BERSEDEKAH LUASKAN PINTU REZEKI,KEREDHAAN ALLAH


SEDEKAH


Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 261 bermaksud:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(2:261)
Abu Laits al-Samaqandi seorang ulama besar dari Asia Tengah yang Meninggal pada 375 Hijrah berkata,BERSEDEKAHLAH dengan sedikit atau banyak kerana SEDEKAH itu mengandungi 10 kebaikan,Lima Di dunia dan Lima di Akhirat.
LIMA KEBAIKAN DI DUNIA IALAH:
1.Membersihkan harta kekayaan.
2.Membersihkan Tubuh daripada dosa.
3.Menolak bala dan penyakit.
4.Menyenangkan hati orang miskin,sedang sebaik-baik amal menyenangkan kepada orang Mukmin.
5.Menjadikan berkat dalam harta dan luas rezeki.
Firman Allah,bermaksud:
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
(34:39)


LIMA KEBAIKAN DI AKHIRAT IALAH:
1.SEDEKAH itu akan menjadi NAUNGAN bagimu.
2.SEDEKAH itu akan meringankan hisab perhitungan amalnya.
3.Memberatkan timbangan amal kebaikan.
4.Memudahkan menyeberang di atas sirat.
5.Bertambah darjat di syurga.
Seandainya dalam SEDEKAH tiada kelebihan selain mendapat DOA orang miskin,seharusnya seorang yang berakal tetap juga melakukannya,lebih-lebih lagi SEDEKAH itu menyebabkan KEREDAAN Allah dan menghampakan syaitan.
Abu Laits juga menyebut dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin(Peringatan Orang Lalai)
bahawa Urwah Bin Az-Zubair berkata:"Saya melihat Aisyah radliyallaahu anha BERSEDEKAH 70,000 dirham,padahal dia menampal bahagian pinggang bajunya.
Kemudian,dinukilkan satu kisah membabitkan seorang wanita yang datang kepada Hasan bin Abi Sinan meminta-minta.
Dilihat oleh Hasan,wanita itu cantik.Lalu dia berkata kepada pelayannya: "Berikan kepadanya 400(dirham)."
Lantas ditegur seorang peminta yang hanya minta satu dirham."Engkau beri padanya 400!"
Jawab Hasan: "Ketika saya lihat wanita itu cantik,maka saya khuatir kalau dia meminta-minta dan dirusakkan orang.Sebab itu,saya beri kepadanya yang cukup,tidak meminta-minta lagi dan kalau ada orang suka mengahwininya."
Rasulullahﷺ bersabda:
"SEDEKAH tidak mengurangi Harta.Tidak ada orang yang MEMBERI MAAF kepada orang lain,melainkan Allah menambah KEMULIAANNYA.Dan tidak ada orang yang MERENDAHKAN DIRI kerana Allah,melainkan Allah akan mengangkat DARJATNYA."
(HR.MUSLIM)
Sampaikan mesej ini kepada orang lain,maka ia dikirakan SEDEKAH JARIAH
in shaa Allah..Amin

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in