Rezeki



Kita nak duit banyak, rumah besar, kereta mewah, sales menderu, harta menimbun dan ntah apa lagi
Tapi jarang kita hargai nikmat rezeki sebenar yang dikecapi dalam setiap saat kehidupan hari-hari
Rezeki nyawa
Dapat bangun pagi dan dan menghirup udara pagi yang nyaman hari ini.
Rezeki jalanraya
Bergerak ke destinasi dan semua "trafficlight" hijau bagi kita lalu lancar tanpa henti
Rezeki perut
Sibuk buat kerja sampai perut berbunyi, tetiba ada orang hulur bungkusan makan free
Rezeki alam
Hari panas tetiba hujan, hari lembab datang matahari
Rezeki keluarga
Balik ke rumah disambut anak isteri/ibu ayah yang baik hati
Rezeki sahabat
Posting fb ramai pulak kawan yang baik pekerti, suka like dan komen lagi...he heee
Rezeki hari
Allah sediakan Jumaat, hari rezeki penuh rahmat untuk orang yang memberi.
Mari lebihkan Istighfar, selawat dan bersedekah hari ni.
Rezeki ada
Bila ada boleh memberi. Beri wang, beri khidmat (tabik spring pada yang berkhidmat pada mangsa banjir), beri salam, beri senyuman, beri doa dan lain lain

SubahanaAllah, inilah rezeki yang mungkin kita lupa tapi janji Allah itu pasti.
Moga Allah rahmati kita semua
Amin...


1 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in