- masukkan tepung gandum sikit2 hingga doh cantik & x melekat kat tgn & blh dikepal
- sedia utk diterap
- bakar 10-15min ...160c...atau ikut kesesuaian oven masing



1.Bahagian bergerigi..terbalikkan masa menekan..
2.Guna bahagian belakang..
3.Letak jem nenas yang dibulat2kan..
4.Gulung perlahan..
5.Habiskan gulung..
6 Masukkan dlm pper cup..cara ni tuk kasi tat tahan lama sebab setelah dibakar dilarang memegang tat secara terus tampa lapik..dikhuatiri cepat berlapuk..
7.Susun dalam dulang pembakar..
8.Sapukan sedikit kuning telur yang dicampur dengan sedikit susu cair..
9.Siap di bakar..

11 CARA MENGHASILKAN BISKUT YANG RANGGUP

Minggu nie semua dah sibuk dengan menbuat kuih raya.Mari kita baca tips untuk menghasilkan kuih raya yang yuuummmm.....


1.MENTEGA



*Gunakan mentega tulin seperti :Tatura butter,Scs butter,Anchor butter dan jenama yang tertulis Pure butter atau lepa susu sprt Buttercup.

*Jika menggunakan marjerin biskut akan berasa masin.

*Biskut juga kurang enak.
*Selain itu biskut akan cepat berbau tengik (bau kurang sedap )
*Sewaktu putar butter jangan terlalu lama.
*Ia akan berminyak dan adunan biskut menjadi lembik.
*Biskut juga tidak menjadi ranggup.




2.KEKACANG

*Biskut yang menggunkan kekacang seperti : almond,hazelnut,gajus dan kacang tanah mestilah dibakar terlebih dahulu.

*Cara goreng kekacang tanpa menggunakan minyak.
*Cara ini biskut lebih ranggup dan tahan lebih tama.
*Bagi kekacang seperti : walnut,pecan,pistachio dan macadamia tak perlu dubakar.
*Kerana kekacang jenis ini agak berminyak bila dibakar.
*Boleh terus dicampurkan ke dalam adunan biskut.
*Bakar guna oven lagi mudah iaitu rata kekacang dalam loyang dan bakar 10 minit 180'c.( ikut oven msng2 )



3.MENGGAUL DAN MENGULI ADUNAN

*Untuk mendapat hasil yang biarkan mentega dan telur pada suhu bilik.

*Jangan putar mentega dan gula berlebihan.
*Cukup hingga berkrim sahaja ( mentega bertukar warna lebih cerah )
*Jika terlebih putar menyebabkan adunan menjadi lembut.
*Ia akan menyebabkan biskut mengembang bila dibakar.


 4.MEREHATKAN ADUNAN



*Apabila adunan sudah siap menjadi doh,balut dengan plastic wrap terlebih dahulu. 

*Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 3 - 4jam.

*Cara ini menjadikan biskut menjadi lebih ranggup seperti cookies dan shortbread cookies.
*Selepas dikeluarkan dari peti sejuk doh akan menjadi agak keras sedikit.
*Jika ia terjadi jangan risau uli sahaja doh tadi.
*Tapi kalau buat biskut biasa tak perlu simpan dalam peti sejuk.
*Terus tekap dengan acuan dan bakar.


5.BAHAN TAMBAHAN MERANGGUPKAN BISKUT




*Tepung jagung,tepung kastard,tepung ubi dan tepung kentang juga memainkan peranan dalam meranggupkan biskut.

*Dalam sukatannya pula selalunya tepung gandum lebih banyak dan tepung tambahan sedikit sahaja.
*Selain itu serbuk emplex,gula pasir,serbuk badam dan shortening juga berfungsi meranggupkan biskut.





6.BIJIRIN



*Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti : oat,nestum,cornflakes dan gandum adunannya mestilah lembut.

*Kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah direhatkan.

*Menambah tepung pada papan pencanai juga boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras.





7.ADUNAN YANG MENGGUNAKAN NOZZLE



*Adunannya mestilah lembut dan senang dipicit.

*Gunakan piping bag yang tebal.

*Gunakan nozzle yang sesuai iaitu memudahkan adunan keluar bila di picit.
*Hanya adunan plain dan lembut,tidak bercampur dengan kekacang,raisin dan bijirin.
*Kerana ia akan menyebabkan susah untuk di picit dan keluar dari nozzle.



 8.LOYANG PEMBAKAR



*Guna loyang pembakar yang tepinya rendah.

*Kerana memudahkan aliran haba dari oven pada biskut.

*Menjadikan biskut mudah masak dan sekata masaknya.
*Alas tengak loyang dengan kertas minyak baru letak biskut.
*Selain alas dengan kertas minyak,gris dengan sedikit mentega pun boleh juga.
*Jangan terlalu banyak menyapu butter pada loyang,ia akan menyebabkan biskut jadi berminyak dan lembab.




 9.NAK TAHU BISKUT SUDAH MASAK @ BELUM 



*Ingin tahu sama ada sudah masak@belum ialah tolak biskut dengan jari@garfu.

*Jika biskut boleh bergerak@mudah diangkat tidak meletak pada kertas minyak itu menandakan biskut sudah pun masak.

*Jika biskut meletak pada kertas minyak dan pecah itu bermakna biskut belum masak.
*Biskut agak lembik apabila baru keluar dari oven.
*Tapi ia akan mengeras dan rangup bila telah sejuk.




10.SEJUKKAN BISKUT



*Bila sudah siap di bakar perlu lah disejuk dahulu.

*Keluarkan biskut daripada loyang pembakar dan letak diatas tray.

*Biarkan ia sejuk baru di simpan dalam bekas kedap udara.




11.MENYIMPAN BISKUT



*Bila biskut benar-benar dah sejuk simpan dalam balang kedap udara.

*Supaya biskut tidak masuk angin.

*Jika biskut tidak disimpan dalam bekas kedap udara akan menyebabkan biskut menjadi lemau dan rosak.
*Jika biskut belum benar-benar sejuk sudah di masukkan dalam bekas menyebabkan biskut menjadi lembab tidak ranggup.
*Kerana akan terhasilnya wap daripada biskut yang masih panas.
*Jika ia terjadi biskut tidak akan tahan lama.
*Biskut yang tidak mengunakan pengawat dan cara simpan yang betul ia boleh tahan selama 2-3 bulan.

JENIS-JENIS GULA...SI MANIS

GULA menjadi sebahaigan kehidupan yang tak terpisah...tiada hari tanpa GULA (SI MANIS) ni...kecuali gula pasir, banyak jenis gula lain yang dipakai untuk minuman mahupun makanan. Sebaiknya kenali jenis-jenisnya agar bisa memanfaatkan rasa manisnya!



 GULA PASIR (COARSE SUGAR )

*Jenis ini adalah yang paling mudah di dapati.

*Ia berwarna putih butir-butir gula agak kasar.

*Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih.
*Jika ingin membuat gula hangus untuk puding @ kek,cairkan gula pasir hingga keperangan,kemudian baru masukkan air dan kacau hingga cair.



GULA HALUS ( FINE GRANULATED SUGAR )

*Ia berwarna putih dan sesuai untuk membuat kek. *Kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila diputar bersama mentega @ diputar bersama telur.
*Butir-butir gulanya halus sedikit daripada gula pasir.



GULA KASTOR ( CASTER SUGAR )

*Gula ini ber warna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut,pastri,roti.
*Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus.
*Ia mudah cair apabila diputar bersama mentegab @ telur.
*Jika buat biskut @ kulit tart akan menjadi rangup.




GULA AISING( ICING SUGAR/CONFECTIONERS SUGAR )

*Gula ini yang paling halus dalam kategori gula putih.

*Ia bukan 100% gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung.

*Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.
*Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant @ pes gula (sugarpaste)

RESEPI BUTTERCREAM 4


ITALIAN MERINGUE BUTTERCREAM
Bahan Sirap
1 cwn air
2 cwn gula pasir

Cara
1.Masak gula bersam air hingga gula larut.
2.Bila gula dah larut tutup api.( jgn sampai hangus)
3,Biarkan sejuk.

Bahan Buttercream
1 cwn putih telur ( 7 bji putih telur )
1 cwn shortening
2 1/2 cwn butter
2 sudu besar esen vanilla

Cara
1.Campurkan butter dan shortening dalam mangkuk,gaul sebati guna spatula.
2.Pastikan butter dan shortening dalam keadaan suhu bilik.
3.Kemudian Putar putih telur hingga kembang.
4.Tuang gula sirap tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan.
5.Putar hingga betul-betul kembang dan gebu dengan kelajuan tinggi.
6.Rendahkan kelajuan maksima masukkan sedikit demi sedikit campuran butter dan shortening tadi sambil diputar.
7.Tuang esen vanilla,gaul sebati kaup balik guna spatula.
8.Sedia salut pada kek.

P/S:Boleh disimpan baki buttercream.




BUTTERCREAM 
Bahan Sirap
6 biji putih telur
1 1/2 cwn gula halus



Bahan Buttercream
2 cwn gula aising
3/4 cwn shortening
2 cwn butter
2 sudu besar esen vanilla

Cara
1.Masak putih telur dan gula halus hingga gula larut guna cara double boiler.
2.Kemudian tuang dalam mangkuk mixer dan putar hingga betul-betul kembang dan gebu.
3.Putar dengan kelajuan tinggi.
4.Matikan sebentar mixer dan tuang gula aising,putar perlahan hingga sebati.
5.Campurkan butter dan shortening,kemudian masukkan dalam adunan tadi.
6.Putar perlahan hingga sebati dan masukkan esen vanilla,putar lagi hingga sebati.
7.Kalau untuk letak warna ambil sedikit adunan masukkan dalam mangkuk dan titik dalam 2-3 titik pewarna,gaul rata.

P/S:Pastikan butter dan shortening dalam keadaan suhu bilik.


ITALIAN MERINGUE BUTTERCREAM
Bahan Sirap
1 cwn air
2 cwn gula pasir

Cara
1.Masak gula bersam air hingga gula larut.
2.Bila gula dah larut tutup api.( jgn sampai hangus)
3,Biarkan sejuk.

Bahan Buttercream
1 cwn putih telur ( 7 bji putih telur )
1 cwn shortening
2 1/2 cwn butter
2 sudu besar esen vanilla

Cara
1.Campurkan butter dan shortening dalam mangkuk,gaul sebati guna spatula.
2.Pastikan butter dan shortening dalam keadaan suhu bilik.
3.Kemudian Putar putih telur hingga kembang.
4.Tuang gula sirap tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan.
5.Putar hingga betul-betul kembang dan gebu dengan kelajuan tinggi.
6.Rendahkan kelajuan maksima masukkan sedikit demi sedikit campuran butter dan shortening tadi sambil diputar.
7.Tuang esen vanilla,gaul sebati kaup balik guna spatula.
8.Sedia salut pada kek.

P/S:Boleh disimpan baki buttercream.


Cara melapis untuk 2 layer - PANDAN LAYER CAKE

Resepi nie aku dapat dalam facebook page Jom Masak .Thank you soo much for the resepi...sangat2 teringin nak buat sambut syawal.Jom kita layan resepi dan cara membuatnya....


boleh jugak guna resepi kek chiffon pandan
resepi kek span..loyang 8x3

PANDAN LAYER CAKE (FB JOM MASAK)

- 150g tepung gandum
- 1sdt baking powder
**ayak

- 5biji telur B
- 100g gula kastor
- 1sdt ovalette
- 50ml ssu segar / cair / jus pandan
- 1sdt esen vanila.
- perisa pandan & pewarna hijau

- 50ml minyak masak
cara cara
- masukkan semua bahan kecuali minyak
- mix kan dengan kelajuan tinggi selama 15min atau hingga berkrim
- masukkan minyak...gaul dengan spatula hingga sebati
- tuang dlm loyang yg dah dialas & griss pada dasar sahaja
- bakar suhu 170 api atas bawah...30min
- dah masak...sisip kan pisau...terbalikkan...biar sejuk atas redai

- ***resepi kastard ada pada pic kastard







1-lapik plastik dlm acuan
2- masak kastad pandan hingga berwap dan kluar gelembung udara...xmo likat2 sgt... biar panas2 sblm guna ye
3- ambil sedikit kastad dan letakkan rata dlm loyang utk dasar
4- letakkan sekeping lapisan kek ditengah2.. biar ada ruang di tepi utk kastad
5- curahkan 1/2 dari kastad atau hingga menutupi lapisan kek.. biar mgalir ke ruang kosong tepi kek.
Hentak2 utk hilangkan gelembung udara
6- letakkan kepingan kek ke-2 dan curahkan lebihan kastad hingga menutupi kek.. hentak2 juga.. tggu sejuk dan sejukkan dlm peti 1 jam
7- keluarkan kek dan lap klu ada peluh2
8- taburkan kelapa kering
9- sedia di makan 

JENIS CHOCOLATE

Mari mengenali jenis coklat masak...


COKLAT PUTIH @ WHITE CHOCOLATE 

*Coklat ini dihasilkan daripada mentega koko,gula,susu,emulsifier dan vanilla.
*Sewaktu mencairkan dengan berhati-hati kerana ia mengandungi lemak coklat yang sedikit.
*Ia mengandungi pepejal koko yang sedikit.
*Ia juga mempunyai rasa yang enak dan lembut.
*Coklat putih boleh digunakan dalam hiasan dan dekorasi pada kek.
*Boleh juga digunakan dalam pembuatan pelbagai jenis pencuci mulut.



COKLAT SUSU @ MILK CHOCOLATE


*Ia mempunyai rasa yang manis dan lemak.

*Sesuai digunakan dalam coklat buatan tangan@ homemade coklat.
*Coklat jenis ini tidak sesuai digunakan dalam masakkan.
*Coklat susu mudah hangus bila dicairkan kerana kandungan coklat yang sedikit
*Ia mengandungi 20% mentega koko dan 12% pepejal susu.
*Ia sesuai untuk biskut.





COKLAT GELAP @ DARK CHOCOLATE


*Ia mempunyai rasa sangat sedap.
*Ia sesuai digunakan dalam masakkan.
*Coklat ini mangandungi mentaga koko,gula dan emulsifier.
*Coklat ini tidak mengandungi susu.
*Rasanya pahit-manis atau pun tidak manis merupakan ciri-ciri pelbagai coklat gelap ini.





BITTERSWEET CHOCOLATE@COKLAT PAHIT MANIS


*Ia mempunyai rasa yang pahit manis.
*Coklat ini mengandungi 35 % pepejal coklat.
*Coklat pahit manis yang tinggi kualiti mengandungi 60% - 80% pepejal koko.
*Kualiti pepejal koko bergantung pada setiap jenama coklat itu.
*Jika kandungan pepejal koko lebih tinggi berbanding gula ia memberi rasa coklat yang mewah,padat dan lebih rasa coklatnya.
*Selalunya ia digunakan dalam masakkan seperti buttercream,frosting,ais krim,sos coklat dan dessert.





UNSWEETENED CHOCOLATE@COKLAT TIDAK MANIS

*Ia mempunyai rasa yang pahit.
*Coklat ini tidak mengandungi gula.
*Kandungan coklat ini 100% pepejal koko.
*Mana kala separuhnya daripadanya mungkin mengandungi mentega koko.
*Tidak sesuai untuk di jadikan coklat homemade.
*Ia sesuai digunakan dalam masakkan seperti dalam dessert,buttercream,frosting dan filling.



SWEET DARK CHOCOLATE@COKLAT GELAP MANIS


*Ia mempunyai warna gelap yang terang sedikit daripada dark chocolate.
*Rasanya pahit manis.
*Ia juga mempunyai rasa yang agak sama dengan semi-sweet chocolate.
*Agak sukar untuk membezakan antara sweet dark chocolate dan semi-sweet chocolate kerana rasa yang agak same.
*Ia cuma dapat dibezakan dengan warna coklat.
*Iaitu sweet dark chocolate agak gelap sedikit berbanding semi-sweet chocolate.
*Sesuai digunakan dalam masakkan seperti kek,dessert,frosting dan topping.





SEMI-SWEET CHOCOLATE@COKLAT SEPARA MANIS


*Mempunyai rasa manis sedikit pahit.
*Rasanya agak sama seperti coklat gelap manis.
*Senang di dapati kedai runcit dan pasaraya.
*Ia juga boleh digunakan sebagai gantian coklat gelap manis,jika tiada coklat gelap manis.
*Coklat ini selalunya mengandungi 40% - 62% pepejal koko.
*Sesuai di gunakan dalam masakkan seperti kek,cookies,brownie dan biskut.


Selamat berkenalan....
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in