Yeayyy dapat Mixer giant at last..Impian Menjadi Kenyataan!!

Syukur.. padaMU Ya Allah.. Kau masih lagi memberi ku ruang untuk bernafas di bumiMU ini. Aku bersyukur sangat. Tiada apa yang harus ku minta cumer memberi kesihatan yang baik supaya aku dapat menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu pada ank2 dan suamiku. Rezeki, ajal dan jodoh semua dah ditentukan olehNya. Alhamdulliah .. segalanya dipermudahkan oleh Allah.



So, setelah hampir lima bulan memendam perasaan dan membuat survey. Alhamdulilah, rezeki saya tahun ni bila dapat beli jugak  Giant Mixer ni. Rasa nak lompat-lompat je. Kembang-kempis akhirnya dapat memiliki produk yang berjenama dan berkualiti. Walaupun diakui harganya memang quite expensive a.k.a boleh kopak duit tabungan  tapi kepuasan bila dah test pakai mixer ni memang buat korang takkan toleh ke belakang lagiklah. Cubalah apa resepi pun berkaitan kek ke, pizza ke, pai ke, senang gila. Dan menyenangkan kerja sayang terus bolehh buat 200 300 biji puteri ayu.Saya yang bukanlah terror mana memasak ni, boleh jadi kagum sebab first time buat je dah menjadi. Bangga tau bila husband dan anak2 order lagik mintak masakkan macam-macam resepi baru ~_^





Berat badan mixer ni memang mantap dan berat yang jadikan segala bahan-bahan yang kita campak dekat dalam mixer ni, sebati bila bergaul bersama. Ditambah pulak dengan speed lever dia yang korang boleh selamba je tolak ke depan ke belakang. So, tak jadi masalah bila nak control kelajuan dia sesuka hati.




Jom layan gambar posing pertama berjaya membuat 200 biji kuih puteri ayu...


Mixer jenama BERJAYA pun bagus gak tau...murah pun murah...pernah sebelum beli tu zie survey harga mixer kat tempat lain, giler punya mahal...yang zie berkenan dengan jenama FRESH dapat 2 bowl...beli mixer ni bukan setakat nak buat roti je... nak uli tepung karipap pun boleh, uli keledek nak buat keria dan cucur badak pun boleh, uli doh donat dan pau dah memang tentu boleh la kan...takyah peluh2 nak menguli...kalau setakat 1/2 kg takpe kalau uli tangan....ditakdirkan tetiba dapat banyak oder kena buat berkilo2, nak uli tangannnnn!!! keluar muscle la kat lengan..he he he..



Kuih tempahan zie pun dah siap semua ...byeeeeeeee ..he he...





*buat en cayangku terima kasih atas segalanya.. syg cayang syg ....

6 comments:

  1. seronok kan, dapat barang yang di idam-idam..hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan singgah sini Sis..bertuahnyer dah dapat brg yg di idamkan dan lebih memudahkan kerja2 Sis...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in