Dapat APA YG DICARI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 

Nak kongsikan hasil pencarian dari MPH semalam. Hermmmm, lama sudah tak beli buku bacaan. Rasanya tahun ni ini kali kedua aku beli di kedai buku. Teruknyaaaa lah kan. Kata nak suruh anak rajin baca buku tapi diri sendiri yang malas. Jadi, azam tahun baru kak ton adalah menghidupkan balik suasana membaca dalam rumah ini. Kalau boleh nak konsisten setiap bulan habiskan beberapa buah buku. Haritu pun pernah bincang dengan en.cayang yang kami ni kena ubah gaya hidup dah, kalau mahu jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak maka diri sendiri pun kena banyak membaca. Betul tak?

Sekarang ini aku tengah baca buku Mengjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha Buku ini pemberian kakak ipar sewaktu berjalan ke rumah . Maklumlah sejak fokus berniaga dari rumah ni tak dinafikan kena banyak membaca untuk tambahkan ilmu dan kemahiran. Surirumah macam aku ni mana ada peluang (eh bukan takde tapi tak sempat) nak keluar sertai seminar atau apa-apa jadi baik membaca untuk cari maklumat baru. muahahaha :P

 semangat tu selalu ada kemudian pekasammmmmmm!



Bukan mudah untuk ku berbicara
Pasti ada yang terluka,
meski bicaraku ini bukan
untuk menuding sesiapa,
Namun demi ummah,
aku pedulikan kata nista.
Demi agama ,
aku redah lautan gelora,
Kerana aku yakin,
DIA akan mengadiliku di sana...

RM19.90


dari tahun lepas nak mencari buku nie...akhirnya dapat juga....
"DUNIA BIARLAH BERPENAT
Akhirat Tempat Aku Berehat"
Perjuangan yang belum selesai...
RM 23.00

JOM BERJIMAT MENYEDIAKAN
ROTI
Jimat Belanja! Resepi Lazat & Enak
RM 8.90

Al-Ustaz -Tahajud Terapi Diri
RM9.00

Anis- Sedekah Magnet Rezeki
Beri 1 Dapat 10?
 RM7.00

Makin bertambahlah koleksi aku. Hmmm...nak baca yang mana satu dulu ye...

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in