Tempahan Sabtu nie..yg sungguh sibuk

Hujung minggu ini paling sibuk sangat sebab banyaklah sungguh tempahan yang datang terutama semuanya nak pada hari Sabtu dan Ahad iaitu 13/09/2014 sebab mungkin ramai yang mengadakan pelbagai majlis tertentu.

Malah ada yang dah buat tempahan awal 2/3 minggu awal maka untuk tidak menghampakan akak terima juga akhirnya walaupun memang betul2 padat penuh dgn order macam tak cukup masa nak buat dan teramatlah sibuknya... tapi bila ada yg merayu-rayu maka tak sampai juga hati dibuatnya..

Alhamdulillah..! dengan izin Allah akhirnya dapat juga menyiapkan kesemuanya walaupun memang agak letih sangat maklum buat sorang2 ada assistant (si irfan anak bongsu) dah tak nak tolong lagi, katanya adik dah stop tau tolong Ibu.. adik dah berhenti, kalau tak dialah yang selalu tolong mana yang patut.



Tempahan di atas dan di bawah ini dari Yatie (Setia Alam)  Kole Kacang dan Talam Keladi.
Yatie nak pagi (Sabtu), untuk jiran sebelah pintu ...majlis ke Tanah Suci Mekah  itu yang selepas hantar tempahan Yatie ni.., akak terus ke Shah Alam  untuk serah kunci homestay pulak.

Tempahan Seri Muka Pandan untuk  Ina Meru - untuk kawan yg datang kerumah

Terimakasih Yantie...!

Berminat? Boleh telefon atau WhatsApp /call 017-6950072 (ZIE)

1 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in