Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia


Kuala Lumpur - Pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, 12.20 tengah hari.

Menurut Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa, Allahyarham menerima rawatan di IJN, sejak 4 Feb lepas.

Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Bukit Naga, Shah Alam untuk dikebumikan pada Khamis.

Hasbullah, 63, dikenali umum sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Kerjaya terakhir Allahyarham ialah sebagai pengulas sukan dengan saluran televisyen Astro Arena bermula Januari 2014 dan sebelum itu beliau berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam dunia penyiaran, Allahyarham Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan menjadi pembantu mengendalikan program radio untuk kanak-kanak dengan Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir, 'Bersama Kak Yong'.

Semoga Allahyarham Hasbullah Awang ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. Al Fatihah

1 comments:

  1. AL-FATIHAH
    hilang seorang legend
    belum ada pengganti yg sehebatnya :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in