Mari Belajar Buat Kek Sexy


Salam  semalam 15/2/15 aku semangat nak pergi kelas Comel & Marble Sexy haha.... kek pun sexy tau. sexy dan yummmy. Aummmm.

 ...memang senang tengok cikgu buat...Seronok sungguh .... . Nanti balik aku nak cuba buat.... . Tapi kena beli bahan-bahannya.... wah... teruja sungguh.. hasilnya amat memuaskan hatiku dan rakan-rakan yang lain cantikkan

Alhamdulillah, memang tepat keputusan saya bila ambil keputusan untuk join kelas ni. Betulla bila orang beritahu belajar dengan pakar lebih baik dari agak-agak sendiri. Dan satu lagi jangan pandang rendah pada mana-mana peluang belajar. Sumtimes dari keadaan yang tak disangka-sangka terjawab soalan-soalan kita.

Jom layan gambar dulu








Banyak jugak tips-tips yang dikongsi. Antaranya;

1) Adunan telah siap jangan godek2 terlalu lama dan kuat, nanti permukaan kek tak cantik  (yang ni memang selalu jadi kat saya, selama ni ingatkan memang dah menjadi kek akak)

2) Suhu bilik terlalu panas,adunan cepat cair nanti marble kek tak berapa sexy 

Pengajar-pengajar kat situ jugak minta supaya jangan terlalu percaya resipi di internet dan majalah-majalah. Pada saya, benda ni agak subjektif. Rasanya ramai blogger yang sangat ikhlas dan jujur untuk berkongsi resipi. Siap dengan tips-tips lagi. Kadangkala panjang lebar penerangannya..

Untuk amatur, mungkin internet boleh juga dibuat rujukan tetapi baik rasanya kalau dapat pergi ke kelas-kelas supaya dapat tahu teknik asas. Kadangkala dalam internet tak disclose teknik-teknik asas. Apapun, terpulang pada masing-masing...

Okay, sampai sini dulu....daaa...



Lepas habis kelas, memang banyak betul cikgu bagi hasil-hasil yang dah siap untuk dibawak balik. So, bolehla anak-anak merasa ...

Sesiapa yang berminat boleh jenguk-jenguk: fb nissa.cookies


Ok, sampai sini dulu..daaaaaaaaaaaaa....:)


2 comments:

  1. Wahh bestnya.. seronok membuat kek2 tu lebih dari makan kan.. menyelerakanlah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi sangat khir..seronok membuat dari makan,hendak pula hasilnya yg gebu bertambah gebu lagi hati ini...:)

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in