Kuih Dadar atau kuih ketayap adalah antara kuih2 melayu yang paling senang dan sedap bagi saya….. My putra suka sangat makan kuih ni…. Dah dua hari saya berturut-turut, saya buat kuih ni untuk iftar!!!. Dalam banyak2 resepi kat internet, resepi dari Bonda yang paling best dan mudah. Saya share resepi ni di sini. Thanks Bondaku for sharing……
Bile musim durian ade...inti durian pun mestila ade...
Mula plan nak buat kuih puteri sebilik...tapi nak makan kuih yg ade intinya banyak....nak buat
kuih koci...angin rajin xbape nak laju...so bile irfan request teringat kuih ketayap...so
ibu pun mencarila resepinya.......
KUIH GULUNG (KETAYAP)
Bahan2 (utk 4-5 orang, lebih kurang 15 gulung yang kecil):
Bahan-bahan :
Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) ¼ cawan gula kabung
3) ½ cawan gula pasir
4) 1 helai daun pandan
5) ¼ cawan air
Untuk kulit :
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan jus pandan
3) ½ cawan susu segar
4) 1 biji telur
5) ½ sudu teh garam
6) 2 sudu minyak
Cara : Untuk inti: 1) Gaulkan semua bahanbahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana. 2) Masak di atas api yang kecil hingga inti sebati & melengas.Kacaukan inti separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kulit : 1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapis. 2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin. 3) Tuangkan sesenduk adunan dan lengganglenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengahtengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemaskemas. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.
NOTA: 1/2 cawan susu segar tu, ZIE pernah juga tukarkan kepada air sahaja. Pun masih sama texture kelembutannya. Jus pandan tu saya tukarkan air dan masukkan sedikit pandan paste
** Untuk mendapat hasil yang cantik dan lembut, ia perlu digulung dengan cepat (lepas letak adunan beberapa saat, agak2 dah tak cair), jangan tunggu adunan menjadi keras. (Bila kulit di bahagian tepi adunan dah terjungkit, ini menandakan kulit dah agak keras).
SELAMAT MENCUBA .....
Lama tak buat dan tak makan...
ReplyDeletelama x perkena tu sekali mkn hendak pula inti isi durian...terangakat... :)
Delete