PANDUAN DIET MALAYSIA

Panduan Diet Malaysia 2010 telah digubal oleh pakar pemakanan bagi membantu anda menjadikan amalan pemakanan sihat sebahagian daripada gaya hidup anda. Anda boleh mendapat kelebihan daripada  amalan pemakanan sihat dengan mengikut 14 tip atau cadangan mudah di bawah :

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan.
2. Kekalkan berat badan dalam julat sihat.
3. Aktif secara fizikal setiap hari.
4. Makan jumlah nasi dan produk bijirin lain (terutamanya bijirin penuh) dan ubi-ubian secukupnya.
5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
6. Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan bijian secara sederhana.
7. Ambil susu dan produk tenusu yang mencukupi.
8. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan.
9. Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos.
10. Ambil makanan dan minuman rendah gula.
11. Minum banyak air setiap hari.
12. Amalkan pemberian susu ibu secara eksklusif (tanpa makanan lain) dari lahir hingga 6 bulan dan terus menyusu sehingga berusia 2 tahun.
13. Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih.
14. Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan secara efektif.

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Patuhi setiap sajian makanan setiap hari mengikut kumpulan makanan untuk mendapatkan pemakanan yang seimbang.

"MAKANAN SIHAT, MASYARAKAT CERGAS, NEGARA CEMERLANG"
Sumber : www.nutriweb.org.my

Basic Butter Cake

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..



Basic Butter Cake ,, haa dah cuba ker cake nie...sebenarnya kek nie buat untuk Talam ....terhangus atasnya,,masa bakar 40 minit pertama  tu ingatkan dah masak rupanya masih mentah lagi kat tengah2 kek, jadi MZ tambah masa bakar 15 minit lagi, walawei terhangus laa pulak daa tapi irfan kata yang hangus tu rasa tetap sedap :D

Pada kawan2 yang nak menalam Talam yang menggunakan Butter Cake boleh lah cuba resepi nie...



                   

Suhu Ocen  180C

Oven Temperature 180C

Masa Membakar 40-45 minit

Baking Time 40-50 minutes
Saiz Acuan 9"
Mould Size 9" 

Basic Butter Cake

Sumber:Buku Resepi/Wendy kor

BAHAN-BAHAN

A)
1. 250gm               Butter
2. 1 sudu besar      Kek Emulsifier
3. 220 gm              Gula Kastor
4. 1/2 sudu teh       Garam 

B)

5. 4 Biji                  Telur

C)

6. 280gm               Superfine Flour
7. 1 TSP                Baking Powder

D)

8. 1tbsp                Susu Tepung
9. 50 ml                 Air suam


CARA-CARA

 1)Pukul bahan A) sehingga naik dan kembang.


 2)Campurkan bahan B) sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.


 3)Ayak bahan C) dan masukkan ke dalam campuran di atas. Gaul hingga sekata.

 4) Kemudian masukkan bahan D) dan bancuh hingga sebati.

5)Sapukan marjerin pada acuan kek. Tuangkan campuran kek ke dalam acuan. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanskan pada suhu 180 C selama 40 - 50 minit.

RED VELVET CUPCAKES

Bismillah dan salam sejahtera.......

Alhamdulillah.. pagi  ni dingin dan nyaman jer bila hujan turun walaupon sekejap semalam, diselangselikan dengan bunyi guruh. Tak kuat sangat guruh kali ni, kiranya manja2 gitu jer.. hehe Alhamdulillah.. tak la panas berbahang dan jerubu sangat seperti hari2 sebelum ni..


 Fa-biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban yang artinya “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” 

Buat cupcake nih untuk tempahan dan ada la juga belen bebape ketul untuk anak makan2 kat umah.... anak2 nih minat berbenor benda yang ada cheese ... Irfan la yang suka makan agak banyak banding abang2 yang lain... apapon RV nih sedap, lembut dan moist.... kali nih aku buat topping tak campur white coklat .Lain kali aku kongsi resepi yang tu ye.. resepi asal yang ni adalah kek, tapi aku try wat cupcake atas permintaan customers. tima kasih juga wat penyumbang resepi aku tak ingat dari mana dapat resepi nie.



Tak perlu bercerita, biar lah gambar saja yg berbicara.. nyummm... nyummmmm ^___^


REV VELVET CC MZ



RED VELVET CUPCAKES

Bahan-bahan


*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur A
esen vanila

Topping

250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula
1 sudu besar jus perahan lemon

                          REV VELVET CC MZ

Cara-cara

Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang. 





REV VELVET CC MZ



 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in