Marilah kita berebut-rebut mencari REZEKI.

Salam .. Selamat pagi semua .. alhamdulillah dah bermulanya hari baru hari isnin, biasanya hari baru mood barulah tercari² .. semangat barulah nak bermula untuk memulakan kerja ...

Alhamdulillah rasa bersyukur dan sangat² berterima kasih kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, marilah kita bermohon agar rezeki yang kita perolehi halal dan sentiasa diberkati .. agar keberkatannya dirasai bersama² keluarga dan insan² disayangi disekeliling.

Amalan solat dhuha di pagi hari juga akan memudahkan kita memperolehi rezeki yang tanpa disangka².. dan rezeki sentiasa ada tidak pernah putus².. yang penting usaha.

Amin ....




Dalam hal 'Rezeki'. Allah telah menetapkan dimana rezeki kita. Adakah kita harus duduk diam dan berdoa agar rezeki tersebut jatuh dari langit? Ataupun kita duduk menunggu rezeki itu tiba? Tidak. Kerana Allah menyeru kita untuk mencari rezeki tersebut. Allah menyeru kita berusaha mencari rezeki. Dengan usaha yg kita buat, In Shaa Allah, rezeki itu datang kepada kita sebanyak mana Usaha kita. 



Segala yang baik datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk, datangnya dari saya sendiri. Assalamualaikum.


1 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in