Zikir Hari Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^

Alhamdullilah,kita bertemua lagi dengan penghulunya segala hari. Hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman bagi menambahkan saham akhirat mereka. Pada hari ini ganjaran amalan kebajikan seseorang akan dibalas dengan berganda sebagaimana dinyatakan oleh Sayyidina Abu Hurairah RA yang diriwayatkan oleh Iman ath-Thabarani bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:"
Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Jumaat".




ya-Allah ya-Allah ya-Allah.

Makasudnya:
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah

Dibaca sebanyak 1,000 kali pada hari Jumaat.


InsyaAllah Fadhilatnya:
Dihampirkan rahmat Allah dan dijauhkan dari azab Allah.
Allah hampir kepada kita.
Allah anugrahkan kita rasa suka/rajin/nikmat/lazat untuk beramal ibadah, solat, islam atau tidak malu menutup aurat bagi yang wanita/perempuan.


Marilah sama-sama kita beramal, semoga kita cinta untuk berbuat ibadah.



BYE October HELLO November

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^


Sekejap je masa berlalu. Dah masuk bulan NOVEMBER dah. Bermakna lagi dua minggu anak2 MZ sekolah di SAlam. Bermakna aku tak lama lagi akan pindah terus ke Bandar Bukit Raja. Ahhh. Sebelum nak pindah , ada lagi satu benda penting yang terpaksa aku tempoh, iaitu peroses pertukaran sekolah anak2 ke Setia Alam 2014.

Ternyata, rasa sayu dan sedih pula...banyak kenangan Maszie & family di sana....,rezeki yang diperolehi lebih baik daripada yang diharapkan . Syukur sekali lagi.

Saya selalu bersyukur atas kehidupan yang begitu indah ini. Di sela-sela  ACTION yang saya lakukan,ucapan syukur tak henti-henti saya ucapkan sebagai bentuk terimakasih atas begitu besar dan melimpah nikmat yang telah saya terima.


Untuk mereka yang bergelar I S T E R I

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.



"Bertuahnya kita sebagai seorang wanita yang bergelar Isteri. Begitu besear ni'mat yang Allah berikan kepada kita. Terima kasih ya Allah kerana memberi penghargaan kepada kami sedemikian rupa. Jadikanlah kami isteri yang solehah kepada suami, dan ibu yang mithali kepada zuriat kami dan tak lupa juga hamba yang taat kepada perintah-Mu, wahai Robbul Izzati 'Arsyil 'Azim.. Amiiin.."





 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in